Sinopsis Novel Tak Bisa Memilihmu
Salam hujung minggu buat semua,
Baru-baru ini telah diadakan penggambaran rancangan pertandingan realiti TV antarabangsa iaitu IKON. Set penggambaran dibuat di pejabat Kak Ain iaitu di Metadome Sdn Bhd. Selain membuat penggambaran untuk IKON, 6ixth Sense juga tidak ketinggalan mempromosikan novel Tak Bisa Memilihmu.
Ramai yang mahu tahu cerita disebalik kumpulan 6itxh Sense ini yang meletup dengan lagu Tak Bisa Memilihmu. Entri kali ini Kak Ain berkongsi tentang sinopsis novel Tak Bisa Memilihmu pula.
SINOPSIS TAK BISA MEMILIHMU
Adi merupakan seorang buruh kasar di Indonesia. Kais pagi makan pagi, kais petang makan esok hari. Tidak pernah sekali dia berasa hidup senang. Tetapi apa yang lebih penting adalah hatinya senang. Senang dengan kehadiran seorang gadis bernama Dewi yang sentiasa menyinari hari-hari gelapnya umpama lampu suluh berbateri penuh.
Dewi penguat semangat, pengarang jantung dan pendorong hidup. Hanya Dewi yang mengetahui, budak kampung seperti Adi menyimpan cita-cita besar. Adi mahu jadi penyanyi. Namun berkali-kali menyertai ujibakat, hanya gagal yang ditemui.
Cuba punya cuba, nasib menyebelahi Adi akhirnya. Dia dipilih sebagai penyanyi utama kumpulan baru di Malaysia. DI MALAYSIA??? Ketika itu Adi berbelah bahagi. Meneruskan cita-citanya bererti meninggalkan Dewi si permata hati. Menolak tawaran itu pula seperti menyepak kasar tuah yang datang bergolek di kaki. Dewi rela membenarkan Adi jauh darinya. Adi pula dalam penuh terpaksa menjadi pendatang halal ke Malaysia.
Bermulalah kisah hidup Adi yang baru. Diubah penampilan. Dipaksa bergaya cara popular. Dikerumuni peminat. Dilimpahi sinaran cahaya kamera. Digilai ramai perempuan di luar sana. Mungkinkah Adi jadi lupa diri? Paling penting…mungkinkah Adi melupakan Dewi?
Dewi pula? Sampai bila dia harus menunggu? Sampai bila dia harus terus bersabar dengan segala gosip liar yang mendera telinga itu?
Adi juga punya persoalan besar yang bermain dalam hati. Kehadiran Sally anak pemilik syarikat muzik Rumpun Records itu terlalu banyak membantu. Adi jadi keliru. Dia harus membuat pilihan. Adakah pilihannya nanti bersandarkan pada kareer, nama, atau cinta?
Tak cukup dengan masalah pilihan hati, Adi dikejutkan dengan tindakan Pengurus Muzik bernama Encik Fuad yang busuk hati. Ada sahaja strategi Encik Fuad itu mahu menyingkirkan Adi. Encik Fuad juga ada agenda tersendiri. Agenda yang mampu melenyapkan nama kumpulan 6ixth Sense dari persada seni.
Ketahui kisah suka duka kumpulan 6ixth Sense dalam novel muzikal, Tak Bisa Memilihmu.
Wassalam,
AinMaisarah
Salam Kak Ain,
Hanis sudah khatam dah buku Tak Bisa Memilihmu.
Memang buku itu lain dari yang lain.
seronok Hanis baca.
Hanis dapat merasai perasaan Adi itu sendiri.
Tahniah Kak Ain!
Semoga Kak Ain dapat menghasilkan buku yang lebih menarik,tertarik dan memang daboom!
Chaiyok!
HanisAqilah
salam kak ain..
Fara mmg dah bace buku ni sampai habis.
Cerite ni memang bagus.
Jalan cerite yang sungguh best menarik mnat untuk menghatamkan bacaan.
Walau pada mulenye fara kurang minat untuk membeli buku ni karana cover die ‘kureng’ menarik minat(kak ain jagn mara saye ye) tetapi setelah hati ini dipujuk rayu, barulah fara beli sebab fara dah berjanji pade diri sendiri yang akan membeli apa sahaja hasil karya kak ain.
Selepas pulang kerumah,selapas habis membaca bab satu, barulah rase tak sia-sia beli buku ni.
Tapi cerite ni macam takde ending pulak.
Walau apa pun,seribu kali tahniah diucapkan kepada kak ain kerana menghasilkan sebuah buku yang akhirnya dapat menjadikan kak ain glamor.pasti sesiapa yang baca buku ni memang rasa tesangat best.
yg ikhlas &slm syg dari peminat setia
~fara/nurul farhana~
kak ain..saye org yang same tau..tapi gune email yang berlainan dan email ni lebih sedap sikit.
