AinMaisarah Tak Mahu Kawan Pos Malaysia
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Ah! Hari ini Kak Ain penat sangat! Dua jam Kak Ain menunggu di pejabat POS Malaysia berlokasi di KLCC. DUA JAM! Bukan dua minit. Bukan dua saat. Ramainya orang sampai melimpah ruah ke luar. Apabila Kak Ain ambil nombor giliran, perlu menunggu sehingga 60 nombor di depan.