Posing-Posing di MPH, Alamanda
Assalamualaikum diucapkan buat semua pembaca,
Rasanya belum terlambat untuk Kak Ain mengucapkan selamat bercuti buat pembaca-pembaca yang menuntut ilmu di sekolah. Dua minggu ini isilah sebaik mungkin dengan melakukan aktiviti berfaedah. Contohnya membaca buku-buku AinMaisarah! =D Heheh.
Seperti dijanjikan, hari ini Kak Ain mahu berkongsi gambar-gambar yang diambil bersama pembeli buku di MPH, Alamanda. Kepada yang sudi datang dari jauh, ribuan terima kasih diucapkan. Kepada pembaca di sekitar Putrajaya, Bangi dan Kajang… moga-moga ada rezeki kita boleh jumpa lagi!
Kak Ain dimaklumkan bahawa pihak PTSOne ada rancangan mahu membuat kunjungan ke cawangan MPH dan POPULAR di kawasan lain pula. Mungkin di masa akan datang, bolehlah Kak Ain berjumpa dengan ramai lagi pembaca!
Kita mulakan mencuci mata dengan gambar-gambar di bawah. Enjoy!
Inilah gambar Balqis dari Puchong. Balqis adalah antara pengunjung aktif di Rumah Pink AinMaisarah. Ini kali kedua Kak Ain berjumpa Balqis. Jika hendak lihat lebih banyak gambar majlis ini, boleh juga lihat di blog Balqis. Sila klik >>SINI
Gambar ini pula diambil ketika kami berdua masih tidak bersedia! Kak Ain dan Najwa Amira masih ketawa-ketawa.
Inilah dua sekawan yang begitu sporting hingga ke hujung majlis. Syiqin dan Aimi dari kumpulan The Poison. Ngeri sungguh nama kumpulan Cik Adik berdua. Ini mesti musuh utama The Wannababes!
Siapakah yang berada di tengah-tengah Kak Ain dan Farihah Iskandar @ Kak Yayah? Namanya Amalina. Amalina ada beritahu Kak Ain, Amalina berkawan baik dengan Dayah dan kakaknya Syifa. Hai! Dayah memang banyak membantu Kak Ain mempromosi buku. Pada jururawat dipromosi. Pada kawan-kawan apatah lagi. Terima kasih Dayah!
Ini pula gambar pembaca bernama Sarah. Kak Ain suka baju Sarah. Boleh pinjam tak? (Kak Ain berhalusinasi kononnya muat pakai baju comel tu!)
Gambar di bawah ini adalah bersama Cik Adik Addina atau lebih mahu dikenali sebagai Add. Sangat cool orangnya. Ingat ya! Jangan lupa mendaftar keahlian Kelab Teman Tapi Mesra AinMaisarah!
Gambar ini diambil bersama Aqilah dan Raihana. Aqilah membeli buku Aku Mahu Teman Tapi Mesra. Selamat membaca ya!
Kak Ain juga sempat berjumpa pembaca bersaiz XS. Oh! Sangat kecil lagi comel. Namanya Syuhada. Syuhada datang bersama adiknya (yang bersaiz XXS… Kak Ain sangat cemburu!)
Ini gambar bersama pembaca. Sila perhatikan betul-betul gambar di belakang. Siapakah jejaka memakai baju Superman itu? Adakah dia Superman sebenar? Adakah itu Faizal Tahir? Sesiapa ingin berkenalan dengan Superman macho ini sila klik >>SINI
Jangan tak tahu, pembaca novel AinMaisarah semuanya comel-comel belaka. Pendek kata memang Fasharina bt Tan Sri Hisham pun kalah!
Selain tandatangan buku, Kak Ain juga melatih diri senyum dan jangan terkelip mata bila bergambar. Jadi macam patung sekejap!
Gambar terakhir, Kak Ain adakan juga sesi temuramah dengan pembaca. Apa soalan yang Kak Ain selalu tanya? 1) Pernah ke www.ainmaisarah.com? 2) Pernah baca buku AinMaisarah? 3) Apa pendapat adik tentang buku Kak Ain? Hah! Banyaknya soalan. Penat Cik Adik di bawah ini menjawabnya!
Okey. Harapnya berpuas hati dengan gambar-gambar yang dipaparkan. Kepada para pembaca yang mengambil gambar dengan Kak Ain, harapnya dapatlah berkongsi bersama. E-mel gambar kepada [email protected]
Salam Sayang,
AinMaisarah
Kak Ain !!! dalam gambar tu,pipi saya nampak tembam laa….hehehehehe……pape pun,Kak Ain tetap comel !!!!! Seronok dapat jumpa Kak Ain….ibu Balqis cakap Kak Ain comel pastu suara Kak Ain manja….hehehehe [apa pendapat Kak Ain tentang ibu dan adik perempuan Balqis ????]
