teaser ‘AKU MAHU SAIZ S’
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Entri kali ini, Kak Ain titipkan sedikit sedutan novel Aku Mahu Saiz S. Enjoy! =D
~Edrina merenung lama ke arah cermin besar di biliknya. Naik juling mata menatap imej yang terbias. Pandangannya 100% tertumpu kepada segenap perincian wajah miliknya.
~Bentuk mata yang sepet ala-ala Puteri Hang Li Po~~Hidung yang mancung persis Ashwarya Rai~~Kulit muka yang putih licin tidak berjerawat seumpama kulit Deanna Yusof~~Rambut lurus yang hitam berkilat. Ada harapan kalahkan Ella Ratu Rock Malaysia!~Riak wajah juga manis kerana diseri dengan tahi lalat bawah bibir. Betul-betul seperti Siti Nurhaliza!~Seribu kesyukuran terucap di hati. Teringat akan nasib sepupunya, Fazila yang punya masalah kulit yang maha serius. Muka sepupunya jenis berminyak yang kalau diperah boleh dapat sebotol 1.5 liter minyak masak Sri Murni! Sudahlah begitu, mukanya juga penuh dengan pelbagai jenis baka jerawat! Ada yang jenis bernanah, ada jerawat pasir dan sebulan sekali jerawat batu akan memunculkan diri.Puaslah sepupunya mencuba hampir kesemua jenis produk penjagaan muka yang wujud di Watson, Guardian mahupun PharmaCare. Namun jerawat-jerawat yang tumbuh seperti tidak pernah mahu pupus. Malah kumpulan jerawat itu kelihatan semakin sihat dan membiak dengan banyaknya membentuk koloni tersendiri! Menakutkan sungguh!Lama Edrina membelek wajah kurniaan Ilahi. Beberapa saat kemudian, anak matanya mula mencerun ke bawah. Meneliti satu persatu kondisi tubuhnya pula.Dua kaki miliknya itu sekali pandang macam dua batang kayu balak di hutan simpan Pahang!Bahagian pinggangnya…. Eh! Dia tak ada pinggang langsung! Tak ada bentuk badan! Bukan ramping seperti kerengga tetapi straight cut seperti kotak!Edrina merenung sayu pula kepada bahagian perutnya. Bahagian badan yang menghadapi masalah paling kronik. Perut anak daranya itu seolah-olah kembung mengandung 4 bulan! Boyot dan lembik berlemak!Kenapa tubuhnya begini? Kenapa dia bersaiz XL? Kenapa bukan S? Kenapa? Kenapa? KENAPA???Satu keluhan berat dilepaskan. Cermin itu tidak pandai menipu. Cermin itu menunjukkan realiti sebenar susuk tubuhnya. Itulah rupa sebenar dirinya. Edrina seringkali mempertikaikan. Kenapa takdir tidak menentukan badannya sekurus Paris Hilton? Kenapa dia tidak memiliki tubuh selangsing Erra Fazira?Argh!! Edrina terasa mahu menjerit sekuat hati bila sahaja memandang ke arah cermin tersebut. Cermin yang menunjukkan tubuh berlemaknya. Tubuh gemuknya!Lambat-lambat Edrina melangkah menjauhi cermin besar itu. Badannya dihempas kuat ke atas katil. Mujur juga katil kayu berwarna merah jambu yang dibeli di IKEA itu kukuh untuk menampung berat sebanyak 81.3kg. Matanya merenung siling. Mata yang sama juga mula mengeluarkan titisan demi titisan air mata kekecewaan…..~
Assalamualaikum kak ain…
ingat saya?saya ada minta autograph akak masa hari ke-2 pesta buku..saya dtg dgn adik saya {asma}..tahniah kepada akak sbb berjaya menghasilkan karya yg begitu bermutu :] kat mana saya blh dapatkan “Aku Mahu Saiz S” nanti?
-aminah-
aminah dearie,
🙂 TQ ye sbb sudi singgah ke rumah akak yang tak seberapa ni.
Alhamdulillah, AKU MAHU SAIZ S sudah siap 100%…sekarang ditangan editor PTS dan InsyaAllah dlm 3 bulan lagi akn berada di pasaran.
Klu dah keluar nanti akak akan beritahu pada adik…untuk memudahkan akak hubungi adik, apa kata adik berikan alamat email. InsyaAllah klu ada apa2 kuiz dan sebarang perkembangan terbaru..akak akan beritahu melalui email.
email akak, [email protected]
keep in touch yer dear? 🙂 take care!
kak ain!
WAH! seronoknya cerita no.2 ni!
saya tak sabar nak tunggu cite ni keluar! cepat2lah kak ain!
`THE WANNABABES!` 🙂
hye kak ain,,, mcm besttt jea aku mahu saiz s tue.. x sbr sy nk tggu buku tue dipublishkan… emm,, boleh sy taw how much the price will be?
ASSALAMUALAIKUM KAK AIN…
akak saya dah beli buku akak.bestlah…akak taknak buat buku lagi ke?klu raya nanti dtglah rumah saya…umur akak berapa thn??????????teringin nk berkenalan dgn akak…gud luck
ALL THE BEST JUZ 4 YOU!!!
kak ain, saye x paham…
duit dan pesanan nanti nak antar ke mane?
Hi semua,
Buku AKU MAHU BULI pun dah nak keluar bulan Desember ini. Kepada yang dah membaca buku IMPIANA, mesti kena beli Buku AKU MAHU BULI ni.
Walaupun tajuknya nampak ganas, isinya amat sarat dengan pengajaran dan juga gelak ketawa.
ws
AinMaisarah
best GilEr novEl ‘Aku mAhu Saiz s’…
Da Voom sgT…
salam kak ain maisarah!
sy nk ucapkan berkalung-kalung tahniah kt akak sbb cite nie mmg teramat sgt best!
tis book is totally cool 🙂
-jannah
hai kak ain 😉
Sy pbace bru novel2 kak ain.
Hri tu sy pegi ke kdai bku utk mcari novel, tbe2 tpandang novel2 remaje dr ptsOne. Wowww!! memg seronok bile mbace novel dr ptsOne ni.
Lg2 ‘aku mahu saiz S!!’ Memg happening habiss!
Harap kak Ain dpt mghasil kan novel yg gempak!
-Zana-
beberapa bulan yg lepas sy ada membaca buku AKU MAHU SAIZ S,namun x habis.sebab sy membaca di perpustakaan.keesokkanharinya bila sy nak membacanya semula,buku itu sudah dipinjam org.sekarang sy masih x tahu kesudahan ceritanya.sy ada pergi mencari di kedai namun buku AKU MAHU SAIZ S x ada sedih arrrrrr
mungkin sy terlambat bac buku AKu mAHU sAIZ S, sebab itulah sy x jumpa buku itu masa mencari di kedai……..
saya nak baca aku mahu teman tapi mesra….huhu :'(
saya nak baca aku mahu teman tapi mesra….huhu :'(
Assalamualaikum , Kak Ain .. Saya nak sangat sangat sangat beli novel ‘ Rahsia Linda ‘ .. Cari Kat sana sini tak ada pun , kat mana ye boleh beli ?
~ Anyway , congrats sbb berjaya hasilkan karya yang bermutu ~