E-mel Pembaca: Bila buku AinMaisarah nak keluar?
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah.
Salam Jumaat Kak Ain ucapkan. Sebenarnya Kak Ain nak masukkan entri bergambar tentang kisah di Pulau Pinang. Namun disebabkan gambar-gambar itu masih belum diedit dan ditambah dengan cermin mata, maka Kak Ain terpaksa tangguhkan dulu sesi bercerita.
InsyaAllah Sabtu dan Ahad ini Kak Ain masukkan entri tentang Pulau Pinang & Terengganu, dua negeri yang Kak Ain lawat minggu lepas.
Kali ini Kak Ain nak kongsi e-mel dua pembaca dan ahli Kelab Teman Tapi Mesra AinMaisarah. Pertamanya dikirimkan oleh Cik Adik Nur Faatihah Zainooriah binti Mohd Fathil.
Assalamualaikum Kak Ain,
Saya ingin bertanya bila buku Aku Mahu Bergaya dan Impiana III akan keluar? Semenjak saya dan kawan-kawan saya habis membaca semua buku-buku Kak Ain, hidup kami menjadi sunyi dan terlebih dos bosan. Pembantu rumah saya pun bertanya bila Impiana III akan keluar?
P/S: Kawan saya bertanya buku Aku Mahu Bergaya dan Impiana III ada novel comel atau tak? Kalau ada, kami akan beli dengan Kak Ain.
PSS: Saya berharap agar Kak Ain dapat balas email saya secepatnya.
Wassalam,
Nur Faatihah Zainooriah binti Mohd Fathil
(Ahli KTTM Ain Maisarah)
Ini pula kiriman e-mel Cik Adik Nurul Asyiqin bt Syed Mukhtar atau nama popularnya misz qiqin.
Salam Kak Ain Maisarah,Saya harap Kak Ain Maisarah sihat. Saya adalah antara beribu-ribu pembaca buku tulisan Kak Ain Maisarah. Semua tujuh buku sudah saya ulang-ulang baca berpuluh kali. Saya sangat-sangat menantikan buku terbaru. Saya nak sangat baca buku Impiana III. Tak sabar nak tahu sambungan cerita. Setiap minggu juga saya ke kedai buku untuk melihat kalau ada buku baru. Tapi saya sangat kecewa bila tak ada buku baru pun dari Kak Ain Maisarah. Kawan-kawan saya di sekolah pun dah bising. Kenapa Impiana III keluar lambat sangat?
Saya memang menantikan sangat buku terbaru Kak Ain Maisarah. Tolonglah keluarkan buku baru secepat mungkin. Saya rindu sangat buku Kak Ain Maisarah! Please!
Yang menanti,
misz qiqin
Itulah antara dua pertanyaan pembaca yang Kak Ain terima dalam kotak e-mel. Ramai yang mula bertanya tentang kemunculan Impiana III. Sebenarnya Kak Ain sudah berbincang dengan pihak penerbitan PTS One. Oleh kerana Impiana III adalah siri terakhir dan penutup segala cerita, kami telah bersetuju menangguhkan kemunculannya hingga bulan April 2009 ketika Pesta Buku Antarabangsa PWTC. Mungkin akan dirancang membuat set box yang menjual sekaligus buku trilogi siri Impiana, Impiana II dan Impiana III. Ketika Pesta Buku juga, kulit buku siri Impiana akan diseragamkan.
Sekarang Kak Ain sudah mula merangka cerita Impiana III ini. Kak Ain juga berazam mahu menulis dalam keadaan yang sangat tenang lagi aman damai dan tidak tergesa-gesa (untuk pengetahuan: Impiana II ditulis dalam masa kurang satu bulan kerana menyiapkannya serentak dengan buku Aku Mahu Teman Tapi Mesra)
Kak Ain juga mahu memasukkan lebih banyak elemen suprise dalam cerita kali ini. Dalam siri penutup Impiana III nanti, nasib Syarikat Impiana Sdn. Bhd, sebuah syarikat internet yang mampu merealisasikan kemahuan manusia dalam masa tiga bulan akan diketahui penghujungnya. Jadi, mesti dapatkan Impiana III bagi mengetahui jawapan segala misteri!
Hanya satu yang Kak Ain nak tahu dari pembaca semua. Adakah anda sanggup menerima cerita sad ending bagi siri Impiana III nanti? Atau adakah anda mahu penutup cerita itu happy ending dan semua karektor live happily ever after?
