Bos Besar Penerbitan PTS One
Salam buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah,
Pagi ini Kak Ain menonton rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Tepat pukul 8.00 pagi, Puan Ainon Mohd, bos besar syarikat penerbitan buku PTS Publication Sdn. Bhd. berada di skrin TV.
Bagi pengetahuan para pembaca sekalian, Puan Ainon Mohd merupakan Pengerusi dan pemilik syarikat penerbitan yang Kak Ain bernaung selama ini. Kak Ain menulis buku remaja PTS One. PTS One adalah salah satu anak syarikat PTS Publication Sdn. Bhd. Sebenarnya, ada lima lagi anak syarikat lain iaitu PTS Millenia, PTS Professional, PTS Islamika, PTS Litera dan PTS Fortuna.
Kak Ain memang menganggap Puan Ainon sebagai idola wanita berjaya yang patut dicontohi. Kak Ain juga tabik spring pada kelantangannya menyuarakan pendapat dan kesungguhannya membela industri buku dan para penulis. Puan Ainon merupakan seorang pejuang buku yang sangat aktif. Beliau sering membakar semangat para penulis supaya terus berkarya. Beliau juga merupakan penerbit pertama yang berani memasuki pasaran buku-buku remaja.
Nak lihat wajah penerbit buku-buku remaja yang mula meningkat pasarannya?
Ini antara reaksi dan gaya Puan Ainon Mohd di RTM1, sepanjang sesi temuramah tentang isu industri buku Malaysia.
Bagi sesiapa yang mahu menuntut ilmu dengan Puan Ainon Mohd, bolehlah mengunjungi Universiti Terbuka PTS. Sila klik >>SINI
Semoga industri buku terus berkembang dan semakin meningkat potensinya. Bagi menyokong industri ini, marilah beramai-ramai kita membeli dan membaca buku tempatan.
Wah!Jaket Puan Aini pun ada nama dia lagi.
Wanita menjadi bos besar di sesebuah syarikat amat membanggakan.
Maknanya,Puan Ainon seorang yang berdisiplin.Sebab tu beliau menjadi bos,kan?
Cantik juga muka dia,kan?
Bos besarlah katakan.
Bukan setakat membakar semangat,malahan menghangatkan dan menyiram semangat kepada penulis-penulis.
salam kak ain.nape x leh click link tuh??
Salam kak ain,
Dayah pun ade tgk dekat TV.Nasib baik terbuka klau tidak nanti mesti terlepas…:):)…GO PTS!!!!huhuhuhu
wasalam,
dayah
salam kak ain..
cute juge ya Puan Ainon tu..hehehhee
oleh dikatakann buku2 yang dikeluarkan oleh ank syarikat PTS ada yang keluarga saya sudah miliki.
kebanyakannya banyak pengajaran yang baik2.
Oh..jadi inilah pengusaha syarikat PTS. seorang wanita. bagus2.
kalau saya jadi pekerja syarikat PTS pun saya suka Puan Ainon kerana dia suka membakar semangat pekerjanya.
Kak Ain doakan saya suatu hari nanti akan bekerja disyarikat PTS ya?
Oooooo….
ni rupanyee wajah bos buku-buku remaja ptsone yang selalu saya beli tu! …..barulh saya tahu. nampak cantik dan penyayang macam ibu saya.
lain kali k.ain kongsilh lagi gambar pekerja ptsone lain.
siapa lukis cover buku k.ain..
siapa lagi bos yg lain..
saya pun nak jadi penulis bila dah besar nanti.
nak jadi terkenal mcm k.ain.
saya setuju dgn farah…
dpt kerja dgn ptsone mesti best.
tiap-tiap hari boleh baca buku! 😉
Salam Kak Ain,
Selalu juga Sara dengar penuls-penulis lain panggil Kak Ainon ( ehh…betul ke ni ) .. rupa-rupanya inilah bos besar kak ain.
Sara memang tabik spring dengan bos perempuan. sekarang ni memang dah ramai perempuan jadi bos di rata-rata syarikat. Kalau dulu lelaki jer, sekarang tak lagi…
Ok… setakat ini dulu
p/s : kalau kak ain terbaca hari ni, kak ai doakan Sara dapat pergi pesta buku hari ini juga ya.. ayah mak sara kejap nak pergi kejap taknak pergi. Ni tengah pujuk habis-habisan ni… NAK pergi juga book fest !!!
Dear Izzati Hazwani,
Puan Ainon memang seorang yang berdisiplin dan berani mencuba. Itulah antara semangat nak berjaya. Izzati suka jaket yang Puan Ainon pakai? Itu memang jaket rasmi PTS. Semua pekerja PTS ada nama di jaket masing-masing.
Salam Solehah,
Maaf ye. Tadi ada kesilapan teknikal. Kak Ain sudah betulkan.
Dear Dayah,
Wah! Dayah boleh masuk kelab penyokong PTS. GO GO GO! =D
Dear Farah,
Farah minat menulis? Kalau minat menulis, bolehlah bermula pada usia muda. Farah boleh klik di link yang Kak Ain sertakan. Setiap hari pelbagai ilmu yang boleh dipelajari di Universiti Terbuka PTS bagi mendapat pengetahuan tentang dunia buku. Tapi buat masa ini, tumpukan perhatian pada UPSR dulu ye!
Dear NurNajwa,
InsyaAllah di masa akan datang Kak Ain akan siarkan pula wajah pelukis kulit buku siri AKU MAHU. Sekiranya ada keizinan Kak Ain akan siarkan juga wajah editor yang memeriksa buku Kak Ain sebelum proses percetakan.
