SEJARAH PRADA
Sudah menonton filem terbaru “Devil Wears Prada”?
Kak Ain awal-awal lagi sudah membeli tiket untuk menonton filem ini pada hari pertama tayangan! Dua jam terpaku di depan layar perak, sesungguhnya filem ini adalah filem yang amat menghiburkan. Terasa dekat di hati kerana Kak Ain juga seorang yang gila fesyen!
Filem ini 100% berlatarbelakang dunia fesyen dan kerjaya glamor. Namun apa yang menarik perhatian adalah penggunaan perkataan PRADA dalam tajuk filem tersebut. Kenapa PRADA? Apa istimewanya PRADA sehingga diangkat sebagai jenama paling diburu oleh para selebriti Hollywood?
Haaa…. kalau nak tahu, sejarah PRADA bermula seawal tahun 1913. Ianya diasaskan oleh Mario Prada dari Itali. Asalnya perniagaan keluarga ini lebih tertumpu kepada barangan berasaskan kulit. Namun produknya dipelbagaikan setelah cucu Mario Prada iaitu Miuccia Prada mengambilalih pada tahun 1973.
PRADA kini bukan hanya terhad kepada koleksi pakaian, tas tangan dan kasut tetapi juga tampil memperkenalkan deretan wangian PRADA. Anda ingin lihat sendiri koleksi mewah ini? Apa kata pergi sendiri ke butik PRADA berlokasi di KLCC. Jangan beli yang tiruan di Petaling Street ya!
Salam Sayang,
AinMaisarah
kak ain!
saya pun suka tengok cerita devil wears prada!
saya pun suka sangat baca buku kak ain maisarah iaitu AKU MAHU POPULAR..banyak pasal fesyen dan trend terkini
cepatlah keluar buku baru lagi..saya tak sabar nak baca.
kalau boleh saya nak jadi adik angkat kak ain…boleh ke?
(niza91)
harap adik niza bersabar ye…buku AKU MAHU SAIZ S DAH SIAP 90%…kak ain akan cuba siapkan secepat mungkin.
adik niza nak jadi adik angkat??
🙂 boleh, apa salahnya!
best lah tengok cite devil wears prada tu….fashionable betul boss dye tu….