AKU MAHU BULI – Disember 2007
Assalamualaikum semua…
Apa khabar adik-adik? Masih beraya lagi? Masih berusaha hingga ke titisan darah terakhir nak mengumpul duit raya? Kak Ain dah berhenti surrender makan kuih raya, lemang raya dan semua yang berkaitan dengan raya. Sekarang sudah fokus semula nak menulis…menulis…dan menulis. Manuskrip AKU MAHU BULI sudah selamat Kak Ain hantar kepada editor PTSOne yang amat memahami lagi baik hati (kena puja-puji sikit sebab Kak Ain sebenarnya terhantar lambat!)
InsyaAllah mengikut perancangan, AKU MAHU BULI akan terbit bulan Disember 2007. Buku ini bakal jadi penutup kepada tirai buku-buku AinMaisarah tahun 2007. Tahun 2008 akan menyaksikan lebih banyak lagi buku-buku yang sudah ada idea asasnya dalam kepala Kak Ain. Sekarang Kak Ain sedang menulis AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA & IMPIANA 2. Doakan Kak Ain dapat menyiapkannya selaju mungkin.
Kepada yang sudah membeli IMPIANA terus dari Kak Ain, pasti sudah tahu apa yang terjadi kepada The Wannababes & Fahrin 10 tahun akan datang. Sambungan cerita IMPIANA adalah cerita AKU MAHU BULI. Jadi sesiapa yang sudah baca IMPIANA…mesti baca AKU MAHU BULI.
Oleh kerana Kak Ain tak beri adik-adik duit raya, Kak Ain nak beri adik-adik cerita percuma raya. Ini sedikit sedutan cerita AKU MAHU BULI. Harapnya bila buku sebenar sudah berada di pasaran…adik-adik jangan lupa dapatkan.
Ikuti sedikit sedutan daripada novel Aku Mahu Buli :
Dua ahli The Wannababes itu berjalan melintasi Mimi Monira. Sebaik sahaja menyedari Mimi Monira duduk di bangku yang tidak bermeja di bahagian belakang kantin, langkah Fazura dan Linda terhenti seketika.
Fazura dan Linda sama-sama berpadu tenaga menjeling Mimi Monira. Namun tiada sebarang kata nista yang dilempar. Hanya sesi menjeling selama tempoh 5 saat. Mimi Monira menyedari itu semua tetapi mengambil langkah selamat dengan merenung mi di dalam pinggan. Dia tidak mahu mencari masalah dengan dua ahli The Wannababes itu.
“Budak baru di tepi longkang, tak ada kawan yang nak pandang.” Fazura tiba-tiba bijak berpantun.
Linda ketawa sambil mengangguk-angguk setuju dengan kata-kata Fazura itu. “Saya tak sangka, awak bijak juga berpantun.”
Fazura tersengih. “Tengok kakilah! Saya pernah jadi juara pantun ketika di sekolah tadika dahulu.”
Linda mengangkat-angkat kening sambil mengenyit mata. Seketika Linda mendekati Fazura seraya berbisik. “Seronok juga jika kita kenakan budak ni.”
Fazura dan Linda sudah mencapai kata sepakat. Mereka bakal berpadu kuasa kejahatan mahu membuli Mimi Monira.
“Saya pun nak tunjuk kebolehan saya berpantun. Awak dengar ya! Budak baru di tepi longkang, makan banyak sampai terkangkang!”
Berderai ketawa dua pelajar itu sekali lagi. Fazura bertepuk tangan mendengar pantun zalim rakan baiknya Linda sambil berkata. “Wow! That is the best! Tapi saya tetap tak mahu kalah. Saya cuba balas pantun awak dengan pantun yang lebih hebat lagi!”
“Cubalah kalau boleh,” Linda seakan mencabar.
Fazura termenung seketika mencari-cari bait perkataan yang sesuai. “Hah! Saya dah dapat….awak dengarkan pantun dari saya pula. Budak baru mencari fasal, mesti sekarang dia menyesal!”
Linda dan Fazura bertepuk tangan syok sendiri. Kononnya hebat sangatlah kebolehan mereka berdua berpantun secara spontan! Memang kejam lagi zalim sungguh!
Mimi Monira pula tidak membalas. Telinganya makin lama makin merah. Sedikit masa lagi pasti berasap menahan asakan sindiran yang keterlaluan itu.