Kak Ain mahu tahu pilihan dan kehendak pembaca. Cepat beritahu sebelum Kak Ain buat keputusan nak buat ending Impiana III! =D
Salam Sayang,
AinMaisarah
Salam Kak Ain,
saya rasa kita buat kelainan sikit.Apa kata kita buat cerita IMPIANA III sad ending.Mana Tahu best ker.Kak Ain tahun depan baru nak keluar.Knp tak keluar tahun ni.Agaknya masa tu saya kat asrama(kalau ada rezeki).Kita orang memang bosan tanpa buku Kak Ain.
Irah aka Zafirah.
Salam Kak Ain,
saya rasa kita buat kelainan sikit.Apa kata kita buat cerita IMPIANA III sad ending.Mana Tahu best ker.Kak Ain tahun depan baru nak keluar.Knp tak keluar tahun ni.Agaknya masa tu saya kat asrama(kalau ada rezeki).Kita orang memang bosan tanpa buku Kak Ain.
Irah aka Zafirah.
kak ain..memangpn..rakan2 farah pon ade yang tanye..
Faarah
Salam,
Saya rasa sad ending.Sbb dia lebih lain daripada yg lain.Impiana 2 dah happy dah.So,lebih baik buat sad.
Happy pun boleh.
akak, isya rase sad ending tapi.. kalau happy rasa best juga… aduh pening. kalau macam tu apa kata akak buat sedih tapi gembira kerana sesuatu contohnya selamat daripada syarikat impiana. harap setuju.
yang benar,
sadkrisya.
akak,
arghh.. sedih buat masa ni isya tak leh beli buku sebab upsr tak lama lagi. kena belajar walaupun begitu isya selalu datang ke kedai buku sebab nak tengok buku cite je… he..he..he..
P/s: ala… kak, lamanya kena tunggu. tak best lah macam ni..
salam kak ain ku yg manis…
sye brharap satu kelainan dlm buku impiana yg seterusnya…
mungkin 50-50 kot…
ada sesetengah karektor mengalami sad ending, ada juga yg mengalami happy ending…
sye x kisah sama ada kak ain nk buat sad ending atau happy ending…
dua-dua sye suka…
yg x sabar,
aqma
kita buat la sad ending utk syarikat tuw cam ada kematian ker, kena tangkap ke .. buat suspen siket. Pasal watak sekolah menengah sri bangsar tu buatlah ada yang hilang ke, ada yang hidup bahagia ker.. baru best! 🙂
ermm bila buku aku mahu bergaya nak keluar k ain? bosan lah tak ada buku baru..
salam k.ain..
emm..kite rase kan..akk buat la sad ending bagi syarikat impiana..
dan..hepi ending bagi the wannababes n guys..baru syok!!
x der la rase geram bila baca impiana 3 ni..
salam kkAinMaisarah,
saya salah soerang ahli kelab teman tapi mesra..kkAinMaisarah.saya nk sgt baca Impiana III…x sabar-sabar rasanya.buku kkAinMaisarah yg lain semuanya saya sudah khatam sbyklebih kurang berbelas2 kali..pada pendapat saya,saya rasa kkAinMaisarah buat cerita Impiana III ada yg sad ending n ada yg happy ending..barulah syok namanya tuh..masyuk n gempak cket..tp saya berharap antara Farah & Fahrin iaitu antara watak dalam buku Impiana tidak sad ending..saya suka sgt watak diorang brrdua..so sweet..saya hrp kkAinMaisarah pertimbangkan cadangan saya..
wassalam wbt,
Fara Asyiqiqn Macho @ Myzz Macho
Salam kak ain,
Sara un tak tahulah kak ain.
Maaflah kak ain, dah lama tak tinggalkan komen di rumah pink kak ain.
Sara baru baik dari demam. Tak makan ubat pon.. Sara takutlah nak makan ubat. heheh
Salam Kak Ain,
Farah dah terima dah bantal pink yg gebu tue…..tq bebanyak…..cute sgt…
Farah nak cadangkan kak ain buat cite pasan ina ngan tengku affin plak….adventure ckit la kak ain…
Wassalam,
Farah amira
la..knp lambat sangat kuar??
tapi xpe..kener sabar..
hmm…ain rase buat lah sad ending..
bru nangis..cewah!!
nnt ader pesta buku..tempat dia still same ker??
