AinMaisarah di Pulau Pinang: MRSM
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah.
Seperti dijanjikan, Kak Ain memasukkan entri kali ini dan memberi laporan terus dari Pulau Pinang. Terlewat sedikit kerana masa Kak Ain begitu penuh dengan program get together di sini.
Sebenarnya tujuan utama ke Pulau Pinang adalah mengikut Cik Abang. Cik Abang ada majlis reunion bekas pelajar-pelajar MRSM Balik Pulau. Ramai juga kawan-kawan yang sudah 15 tahun tak berjumpa berkumpul di majlis tersebut.
Kak Ain juga dibawa melawat sekitar tempat Cik Abang belajar waktu muda-muda dulu. Cik Abang jadi pemandu pelancong tak berbayar =D Habis sakit-sakit pipi Kak Ain ketawa bila dengar kisah-kisah kelakar tentang kenakalan dan kegilaan zaman remaja Cik Abang dan rakan-rakannya.
Kak Ain memang merancang dan bercadang nak mengumpul semua cerita ini dan memulakan menulis sebuah siri baru. Sebaik saja siri AKU MAHU lengkap sepuluh buku, Kak Ain akan mula menulis siri baru ini pula. Ikut perancangan, siri baru ini akan menemui pembaca tahun 2010.
Itu sebabnya Kak Ain dan Cik Abang banyak mengumpul maklumat dan mengambil gambar. Kami juga sempat adakan beberapa temuramah bagi mendapatkan cerita yang best-best. Kisah hantu, kisah lucu, kisah kenakalan pelajar lelaki, kisah rahsia hati pelajar perempuan… semuanya Kak Ain akan kumpulkan dalam siri baru ini.
Antara tempat yang dilawat adalah Pusat Sumber Pelajaran (PSP) Dulu-dulu, ada kawan Cik Abang yang terperangkap dalam Pusat Sumber semalaman. Puncanya, pelajar itu tertidur waktu prep. Kawan-kawan pula tak kejutkan. Jadinya bila dia terbangun dari tidur, pukul 3.00 pagi. Menjerit meraung-raung minta diselamatkan. Tapi semua pelajar ada di asrama. Hanya setelah pukul 8.00 pagi, barulah pintu PSP dibuka oleh pengawas pusat sumber. Sampai sekarang kawan Cik Abang itu digelar dengan nama Lan PSP!
Inilah pintu PSP yang ditutup dan dikunci dari luar. Kalau Kak Ain yang terperangkap semalaman, memang pengsan ketakutan agaknya!
Kak Ain sempat juga melawat kelas Cik Abang. Cik Abang dahulu belajar di tingkatan 5H.
Inilah laluan nak ke kelas suatu ketika dahulu.
Padang MRSM pula betul-betul berdepan dengan kelas.
Selain itu, Cik Abang juga bawa Kak Ain ke tempat yang diberi nama ‘Merry Go Round’ atau nama rasminya tong najis =D Inilah gambarnya. Ada kisah pelajar yang terjatuh ke dalam ‘Merry Go Round’ ini. Isk! Tak dapat Kak Ain bayangkan!
Selain itu, Kak Ain sempat bergambar depan tempat dobi pelajar lelaki. Kak Ain tergelak besar bila dengar cerita Cik Abang. Kalau ada yang tinggalkan baju dalam baldi semalaman tanpa dijemur, esok hari siaplah baju itu akan digantung di papan kenyataan!
Ini pula asrama pelajar lelaki. Di sini, Cik Abang asyik cerita tentang kisah-kisah hantu.
Dulu-dulu, bila asrama diserang musim histeria… semua pelajar akan diminta berkumpul di surau ini. Kak Ain seram sejuk dengar pelbagai kisah kawan-kawan Cik Abang. Masing-masing ada pengalaman bertembung dengan perkara-perkara pelik dan misteri.
Kami juga pergi melawat papan pernyataan. Di sini ditampal gambar-gambar bekas pelajar MRSM. Cik Abang dan rakan-rakan sedang gelak ketawa memandang gambar zaman muda-muda.
Selesai buat lawatan seluruh MRSM, kami diajak menjamu selera di dewan makan. Di sini tradisi makan menggunakan dulang besi dikekalkan.
Selesai makan nasi, ada juga jamuan buah-buahan di dewan permainan badminton. Durian, rambutan dan manggis bertimbun-timbun banyaknya!
Kak Ain dan Cik Abang menghabiskan masa seharian di MRSM. Dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Banyak kenangan dan memori yang dikenang semula di sini. Betullah kata orang, zaman persekolahan adalah waktu paling indah dalam hidup ini.
Kak Ain nak tahu juga pengalaman anda semua. Apa kisah-kisah zaman persekolahan yang tak boleh dilupakan? Jom kita kongsi sama-sama!
