SEJARAH JENAMA GUESS
?
Sekali pandang, ianya lambang tanda soal. Dua kali pandang, ia adalah lambang jenama terkenal GUESS?. Anda suka jenama GUESS? Secara peribadi, Kak Ain teramat suka!! Sudah lima beg jenama GUESS? di dalam koleksi peribadi dan sukar benar mahu berpaling kepada jenama lain.
Terima kasih kepada empat beradik iaitu Georges, Paul, Armand dan Maurice Marciano kerana merekalah yang bertanggungjawab menjadi pelopor kepada jenama ini. Tidak seperti jenama LV yang sudah 100 tahun bertapak dalam dunia fesyen, GUESS? memulakan langkahnya pada tahun 1981. Namun usia semuda 28 tahun tidak membantutkan orakan langkah syarikat ini.
GUESS? mensasarkan target pasarannya kepada golongan pertengahan. Harganya tidak semahal LV atau PRADA, tetapi kualiti serta rekaannya memang memukau. Memulakan pemasaran pada tahun 1981 dengan 24 pasang seluar jeans yang diberi nama “Marilyn”, ianya telah sold out dalam sekelip mata! Tidak hairanlah bilamana GUESS? dinobat sebagai syarikat No. 1 dalam pembuatan seluar jeans era 80-an!
Sejak itu GUESS? mula menempa nama dalam dunia fesyen. Walaupun ditimpa kontroversi negatif pada sekitar tahun 90-an melibatkan kesatuan pekerjanya, pihak pengurusan cuba bertahan dan menyelesaikannya secara profesional. Pasaran GUESS? juga terpaksa bersaing hebat dengan jenana-jenama baru seperti DIESEL, CALVIN KLEIN dan GAP. Era 90-an boleh dianggap sebagai zaman kegelapan bagi GUESS?
Namun, menjelang era 2000, GUESS? bangkit kembali. Mereka mula memperkenalkan pakaian kanak-kanak dibawah label GUESS? Kids. Tahun 2005 pula menyaksikan pelancaran deretan haruman GUESS?
Tahun 2005 turut memperlihatkan koleksi tas tangan GUESS by Marciano yang menampilkan gaya vintage dengan suntikan hobo. Paris Hilton juga telah dilantik sebagai model produk itu dan GUESS? telah mencipta tas tangan edisi istimewa untuk Paris Hilton (jelesnya Kak Ain!) dikenali sebagai Paris Hilton Handbags.
Kini GUESS? menjadi jenama pilihan ramai anak remaja kerana harganya yang berpatutan serta rekaannya yang menawan. Kak Ain sudah lama terpikat, bagaimana dengan anda??
Salam Sayang,
AinMaisarah
Memang pelik namanya.GUESS?bukanlah jenama kesukaan Lina.Saje jer nak menyibuk!:)Hah k.Ain, saya ada simbol.Nak tahu?Tengoklah!
:\
Ratu Menyibuk,
Adlina Hanisah
Hahaha……..Simbolnyer 1 je Lina letak………..Ingatkan banyak sangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ratu Menyibuk Sekali Lagi,
Adlina Hanisah
Kak Lita pun peminat GUESS, antaranya yg ada jam tangan, handbag dan purse je..kasutnya mcm tak sesuai je ngan kak lita..
亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,
三級片,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,成人圖片區