Sekitar Majlis Hari Lahir Penulis Farihah Iskandar
Salam hujung minggu buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah,
Alhamdulillah seperti dirancang, majlis sambutan hari lahir penulis Farihah Iskandar @ Kak Yayah telah berjalan dengan sempurna. Majlis berlangsung secara meriah tetapi sederhana di MPH, Alamanda.
Ribuan terima kasih Kak Ain ucapkan kepada para pembaca yang sudi hadir. Kepada yang tidak berkesempatan ke pusat membeli-belah Alamanda petang tadi, semoga terubat hati melihat aksi-aksi Farihah Iskandar @ Kak Yayah memotong kek dalam video ini.
Okey. Sudah melihat videonya? Jamu mata pula dengan gambar-gambar yang sempat dirakamkan. Inilah gambar Farihah Iskandar @ Kak Yayah ketika kek diletakkan di atas meja.
Ini pula ketika Kak Ain pinjam seketika kek bagi tujuan posing-posing.
Oleh kerana Kak Ain hanya sempat makan semangkuk kecil bihun sup sebelum ke Alamanda, perut Kak Ain memang boleh masuk kategori lapar hingga berbunyi-bunyi lagu Linkin Park. Sekiranya Kak Ain dibiarkan berseorangan, mungkin Kak Ain akan menerkam kek Secret Recipe yang sedap ini!
Akhir acara memotong kek, Farihah Iskandar @ Kak Yayah telah diminta menyuapkan kek kepada orang tersayang. Maka dengan aksi malu-malu kucing, Farihah Iskandar @ Kak Yayah menyuapkan kek kepada suaminya. Hai… betul-betul macam sedutan drama Jihan dan Hazman! =D Heheh… (Ampun Kak Yayah!)
Sampai di sini dahulu kemasan entri di Rumah Pink AinMaisarah. InsyaAllah Kak Ain akan masukkan lagi cerita lain tentang acara di Alamanda ini. Tunggu gambar-gambar baru yang sedang diedit!
Salam Cuti-cuti,
AinMaisarah
romantiknya adegan Hazman ngan Jihan bersuap tu…..hehehehehe….Selamat Hari Jadi….Gambar Kak Ain makan kek takde ke ??? mesty comel kan ??? hehehehehe
Salam Kak Ain,
Eceh,
Romantiknya!
Mesti seronokkan dapat melihat adegan-adegan yang besh tu!
🙂
sweet nye..geramla..syiqin xde mase kak yayah potong kek,..sebab aimi tarik keluar.heheh..melepas//huhu
sy x dgr suare kak ain nyanyi pon dlm video tuh..huuhu…sape yg x dtg mmg rugi besar..seronok sgt bday kak yayah yg ke 17 1/2 tuh..haha
Salam Balqis,
Kak Ain makan kek apabila habis semua acara. Nanti Kak Ain masukkan gambar lagi. Gambar Kak Ain makan kek ada kisah kelakar disebaliknya!
Salam Hanis,
Sebenarnya Kak Yayah dengan sengaja menyuap suaminya dengan kadar segera. Biar tak ada yang sempat ambil gambar. Selamat Cik Abang begitu efektif! Heheh
Salam Syiqin,
Tak apalah. Tahun ini tak dapat tengok Kak Yayah potong kek, tahun depan pasti ada lagi sambutan harijadi ke 18 setengah =D Kak Ain menyanyi dalam video klip tu, tapi biasalah… suara kartun akan tenggelam disebalik suara manusia biasa! =D
Salam Sayang,
AinMaisarah
salam kak ain..
ala..ruginya tak pergi.
saya ni pun peminat Kak Yayah.
Salam kak Ain,
Romantiknya Jihan suap Hazman..
HUHU…
salam kak ain,
wahh..romantiknya jihan suap hazman .. ( macam kak ain, AMPUUN KAK YAYAH !! hehe )
kek untuk sara takde ker ?
Wahh..takutnya..dekat mph alamanda ada harimau lah..tapi takpe.. harimau ni jenis jinak..
hehe..
AMPUN KAK AIN ! TOLONG JANGAN TERKAM SARA.HEHE.. GURAU JER … AMPUN BUK …