Dear Sara Imanina,
Kami panggil Puan Ainon atau Sifu (maksudnya guru) Kak Ain terlewat membaca mesej Sara, tetapi harapnya sudah tercapai hajat Sara nak ke Popular BookFest. Buku apa yang dibeli di sana? Kongsi cerita dengan Kak Ain ye!
Salam Sayang,
AinMaisarah
wah, ini rupenye mem besar PTS..
hehe..
Ade gak mcm rupe ckg kat skola saya!
hehe.. sekian sahaja.. terima la pantun saya ni..
membuat ketupat dengan daun palas,
lepas bace harap dibalas..
~Nur Nadzirah
GOOD JOB PUAN AINON!!!
Saya pun selalu ke laman web Universiti Terbuka PTS.Saya ada banyak buku2 agama PTS di rumah.Good job PTS!!!!
K.Ain,
Saya dah pegi link yg k.ain bagi…saya tunjuk pd mama & papa…mereka pun baca website pts dan mereka kata kalau mcm ni buku-buku pts, saya boleh beli buku pts tiap-tiap bln!
bestnyeeeeeee!
saya nak beli buku k.ain dan juga buku k.aizam aiman.
oo…lupe nak ckp..selama ni saya baca buku-buku k.ain, tapi saya pinjam kwn di sekolah.
mama dah beritahu nak belikan buku dan saya boleh buat koleksi. saya nak kumpul buku k.ain.
HIDUP PUAN AINON!!!
HIDUP PTS!!!
Semoga warga PTS terus sukses dan berjaya menjadi syarikat penerbitan buku yang paling terkenal di Malaysia…
GO PTS!!!!!
salam kak ain!!
sori la lma tak mai mlawat blog k ain.
anyway … puan ainon tu kiut la!!
hehehehe … teruskan menulis ya k ain sbb skarang ni dh tak banyak buku pts one teen yg baru lah … urmmm .. tak soq ah mcm ni!
wassalam,,
alya (http://achikalya.fotopages.com)
Salam Kak Ain,
Nak dengar cerita sara.heheh.boleh juga..
Semasa Sara menghadap laptop buka page kak ain ni, adik sara terjerit-jerit suruh bersiap kalau nak pergi book fest.Maka sara pun bersiaplah. Dah turun bawah, mak Sara kata malaslah nak pergi. pergi ajak abahlah.. malaslah nak pergi.
Jadi Sara dapat idea ( heheh ) … Mata sara mulalah bergenang dengan air mata ( sara dah bersiap ni tiba-tiba tak jadi pulak ! ) .. lepastu mak sara kata okaylah, kita pergi.
Sara pergi KLCC naik LRT. Dah sampai KLCC, Sara terlupa pula pesta buku tu dekat mana. Kami pun main jalan jelah. Dah jalan jauh, akhirnya sampai juga.haha. jauh tau.kaki sara dah sakit. Dah tu tersalah masuk pula tu. Termasuk buku bahagian cina. ( agaknya kak ain tengah gelak kott ).
Jalanlah lagiiii.. akhirnya sampai juga. Dah pilihlah buku yang dirasakan best. ibu pun beli buku juga. dah puas hati,kami pun pergilah bayarlah dekat kaunter. lepastu jalan lagiii. hahah, asyik berjalan jer, dan sara dapat idea, apa kata sara jalan sambil berangan ? taklah terasa jauh perjalanan.heheh,
memang betul pun, bila sara berangan, sedar-sedar dah sampai.hahah
Mak ajak makan secret recipe, Sara dah melompat gembira.. lepastu tak jadi pula. haish..sedihnya.
Singgah ker kedai Body Shop, mak Sara pada mulanya adalah nak beli minyak wangi untuk sara tapi tak jadi lagi. dari tadi asyik tak jadi jer ( maaf ni bukan merungut ).
Sebelum balik, singgah beli Rotiboy. Ini mesti. heheh =)
Ingatkan nak pergi jalan-jalan sekitar KLCC dulu tapi tak jadi sebab kaki Sara dah sakit ( auchh..hehe ).
macam tulah ceritanya..
balik rumah, cousin sara datang, bestlah. malam tu borak-borak, tiba-tiba elektrik terpadam. tak cukup mulut nak berborak lagi, kami berborak kat taman.hahah. masuk rumah, berborak lagi, dann akhirnya tertidur. zzzz
panjang pula cerita sara … okey stop dulu …
p/s : Buku pts banyak yang terjual. Sara tengok buku kak ain tinggal Aku Mahu Saiz S dengan tak silap sara Impiana jer tinggal. Sara beli buku pts one satu dengan adalah lagi dua buku lain.
wah sara..
panjangnye cerite..
mesti bestkan pergi situkan?
kite tak dapat pergi..
jeles sangat…
ingatkan nak pergi semalam..
satu keluarga dah bersuap nak pergi ni.
pastu baru kite teringat yang pesta buku tu berakhir semalam..
huh..sedihnya
kakak kite pulak merungut dah bersiap tak jadi pergi pulak..
Panjangnya cerita Sara..Heheh
FIGHTING!!!!!!….kalau berkesempatan farah pon nak msk unika tuh…blaja tntg bidang penulisan dgn lebih mendalam….insyaallah…..
wassalam..
Farah Amira
kak ain..
nape takde entri terbaru ni?
heheh..
farah..it’s okay, tahun depan pergi kalau ada rezeki boleh pergi.
panjang ? tulah.. dah habis menulis baru sara perasan yang cerita sara ni panjang sangat. heheh =)
Saya sempat melihat. Bersungguh kan Pn Aini menyuarakan kesungguhan beliau! kita tabik balik kat beliau!!!!