Salam Sayang,
AinMaisarah
Kisah saya?
Mestilah kenangan manis di 5 Murni thn 2008.Saya sudah lama tahu sikap kelas Murni ni.Sejak darjah 1-5 saya menghuni di kelas paling ‘cerdik’ di SK Taman Melawati 2.
Thn ni,ramai org kata kelas 5 Murni thn 2008,gila.Memang,saya sendiri mengaku.Sikap mereka ni melucukan+ceria iaitu Hakim,Alyzack,Akid,Naim.
Naim(mat kecoh),Hakim(mat bising+clown)Akid,(science freak+lawak)Alyzack a.k.a Allycats.
Alyzack tu mak dia cina.Sbb tu pelik sikit nama dia..Hehe..
Budak lelaki plg baik Luqman+Ikmal.
Saya syg semua kwn2 di kelas 5 MURNI THN 2008!
Hai Kak Ain!
Ni kisah saya pula.Dah lama saya tak bagi komen di sini.Lagipun, hari ini saya ponteng sekolah =D.(Demam!)Sempat jugak saya bukak komputer ini…
Kisah ini terjadi pada dua tahun lepas,pada hari kantin.Dan pada hari tu jugalah hari jadi saya diraikan disekolah.Pada masa itu ibu saya seorang guru yang juga terlibat dengan hari kantin.
Sebenarnya masa tu pun saya lupa masa tu hari jadi saya.Masa tu saya ada masuk dlm satu pertandingan dan mendapat no.2.Tapi saya pelik kenapa no.1 dpt hamper je.Saya pula amper dan kek disertai nyanyian hari jadi.Ouh!
Hari jadi saya!Terima kasih ibu!Ibu sayalah yang merancang semua ini!
*Hamper!Bukan amper!Asyik tersasul je saya ni!
Salam Kak Ain,
Kalau buat pengetahuan kak ain, tahun ni adalah tahun paling gila-gila sekali. Ada yang suka melompat, ada suka buat lawak tak jadik lah, buat circus pon ada, main seb seb bom pon ada…. Macam bebudak kan? ngeheh..
kak ain..
do you remember me?
virus komputer saye telah berjaya di tumbuk lumat-lumat..
hahhahahaha…
mesti bestkan pergi pulau pinang?
pling kite terliur mse gambar durian tu!
ahhh..sedapnye
baru terjadi tadi…ada kem pelajar sekolah berasrama penuh dan kalau nak tau cerita ceritanye singgahlah ke blog saya sebab saya dah masukkan entry ttg kem tu…
Salam Kak Ain ,
Kenangan manis Hanis adalah pada tahun 2007 . Semestinya pabila selesai menduduki ujian UPSR.
Banat dan Banin semua seronok cuz dah lepas tekanan belajar.
Banin melemparkan kopiah ala-ala topi universiti gitu. :p
Padahal baru selesai UPSR , bukan SPM 🙂
saya?
heheh…
masa nak ambik hadiah upsr…
saya terpakai satu stoking yang corak warna warni yang sepatutnya x boleh pakai di sekolah…
bila saya nak mengambil hadiah…
terpakse melabuhkan kain sekolah…
sambil jalan…
jalan macam itik tapi adek beradik peguin sambil jalan depan org yang berkumpul…
lepas ambik hadiah cikgu dtg dekat saya..
Cikgu
>fadhilah,kenape jalan macam itik?
dengan muke merah saya berkate
>pergi dulu cikgu…
OMG!!!2007
Salam Mira,
Wah! Kak Ain pun tumpang seronok dengar keakraban para pelajar kelas 5 Murni. Semoga perhubungan terus berkekalan sampai bila-bila. Masuk sekolah menengah nanti, jangan pula lost contact begitu sahaja.
Hai Derine,
Seronoknya bila ada yang buat kejutan sambutan hari lahir macam tu! Kak Ain pun tak pernah dapat suprise ketika harijadi! Bertuah sungguh Derina dapat ibu yang sungguh sporting lagi caring.
Dear Alya,
Isk.. Isk.. Isk.. nak melompat, nak berlari, nak berguling dalam kelas pun… pastikan selamat dan tidak membahayakan diri sendiri ye!
Dear Farah,
Mestilah Kak Ain ingat pada Farah. Tahniah Kak Ain ucapkan kerana berjaya melumatkan virus! =D Sungguh kuat perkasa rupanya Farah ni ye. Kak Ain pun terliur sangat dengan longgokan buah durian tu. Tapi Kak Ain tak makan sebabnya takut mulut berbau. Maklumlah, nak berbual dan bersosial dengan kawan-kawan Cik Abang =( sedih sangat tau!
