Perkembangan Tuan Rumah
Assalamualaikum adik-adik semua,
Kak Ain minta maaf banyak-banyak kerana tuan rumah jarang menjenguk. Alah! berhabuklah sikit rumah ni…minta maaf yer! Dua-tiga minggu ni Kak Ain banyak habiskan masa cari idea baru yang fresh, trendi dan stylo bagi menghasilkan novel-novel akan datang.
Sekarang Kak Ain juga sibuk menyiapkan lima cerpen pendek dalam 14m/s setiap satu. Cerpen ni bukan untuk terbitan PTSOne tapi untuk satu pertandingan menulis cerpen aspirasi. Harap-harapnya cerpen Kak Ain ada peluang dipilih dan disiarkan di suratkhabar! Amin! Adik-adik tolong doakan yer!
Tentang janji Kak Ain yang terdahulu iaitu nak beri sinopsis ala-ala sedut-menyedut sedikit cerpen Raya iaitu AKU MAHU BALIK RAYA..hari ni Kak Ain akan tunaikan. AKU MAHU BALIK RAYA adalah cerita tentang Farah dan Ina. Kali ini ceritanya tentang pengalaman Farah dan Ina yang nak balik raya tapi oleh kerana tiket bas rosak hancur lunyai, mereka perlu cari alternatif lain.
Maka bermulalah usaha-usaha nak balik kampung juga walau dengan apa cara sekalipun! Dalam 8 m/s yang diperuntukkan, Kak Ain pening kepala nak rumuskan cerita yang idea & plot sebenarnya teramat panjang. Jadi Kak Ain memang bercadang nak buat versi novel pula untuk buku AKU MAHU BALIK RAYA. InsyaAllah jika pihak PTSOne terima cadangan ni, Kak Ain akan panjangkan cerpen 8m/s itu kepada 280m/s.
Hah! Lagi satu berita gembira…Kak Ain dah siap sedia beli 10 hadiah pemenang kuiz AKU MAHU SAIZ S! Kotak-kotaknya pun Kak Ain dah beli sekali. Kalau dulu untuk pemenang kuiz AKU MAHU POPULAR dapat dalam kotak purple…kali ni kotak hadiah warna emas! Cantik sangat tau!
Oklah…lain kali Kak Ain update lagi…kali ni dgn gambar hadiah pula
Adik-adik semua jaga diri. Love you all!
Wassalam
AinMaisarah