Abg Alif sibuk je nak interframe….hehehehe….[jgn marah saya Abg Alif]…..nanty Balqis hantar gambar Balqis ye Kak Ain…..rugi Balqis balik awal…rupa2 nya ada makan kek…sedap betul Balqis tengok….
Salam Kak Ain,
Eceh,nampak seronok aje diorang bergambar dengan Kak Ain !
Takpelar,nanti nanti maybe ada peluang untuk Hanis bertemu dengan Kak Ain ! 🙂
salam kak ain..
fatin sedih ni..
smlm betul-betul masa nak bertolak ke Alamanda ,
saudara-mara fatin dari melaka dtg..
3 kereta pulak tu..
lepas tu kitaorang suruhlah dorang masuk..
xkan nak halau pulak kan???
dorang tido kat rumah fatin..
smpai sekarang ni fatin masih mogok!!!!
sobs..sobs..
Salam Kak Ain. Ei jelesnya sy tengok semua yg dapat datang tu. Sy patutnya datang sebab mak saya cakap cuti ni kitorang pegi kl tapi tiba-tiba je cancel. Apa kata lain kali kak ain datang ke ipoh pulak. Kesian la peminat kat ain yang duduk jauh nie.
Yang Teringin Nak Jumpa Kak Ain,
Salam kak Ain,
Gambar saya tgh gelak..Huhu..Ataupun tgh batuk ni??Nanti saya hantar gambar tu.
haha..kak ain klakar muke saye tuh..huhu..nape kak ain nak ltk jugak specks prada tuh..kak ain dah cukup lawa dah..huhu..kak yayah ngan abg alif smlm sumer happening gile…buat pengetahuan kak…sy dh hbs bace impiana 2 yg sy beli smlm..hihi..cpt kan.saya mmg musuh ketat the WB..tmbh² lagi fazura…sbb dlm impiana tu..haish,,dh tua² pon sombong lagi..nk je kunyah die tu..huhu..syg kak ain..muahhh²
Assalammualaikum,Kak Ain.
Huhuhu..saya sampai demam-demam sebab tak dapat jumpa Kak Ain.Dan,sebab demam panda nilah,saya ponteng kleas intemsif.Ni pun,ada lah rasa dah ok sikit.Harap-harap lah kita berjumpa.
::::~~Izzati Hazwani~~:::
salam kak ain..
alaaaaaaaaaaaaaaa
jelesnya saya tengok diorang.
nak bergambar jugak dengan kak ain!!!!!!!!!!!!!!
bile lagi nak buat program macam ni? saya gerenti datang. saya takkan melepaskan peluang berjumpa penulis idola. nipun baru balik dari kampung. penat!!
kak ain..
boleh tak buat dekat kawasan dekat dengan rumah saya? bolehlah..
please..
Kak Ain kasihanilah peminat setia Kak Ain yang lemah, kerdil serta jauh duduknya..
Salam Balqis,
~Tak apalah pipi tembam. Boleh masuk geng Kak Ain. Namanya geng ikan nemo =D
~Kak Ain memang seronok jumpa ibu dan adik Balqis. Nak tahu persamaan antara ibu, adik dan Balqis? Tentu sepasang mata yang cantik dan senyuman manis tiga anak beranak! Kak Ain harap ada rezeki kita boleh jumpa lagi.
~Abang Alif memang ada aura kuasa Superman. Itu sebabnya dapat dilihat terpancar dalam setiap gambar. Heheh.
Dear Hanis,
InsyaAllah ada rezeki kita jumpa ye. Semoga segala persiapan berjalan lancar. Kak Ain doakan selalu.
Dear Fatin,
Janganlah mogok-mogok. Apabila tetamu datang ke rumah kita, sebenarnya mereka membawa rezeki dan keberkatan. Lebih-lebih lagi saudara-mara. InsyaAllah ada rezeki kita boleh berjumpa. Kak Ain harap Fatin senyumlah ye. Jangan mogok-mogok. Nanti kedut cepat naik ke muka! Heheh.
Dear Aqma,
Kak Ain harap sewaktu acara Pesta Buku Antarabangsa KL, Aqma dan keluarga boleh datang ke KL. Pesta Buku lebih meriah. Lebih ramai penulis PTS yang turun padang. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa. Buat pengetahuan Aqma, kampung Cik Abang pun di Ipoh.
Dear Najwa Amira @ Mira,
Itu gambar gelak dan batuk serentak! Heheh. Kirim salam pada ibubapa Mira ye. Terima kasih kerana sudi datang dari Setapak. Jauh tu!
Dear Syiqin,
Kak Ain masih akan meletak spek PRADA di dalam setiap gambar. Ini bagi mengekalkan unsur misteri nusantara. Ini identiti Kak Ain di Rumah Pink. Jadi Syiqin adalah atara pembaca terpilih yang telah nampak secara jelas bentuk biji mata Kak Ain! Heheh!