Dear Trulymalaysian,
Okey. Sekejap lagi Kak Ain jenguk blog. Kak Ain pun teringin nak baca kisah-kisah sewaktu perkhemahan. Tunggu kedatangan Kak Ain! =D
Dear Hanis,
Cerita Hanis membuatkan Kak Ain teringat lagi masa Kak Ain tahu keputusan UPSR. Sampai melompat-lompat atas kerusi! Heheh. Sebenarnya UPSR juga sama penting dengan PMR dan SPM. Semuanya menjadi titik motivasi dalam hidup kita. Jadi mesti berusaha sehabis baik dalam setiap peperiksaan ye!
Dear Eila,
Gelak besar Kak Ain baca cerita Eila ni! Mujur tak terpijak kain dan tergolek gaya gimnastik di atas pentas tu! Kalau nak tahu, masa Kak Ain konvokesyen dulu pun… ada empat orang pelajar yang terjatuh dari tangga ke lantai! Lantai licin dan para pelajar pula pakai kasut tumit tinggi yang baru. Jadi kesimpulannya, apabila nak naik pentas, pastikan kain jangan labuh sangat. Pastikan juga kasut yang dipakai selesa dan sudah sebati dengan rentak langkah kaki kita.
Kepada semua, terima kasih kerana berkongsi pengalaman dengan Kak Ain. Seronok sangat Kak Ain membacanya!
Salam Sayang,
AinMaisarah
salam k.ain..
sy riiiiiindu sngat skola rendah..pdahl br f1!..erm..cam hanis ckp..paleng best mase darjah 6!..mase dpt result upsr!!..mase uh memang suasane nye best sangat!!..ade yg nanges terharu..best sangat2!..erm..rindu ustzh n ustz kat skola rendah,hehe..pdhl skola rendah seblah skola menengah kite jek..haha..best le…rindu time darjah 6..ingat lg mase banin gi solat jumaat, banat klas kite kunci sume pintu klas,tutop tingkap..pastu men keja2!.hahaha..best sangat!!!
Salam Kak Ain,
Pengalaman yang ira tak dapat lupakan masa tadika.Balik dari sekolah menangis teresak-esak.Bila tanya knp, rupanya kawan kata muka saya macam jepun.Tak ejek tapi ckp.Sensetifnya saya dulu.
Pengalaman kedua sekarang.Kwn sebelah saya asyik bergaduh dgn budak lelaki kat belakang saya,so saya asyik gelak jer.Saya jugak kadang2 bergaduh dgn kwn saya.Bergaduh cara budak gedik.Gaduh kena speaking.Bahasa melayu pun dah tak tau ke mana.Tapi kita orang dah baik sbb nak ambil UPSR.Bersihkan diri dari segala dosa.
Saya juga ingat tiga tahun saya dapat hadiah penulisan terbaik.Bangganya.Cuma satu tahun tu kain nampak singkat.Bila ayah tunjuk gambar nak tegelak tengok gambar tu.
Kak Ain doakan lah saya succes untuk tahun ni.
Ira aka. Zafirah.
hye kak ain yg comel..
kenangan sy??erm..bnyak sgt..pling best sekali last year masa sy thn 5Sri Kinabalu (kelas2 kat skolah sy guna nama gunung)best sgt dgn adernyer kehadiran kengkwn bru yg sy x prnah kenal..hehe..ader kamal a.k.a blackpeet..n then safwan a.k.a buaya plastik,athef a.k.a buaya tembaga/athef buaya idaman, mitzrul a.k.a kmbing gurun n syafiqah othman a.k.a DEV..nama2 tue semua sy yg bgi..hehe..sjer jer gelarkn dorang cam2..kamal nie jenis yg suka buat lawak..mitzrul nie pulak 93.5% BLURR..jd klu ckp dgn dia asyik gelak jer..hehe..safwan??dia nie ok2 jer..lawak gak but sometimes menyakitkn ati..lolz ^^ n last skali athef tue ok sgt!best gak kwn dgn dia..dev?jgn ckplah..sehari xder dia cam x best plak..kitorang mmg kamceng giler.1 ari x sah klu xder lawak..^^
Luv all my fwens 4 last year n dis year…
salam kak ain…
saya ade kenangan manisdi kelas 5H iaitu kelas 5 hibiscus.ermmmmkelas saya ni….macam pasar borong sebab terlalu bising bila cikgu keluar mulalaaa melalak pun ade macam2 ade laa…ha!!!lagi satu masa hari ape saya tak ingat tapi masa tu…ade dua orang murid ingin berpindah sekolah..masa tu sedih juga lagi satu pompuan satu lagi laki ok sampai sini je….
wassallam…
farah hanum.
salam k.ain
emm..kalo kenangan manis mestilah mase sekolah rendah dulu..
kite dpt anugerah sahsiah pelajar mase tahun 2006.macam x caya bole dpt..hehehe
kenangan malu pun ade..hehehe..nak tau pegi la blog kite kalo akk rajin..huahuahua..
