Ke Mana Menghilang?
Assalamualaikum semua,
Kak Ain minta maaf banyak-banyak kerana sudah lama tidak menulis dan
menjenguk rumah Kak Ain ni.
Macam-macam pula yang terjadi di sini. Harapnya semua yang datang ke
rumah ini dapat berkawan dan mengeratkan silarturahim.Barulah Kak Ain
sayang. Jadikanlah rumah ini meriah dan tempat berkongsi pendapat.
Nak tahu ke mana Kak Ain menghilang? Kak Ain baru sahaja keluar daripada
hospital. selama lebih 2 minggu Kak Ain berada di dalam keadaan yang
tidak sihat berulang alik ke hospital.
Minggu lepas Kak Ain ke Jakarta, kerana mengikt kata doktor, keadaan Kak
Ain sudah stabil. Namun takdir telah menentukan, Kak Ain pengsan di pusat
membeli belah Mangga Dua, Jakarta.
Kak Ain di bawa ke Hospital di Jakarta, dan dimasukkan kedalam wad untuk
pembedahan. Alhamdullilah, Kak Ain baru pulang dari Jakarta petang
kelmarin dan sekarang di minta berehat di rumah.
Boring juga asyik menonton TV di rumah. Nasib baik hari ini cik abang
bawakan laptop.
Ada sesiapa dah pergi ke kedai buku untuk melihat buku Aku Mahu Saiz S?
Kak Ain sudah melihat bukunya.. cuma belum di atas rak di kedai.
Okay. Itu sahaja buat masa ini. Masa untuk makan ubat!
Yang merindui adik-adik,
AinMaisarah