Kak Ain saya rasa buat dua-dua happy dan sad ending.Buat buku impiana III terlebih dos tebal dan seram tau.
kak maisarah ku yg cantik lagi comel….
tlg lah jgan buat sume sad ending… nanti saya pulak yg jadi sad ending…
ape kate kak ain buat sad and happy ending…
it could be more interesting…
kak maisarah ku yg cantik lagi comel….
tlg lah jgan buat sume sad ending… nanti saya pulak yg jadi sad ending…
ape kate kak ain buat sad and happy ending…
it could be more interesting…
ina ngan tengku affin kawin tau…………
salam kak ain…
betul laa saye lebih suka,mula-mula suspen tiba2 jadi happy ok gak tu..
saye pun nak tanya buku aku mahu bergaya pun bila nak keluar…mesti best kan cite tu…
wassallammm…
farah hanum.
salam, kak ain buatlah 50-50, sad ending for syarikat impiana and happy ending for Wannababes’s group. That’s all for today. Bubbye
Salam ,
Saya nak happy ending ok ! pleasee !!
kak ain,
saya tak kesa ending die sad or happy.
asalkan best & suspen. bru best nk bce 😉
April 2009? tahun depan PMR lah );
dan kak ain,
saya x puas hati, fasha dgn amir.
jealous tau xDD
haha 😉 jk2
salam (:
hAppy ending lar best….
saya x suke sad ending…wat la happy ending..kalo sad ending saya nk pinjam buku kwn saya je la..hahahhahahah
assalammualaikum kak ain.boleh tak mula-mula sad-sad,lepastu happy-happy.mimi monira macam mana?kan dia beritahu kemunculan syarikat impiana…..aku mahu bergaya pun buat cepat ya.tak sabar pula nak tengok gelagat the wanabbabes atau the bananababes.balasye:D
This comment has been removed by the author.
salam kak ain,
aduh, satu keputusan yang sangat berat mengalahkan segala yang berat. kalau sedih endingnye, hati sayapun akan kata “Aduh, sedihnye!”, tapi kalau habis rasa macam, “okey!”
49% rasa nak sad ending….tapi….
51% kata nak “happy ever after”…
apa2 pun saya tunggu je! bye kak ain…
salam sayang,
Nurul@yonna yonni
saya x sure lah…sbb kalau sad ending,saya rasa sedih lah and rasa mcm Syarikat Impiana menang.
Kalau happy ending baru best,x lah sedih sangat.
Tapi sumenya atas tangan Kak Ain.Janji cite dia BEST!!!
p/s:kalau buat sad ending,jgn lah sedih sangat taw…
Yang Sukakan Buku KakAin,
Bella
kak ain saya nak kak ain buat sad ending yang diselit kan dengan happy….harap kak ain setuju dengan pedapat saya ni…hehehe~
ELLO,
kalu nk wat bgi sade nding..no prob..cuma kdng2 bila sad nding yg tu smpai amir n fasha mati atau FaFa mati atau fahrin n farah mati atau shasha n sazzy mati tu dh mmbuat kami,pembaca.geram…kalu fazura mati x po lh…huhu.. kak ain jngn lupa prtimbngkn cdngan sye itu hari fasal kahwinkan ina n tengku affin..i luv them neing together..romantic gitu..tlng ar percepatkn keluaran impiana 3.. dh x larat ulang alik g kedai buku ni…
truthfully,
farzana.
Salam kak ain ,
saya rasa impiana 3 mesti buat sad ending sbb x best la asyik happy ending .ye lah , baik x ya baca buku 2 kalo dah tahu yg semua watak dlm buku 2 akan gembira .lagipun , impiana 2 kan dah happy ending .kalo blh ending tuk impiana 3 biar betul 2x membuatkan pembaca terkejut BERUK! -FROM MELINA YOU FAV FAN
KAK, SARA NAK SAD ENDING DISELITKAN HAPPY ENDING . CONTOHNYA , MASAALAH SYARIKAT IMPIANA SDH BERJAYA DISELESAIKAN TAPI MASAALAH PERIBADI DALAM WATAK BUKU IMPIANA 3 JUGA DPT DISELESAIKAN DGN MASING 2X MEMBUAT KEPUTUSAN YANG SEDIHDAN REDHA PADA ALLAH.- sARA yANG cOMEL ( Mesti kata saya perasan kan )
happy ending la kak ain.. slalunye sad je…
lagi pun impiana 1 sad,impiana 2 pun sad so untuk terakhir kali happy ending la !!
mimi rasa happy ending tak sanggup lah tengok kalau ada yg mati.