Halo…kak ain…seronoknye bile kak ain datang rumah ima….
Ini suatu cerita pasal kelas saye…
Di sekolah saye,setiap darjah ade 3 kelas je iaitu yang paling cerdik Arif,yang kedua Akrab dan yang last skali Adil…sejak darjah satu sampai darjah enam saye asyik duk kelas Arif je,sejak darjah satu jugak la ranking
peperiksaan saye asyik no satu je…mesti kak ain tak caye kan?Tapi itulah hakikatnye…
Tapi tahun ni darjah enam diberi kelainan sikit iaitu dipecahkan satu lagi kelas yang sangat2 cerdik iaitu kelas enam Elit,kelas ini cuma diduduki oleh murid2 target 5A UPSR je,saye salah satunye la..tapi ‘kaum lelaki’ darjah enam ni ade mengalami ‘kepupusan’ sikit….hi..hi..
Kawan baik saye dan juga ‘kakak angkat’ saya(sebab dia lahir awal daripada saya..) iaitu Aziea,kami ni macam isi ngan kuku tau…sorang lagi Hanna..saye ngan dia memang tak berpisah sejak tadika lagi tau..
Ade sorang cikgu darjah enam,namanya Cikgu Termizi,murid2 darjah enam atau bekas murid2 darjah enam di sekolah saye memang tidak dapat melupakan kebaikan cikgu ini..dia selalu memberi ‘suntikan’ semangat kepada kami…murid target 5A UPSR pun selalu dibawa jalan-jalan olehnye…
Saye tidak akan melupakan kawan2 saye di kelas 6 Elit ni,ok…
FRIENDS FOREVER!!!
hye kak ain..
sy princess fairy(name panggilan)
sebenarnya terlalu banyak kenangan manis sy di sekolah rendah..tapi yg paling best ialah time hari last sekolah…sekolah sy dekat dgn sawah.so,ape lagi kitaorang pergi enjoy kat dalam sawah la..sebenarnya kitaorang tak pernah pon masuk ke dalam sawah sebelum nie..
mase kat situ best sgt…angin bertiup dgn tenang dan udaranya nyaman sangat…kat situ jgk kami ambik gambar macam-macam aksi.mase tue kami happy sgt sbb kami dpt 5a sampai terjatuh dalam sawah tue…habis semua basah kuyup..=)
Tapi malangnye mase form 1 geng “girlz”(nia,qis,una,fara,anis n tie)berlainan sekolah..
sy rase amt sedih sbb kami x boleh enjoy macam dulu lagi…
sy akan lupekan kenangan manis mase sekolah rendah nie sampai bile2…. =(
(princess fairY)
p/s:silap la….yg last tue bkn “sy akn lupekan kenangan manis mase sekolah rendah nie sampai bile2” tapi yg nie…”sy x akn lupekan kenangan manis mase sekolah rendah nie sampai bile2″……………
Bertuah kak ain dapat makan durian.terliur saya!
jangan lupa lawat blog saya di http://www.khadijah-kaisara.blogspot.com.
hye kak ain..
rasa nyer dh berbulan-bulan sya x antar k0men..bkannyer ape cma mlas jer tp sye x miss cek bl0g kak ain nieyh!!..klu nak kata pengalaman ‘terindah’ time sk0lah mmg byak..terutama lpas upsr nak pergi r0mb0ngan..bez sangat..time drjah 5 2’skunk f0rm 2 dah’ masa bi..sye kna jwab s0alan..x pe r..jadi sy p0n bgun dri tmpat duduk almaklumlah tmpat duduk sy depan skali btul2 ngan dpan cikgu..(menakutkan). lpas dh jwab 2 mane lah sy nak taw teacher 2 dh suh sy duduk! c0z x dg0r..jdi sya p0n berdiri smpai abis klas (malu gila) ..lpas tmat klas brulah kwan kta yg teacher 2 dah suh sya duduk!! malu teramat sgat..( patut r kwan2 usha pelik jer) hehe
ape2 p0n itulah kenangan yang x
b0leh dilupakan..
slam..
liyana nadhirah
nostalgik… cerita mengalahkan bekas pelajar sendiri!
salam,
hai kak ain maisarah.
akak penulis novel 2 kan ,??
syer skang belajar kat mrsm yg akak pegi td
sampai skang best.
syer student form 2.
syer seronok sgt duk kat cnie coz ramai kengkawan.
walaupun jauh dari keluarga
syer duk kat selangor tp bljr kat pulau pinang.
kak ain umur bper?
asal mner?
oklah .
nanti kalau ade mase lg sye chat ngan kak ain lg k.
bye!!!!!!!!!!!!!!!!1
assalamualaikum