~fara/nurul farhana~
best giler cerita ni!
salam kak ain best la sipnosis buku x bisa memilihmu….rasa x sabar je nak bc buku tu….
kak ain saya selalu kasi teka teki skrg sy pula yg berteka teki dgn cite kak ain…hehehe….
kak ain sdh terjwp sume teka teki ttg buku x bisa memilihmu…dh setengah pg sy bc..belum khatam la tapi dh nak khatam lagi la…dikit lg…tgk kak ain sy bc ttg adi tgk sy pun dh ckp dh ada sleng indon…salam kak ain
kak ain,
fatin nampak je novel ni kt MPH mid hari tu terus capai n g bayar..
sebabnye,lagu ni mmg the most favourite fatin la..
x sangka ada plak novel..
memang xtau nk ckp apa bila kita fhm sgt emosi lagu tu n relate plak dgn kisah adi..
mmg fuiyyoo!!!!
kak ain cerita nie mmg best giler…tapi cerita die x habis lagi sama ada Adi pilih Sally atau Dewi…harap kak ain beri jawapannye …..
yang mengharapkan=
SECRET ADMIERER
kak ain.. buku nie mmg bes sgt… tp kan, dh la smbgt giler bce buku nie, hujong2 nyer frust btol!!! bile nak buat smbgn??? x sabar nie adi pilih sper???
Rah:
Akak Ain… Asmekum kak… Kak cerite Tak bisa memilihmu memang seronok bagi saya tapi sudah saya membacanya hingga habis, saya seperti emosional lah sebab saya nak tahu sapa dia pilih tuk jadi siterinya yer?? Harap2 pilih dua-dua ajelah.. hehehe =) dan maaf kak, ini email ayah saya…
Huh!Encik Fuad ni busuk hati betul!Kenape die ni benci sangat dengan Si Adi tu!
mira x bace lg novel nyh.da merate rata carik novel nyh,tp x jmpe..bley tlg,bgtahu kat mane ade jual yg terdekat atau area2 klang.
um.mira blom bace novel nyh lagi.da banyak tempat carik novel nyh.tak jumpe2.dah merata carik.anybody bley tlg bagitawu kat mane bley carik.yang terdekat or area2 klang.
assalamualaikum..
hye kak ain..
hana blom ag bce novel tak bisa memilihmu…
novel 2 best sngt..
hana bru je bce sinopsis nyer..
tp leh agk yg novel 2 best…
hana xberkesmptan ag nk bli novel 2…ape2 pown hana akn bli gk novel 2 lm mse t’dkat ni..
hana mnat sngt2 ngan 6ixth sense…
lgu2 dyeowg best…
hana_joela
best 🙂
irah lum bca lgi buku tu… irah nk beli tpi x jumpa pon bukunye kat kdai yg berhampiran… sdihnyerrr…
tpi irah ttp minat 6ixth sense.lbih-lbih lgi vocalistnya adie yang hensemmm hehehe…
Ya Allah!
Novel musikal ini memang best!
Ya Allah!
Novel musikal ini memang best!
Sbnrnye..anis tak tahu ada novel Tak Bisa Memilihmu ni,malah tak minat sixth sense.Tapi bila Anis nampak kawan Anis ada bawak ke skolah,Anis baca sikit2 lepas tu,Anis tengok yang Kak Ain yang tulis,terus Anis nak pinjam buku tu.Adik Anis pun suka baca buku tu.Sekarang saya minat sixth sense.Dah abis baca dah…BEST GILER..TAK JEMU ANIS BACA..
salam kak ain,
kak ain syira dh khatam buku ni 3 kali..
mmg best ..
sdey giler bce ksh adi..
smoge kak ain dpt mnghsilkn novel yg best2..
chaiyok!!!!
Salam,,,Kak Ain..
Sy Isrin,leh sy tnyer..knp akk x buat novel x bisa memilihmu online??
sebenarnyer,,sy dh bce buku tu,tp bl0m abes,tu pon sy pinjam dgn kwn..
sy dh nk beli,tp,slalu ader tunda2 nyer plak..
buku ny susa laa na cryk law kat joho .
cam ne ny ?
sy nk sgt bce bku ny ..
🙁
This comment has been removed by the author.
assalamualaikum..Kak Ain!!!tiqa da abes bcew da novel ney..best gyleww…tiqa syg sgt2 novel ni..hehe..hope Kak Ain dpt buad novel yg best2 lagi!
OMG sorry all sy baru tau kewujudan novel ni, hee dont be mad, nak tau skrg ade lagi ke jual novel ni ya ? nak beli lah ;D