Yay!!Harap-harap ada set box…saya baru nak mula beli buku ni,ingat nak beli impian I minggu lepas tapi kalau kak ain nak buat set box dengan buku inpiana I,II dan III…saya boleh terus beli yang itu.Jangan lupa buat novel comel baru….novel comel yang lain saya sudah beli…Thank u!!!!Harap-harap Kak Ain buat happy ending!!!sedih sangat kalau sad ending….
P/S:Saya harap sangat Kak Ain buat set box…PLEASE!
saya nk hepi ending….
mngkin sad ending hnyer
trjdi kpd bbrpe watak dlm cter ni
jgn sume watak jd sad ending…
Assalmualaikum,
untuk makluman K.Ain, saya abru shj habis membaca novel IMPIANA yg baru di beli ptg td. Setelah saya habis membaca novel tersebut, endingnye agak meninggalakan kesan kepada diri saya dan mungkin juga kepada pembaca lain. oleh disebabkan novel IMPIANA adalah khas untuk golongan yang sudah pun menamatkan zaman persekolahan, saya berharap supaya penghabisan cerita IMPIANA III dihabiskan dengan kesdahan yang sedih dan dicampurkan unsur surprise mengikut kreativiti K.Ain supaya ia meningalkan kesan yang mendalam dan pengajaran yan paling bermakna sekali. Novel IMPIANA ini mungkin boleh menjadi novel yang paling popular di kalangan semua peringkat umur dan berharap ia akan dibawa ke layar perak. Tetapi ini cuma adalah cadangan saya sahaja.
terima kasih kerana menulis sebuah buku novel yang sebegini.
Rozaidi, Edi
P/s: Impian saya adalah untuk menjadi seorang novelis tetapi saya tidak tahu bagaimana dan berharap K.Ain sudi memberitahu dan membantu bagaimana untuk menjadi seorang novelis seperti K.Ain kerana saya mempunyai cita-cita untuk menulis buku mengikut daya imaginasi saya sendiri.
ini email saya,
[email protected]
This comment has been removed by the author.
This comment has been removed by the author.
salam kak ain.,
saya rase kak ain patut buat happy ending la baru best tapi kak ain pun kene buat sad ending gak. kak ain dalam impiana 3 ni kak ain buat citer die mencabar tau barulah syok nak bace.
kak ainn!
skrg dah bulann 4.
urgh,lama dahh tnggu.
hhu.
bila nk kluaq ni?
hee;D
assalamualaikum.
sy ni budak darjah dua.walaupun sy darjah dua tapi sy TETAP akan baca buku kak ain tulis.sy ni dh baca buku AKU MAHU KE NEW YORK 1 tapi sy masih lagi belum dapat baca buku AKU MAHU KE NEY YORK 2 mana nk cari buku tu.
SeMoGa KaK aIn AkAn BeRjAyA!!!
hallow,kak ain.Bile kak ain nak terbit impiana 3..kawan-kawan saye pon tertanye-tanye…but kawan saye ni fadilah minat sangat buku impiana ”dye selalu tanye”…bile nak keluar (100 kali) kut.ain harap kak ain dapat terbitkan secepat mungkin…kalo boleh lah…..
chayok……
salam kak ain yg disyngi sllu
😀
impiana 3 bila nak kluaq?
skrg dah bulan 8 dah.
huhu.
dok cari kat kedah tadak pun
😉
Salam Kak Ain,
Bila ImpianaIII nk keluar.Saya x sbr nk dptkan Impiana III.Kalau Impiana III sudah memunculkan diri, Kak Ain email kat saya ye? ([email protected])~Fasha n Amir tu ada apa-apa ke?
salam kak ain,
iqa rasa,kak ain patut buat sad and happy ending.tapi iqa rase buat banyak happy ending la cause ni buku siri impiana yang terakhir.iqa harap sangat yang kak ain akan buat happy ending untuk hubungan Tengku Affin & Ina.baru best+meletup!.
p/s:kak ain buatlah diorang kahwin!
baru best!lepas tu si Fazura yang perasan tahap over dose frust menonggeng;]
lupa pulak kak ain,
hubungan fasha n amir pun patut ade happy ending jugak.
nanti,amir tu x habis2 dgn frust dia tu.
salam kak ain,
saya lebih ska klau happy ending!=)
saya suka sad ending. sad ending. sad ending!!
boleh bagi susunan yang betul untuk impiana. mana satu kena baca dulu? impiana atau aku mahu buli? terima kasih.