“Saya ada satu lagi pantun yang sesuai. Saya harap telinga budak baru tu tak melecur dengar pantun sadis daripada saya.” Linda tersenyum simpul. Sinar kejahatan jelas terpancar pada matanya.
“Just shoot! Saya nak dengar!” Fazura tak sabar-sabar mahu mengetahui pantul Linda yang seterusnya.
Linda dengan gaya-gaya seorang pemantun terhebat memulakan aksinya. “Budak baru tak ada otak, pinggang lurus macam kotak!”
Dua The Wannababes itu ketawa besar lagi. Mereka seronok dan besar kepala membuli seorang pelajar baru. Tiada siapa yang menghalang dan melarang!
Mimi Monira tunduk setunduknya memandang mi goreng yang berbaki. Matanya sudah berkaca. Hatinya betul-betul pedih dan kecut mendengar kata-kata nista itu semua. Tanpa dapat ditahan, airmata Mimi Monira mula menitik mengenai mi goreng dalam pinggan. Seboleh mungkin Mimi Monira mahu menyembunyikan airmata kekalahan itu.
Linda dan Fazura masih tergelak besar. Mereka baru sahaja berura-ura mahu menyambung sesi pantun zalim. Mereka merancang mahu berbalas pantun empat kerat pula. Biar lebih pedih…biar lebih ganas! Namun terdengar jeritan Diana yang membantutkan perancangan.
“Girls! Cepatlah! Latihan kita tak selesai lagi ni!” Diana sebagai ketua pasukan sorak sudahpun memberi peringatan.
Linda dan Fazura memandang ke arah Diana di padang. Dengan kuat Linda menjerit membalas. “Kami nak pergi tandas!”
Diana menjerit membalas. “Cepat sikit. Cikgu Ros nak datang tengok kita berlatih sekejap lagi.
Linda dan Fazura terpaksa memberhentikan sesi pantun dengan brek kecemasan. Cikgu Ros iaitu guru penasihat kumpulan sorak sekolah akan datang memantau sesi latihan. Mereka berdua harus kembali semula ke padang secepat mungkin.
“Jomlah! Nanti Cikgu Ros datang, bahaya kita,” Linda kelihatan bimbang. Cikgu Ros memang tegas orangnya. Jika dilihat ada ahli kumpulan sorak yang main-main dan tidak memberi komitmen sepenuhnya, dia tidak teragak-agak mahu membuang ahli tersebut.
“Tak payahlah pergi tandas. Kita pun bukannya nak buat apa. Cuma nak betulkan-betulkan rambut. Jom kita balik ke padang.” Fazura sudah menarik tangan Linda.
Dua sahabat itu bergegas pergi. Akhirnya aman juga telinga Mimi Monira daripada diasak dengan pelbagai macam kata hina dan nista. Barulah berani Mimi Monira mengangkat muka. Dia memandang langkah dua The Wannababes yang semakin menjauh. Airmatanya masih bertakung. Sakit hatinya masih terasa…….
Jangan lupa dapatkan buku AKU MAHU BULI….bulan Disember 2007!
Wassalam,
AinMaisarah
I enjoyed to read Aku Mahu Popular!It is a best novel. My friend did not stop to read it. Din worry kak Ain, I will buy your book at soon. Lastly, i hope you give more to your devoted reader.QISS
Kak Ain saya nak beli buku Aku Mahu Buli
Love,
Rina
best lah cite die kak ain
jahat btul the wannababes
saya suka fasha 2
dgn shasha
dulu dalam aku mahu saiz s
hana tu the wannababes ke
aku mahu popular tu kira kisah tingkatan 5 kan
aku mahu saiz s 2 tingkatan 4 kan
cite sebenarnya berlaku serentak. btul tak
akhir kata
aku mahu popular memang best
i enjoyed it!!!!!
n
love it!!!!!!!!!!
I l0ve aku mahu p0pular!! n i’m really sure that i will nj0y aku mahu buli!!! X sabar nak beli…
salam k.ain
best la AMB tu..itu baru sinopsis..kalo sumer mesti lg gempak kan??
naper harga nyer RM17?mahal tu..x leh kurang ke?(ewah tawar-mnawar plak..ingat ni pasar borng?)hehe..
tebal ek?
k.la..gud luck..moga wat cter lg gempak OK??
mana ade x bes kak buku impiana..saya asyik klau gi jln2 bawa duit 21.00 nk beli buku impiana..tp x de jual kt kedai buku biase pon..huhuh