Dear Izzie,
Eh? Demam panas atau demam panda? Kalaulah bila demam sahaja bertukar secomel panda…Kak Ain pun nak kena demam jenis tu! =D Kak Ain doakan Izzie cepat sembuh. Jaga kesihatan. Elakkan minuman berais. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa di lain kali.
Salam Sayang,
AinMaisarah
kak ain..
nape tak balas komen saya masa kak ain balas komen kawan-kawan yang lain tu? ni yang nak nangis ni.
Salam Farah,
Ketika Kak Ain menaip mesej balasan komen para pembaca yang lain, mesej Farah belum masuk. Itu sebabnya Kak Ain tak balas.
Okey, kali ini Kak Ain balas komen dan pertanyaan Farah seorang sahaja. Tentang permintaan membuat promosi buku berdekatan kawasan Farah, ianya diluar bidang kuasa Kak Ain. Tetapi masih ada berita baik. PTSOne memang merancang membuat jelajah promosi ke MPH dan POPULAR yang lain pula. Namun masa dan lokasi masih dalam proses perbincangan. Kak Ain akan umumkan kepada semua sekiranya ada perkembangan terbaru.
Jadi jangan sedih-sedih. Ada rezeki InsyaAllah kita dapat berjumpa! =D
Salam Makan Tengahari,
AinMaisarah
ok kak ain!!!
nanti kalau ada rezeki kita jumpa ya!
salam..
wah!rugi nyer x pegi..msti syok giler kebabom kan??hahaha..
harap nyer dpt la jmpe di lain hari plak..
buat la kat popular rawang plak..
wah!alamak terlebih sudah!
kak ain saya datang pukul 5.00 petang, lewat sikit.Sedih tak dapat jumpa kak ain.Mungkin lain kali je kita jumpa.
Hmm… goodie bag tuh best la.. hehe ade kek cute…kak ain pon cute.. hehe…
kak ain!!..jeles sungguh diri ini…hehehe..bilela nak jumpe kak ain…kaka ain buatle trip ke jb pulak…nak jumpe kak ain gak…x aci la asik kat kl jek!!..hehe…k kak ain..good luck…
Sama-sama kak AIn.MEmang lama dah x dtg Alamanda.
salam Kak Ain…
Berhampiran dengan kawasan rumah saya pun ada MPH dan POPULAR. nanti Kak Ain bagitau ye mana pihak PTSOne nak jelajah. maafkan saya ya..(merayu ni)
Salam Kak Ain….!
Sedihnya Hazira tak dapat pegi..
Hazira berada di penang masa tu.
cemburu dengan kawan-kawan lain yang dapat pergiii… D; uwaaaaa
nak jugak jumpa Kak Yayah.. dulu Hazira pinjam buku Dear Yayah + Dear Yayah 2 daripada kawan, lepastu bila pegi pesta buku, Hazira beli balik kesemua empat siri. Kalaulah Hazira ada di subang hari Ahad lepas, bolehlah Hazira dapatkan sign Kak Yayah.. ;(
+++ nak jugak jumpa Abang Alif….! nak bergambar Superman ramai-ramai..
p/s: lain kali datang ke MPH Subang Parade/Sunway Pyramid pulak. Boleh kite skating ramai-ramai =D hehe.. (x
salam kk ain,
huhu…dayah mmng berkawan baik dengan Amalina tu…huhuh dayah bg tau dia tentang novel comel kk ain.
BESTnya dieorang dapat jumpa dengan kk ain!!!huhuh….tak sabar2 nanti bila-bila mungkin kita boleh jumpe!!:):)huhuh
wasalam,
dayah:P
salam kak ain,
kak ain cadangkan pihak pts jelajah mph jaya jusco wangsa maju pulak ! dekat dengan rumah sara. lagipun dekat situ memang kawasan tumpuan orang ramai ( ecehceh…saja nak tambah perisa )..
dekat-dekat rumah sara ni ada pembinaan jaya jusco ( dekat keramat.hehe). harapnya jaya jusco ni ada mph/popular.. besar betul sara tengok bagunan ni.. ( ehh..apasal pulatiba-tiba cerita pasal ni )
kan dah melalut-lalut..
apa-apapun, pujuklah pts jelajah dekat-dekat tempat sara eh.. dekat popular, ampang point pon boleh.ehehe
okaylah..stop sini sebelum sara mula melalut-lalut.
p/s : sara tulis lambat ni, agaknya kak ain nak balas tak.. ( nak merajuk ni..chewah..dah besar-besar nak merajuk )
Sedih and jeles sekarang nih..>_<..>Sedih sebab x dpt pegi jumpe kak ain..x tahu pun yg penulis2 novel yg terkenal nie dtg kat alamanda..
saya terlepas peluang la…!(huawahua)=( . Jeles pulak tengok diorang yg dpt hadir tu..mesti meriah and best sngat2..
PEMINAT NOVEL KAK AIN,
Syuhada
hai………..