Aku Mahu Jadi Penulis?
Assalamualaikum semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah,
Kak Ain selalu menerima e-mel bertanyakan kehidupan sebagai penulis, dan bagaimana Kak Ain memulakan penulisan. Terus terang Kak Ain katakan, tak pernah terlintas di hati Kak Ain pada suatu hari Kak Ain akan menulis sebuah buku.
Sehingga kini Kak Ain masih tidak percaya. Oleh kerana itu Kak Ain selalu jugaklah berkunjung ke kedai-kedai buku untuk melihat buku hasil tulisan Kak Ain yang berada di atas rak-rak buku. Rasa takjub pun ada. Melihat ketebalan buku tersebut, rasa mustahil orang yang malas menaip macam Kak Ain ini berupaya menyiapkannya.
Cik Abang selalu mengingatkan Kak Ain. Katanya, Kak Ain boleh menulis tetapi hati ini tak pernah rasa ada kebolehan menulis. Itu dulu. Sekarang ini Cik Abang dah bosan nak ingatkan Kak Ain. Katanya, sila lihat angka jualan buku Kak Ain. Itu bukti tertulis bahawa buku Kak Ain di terima umum. Sila lihat rumah PINK awak tu, itu adalah bukti ramai yang menyukai buku Kak Ain.
Buku Aku Mahu Popular adalah karya pertama Kak Ain. Semasa dalam pembikinan buku tersebut, Kak Ain selalu berasa was-was adakah ia akan diterima oleh pembaca sekalian.
ingin membuat sedikit pengumuman di sini. Kini semua ahli Kelab Teman Tapi Mesra boleh