AinMaisarah di Pulau Pinang: Kisah Feri & Pari
Assalamualaikum dan salam hujung minggu,
Entri kali ini Kak Ain nak bercerita lagi tentang kisah di Pulau Pinang. Memang banyak sungguh gambar yang Kak Ain rakamkan sepanjang di sana. Nak kongsi semua, boleh penuh sesak Rumah Pink ini jadinya!
Kak Ain memilih berkongsi gambar-gambar di atas feri dengan semua. Gambar ini diambil ketika meninggalkan bumi Pulau Pinang. Kami tidak menggunakan laluan jambatan Pulau Pinang seperti selalu. Tiba-tiba terasa nak naik feri pula.
Rupanya banyak juga kereta lain yang memilih menggunakan medium pengangkutan air ini. Mungkin kerana harga petrol yang sudah meningkat. Mungkin juga mahu melalui pengalaman berbeza.
Perkhidmatan feri di Pulau Pinang ini memang efisyen juga. Setiap selang 10 minit, sebuah feri akan datang mengambil penumpang. Jadi Kak Ain dan Cik Abang memang tak perlu tunggu lama.
Sebaik sahaja dibenarkan masuk ke dalam feri yang dinding interiornya hijau di kiri kanan, tangan Kak Ain tak berhenti merakam gambar. Maklumlah, sepanjang 26 tahun hidup di muka bumi… ini pertama kali Kak Ain menaiki feri di Pulau Pinang! Jangan tak percaya! Heheh =D
Sebaik sahaja meletak kereta, Kak Ain ajak Cik Abang naik ke tingkat atas dan ambil gambar. Inilah gambar yang dirakam sewaktu feri mula-mula nak bergerak.
Apabila feri bergerak makin laju, ketika itu seronok sungguh menikmati pemandangan laut. Kak Ain sibuk mencari ikan di tepi feri.
Zaman dahulu kala (waktu Cik Abang umur 10 tahun) Cik Abang beritahu setiap kali naik feri, mesti nampak tiga ekor ikan pari besar yang mengikut feri bergerak. Penumpang pula akan membaling makanan. Kata Cik Abang lagi, ikan pari itu saiznya semua besar-besar belaka. Macam ikan pari di Aquaria KLCC!
Itu kisah 20 tahun dulu. Kini pada tahun 2008, ketika AinMaisarah menaiki feri buat pertama kali… tiada ikan pari yang mengiringi. Kalau ada ikan pari pun, memang tidak akan kelihatan kerana air laut sudah terlalu gelap, terlalu keruh. Sampah-sampah plastik juga banyak terapung di sana-sini.
Akhirnya setelah hampir 20 minit perjalanan, feri sudah mendekati destinasi. Gambar ini diambil ketika feri sudah tiba di Butterworth. Palang penghubung sudah mula diturunkan. Para penumpang juga sudah diarah masuk ke dalam kenderaan masing-masing.
Dalam gembira kerana melalui pengalaman pertama menaiki feri di Pulau Pinang, Kak Ain jadi sedih juga. Kak Ain teringat ikan pari yang Cik Abang nampak 20 tahun dulu. Mana semua ikan pari itu menghilang? Tentu laut Malaysia sudah tak bersih. Kak Ain rasa-rasa, semua ikan pari dah pindah pergi laut Australia. Kemudian secara tak sengaja terlanggar Steve Irwin, pengacara rancangan Crocodile Hunter.
Siapa tahu apa yang terjadi kepada Steve Irwin?
Entah-entah ini pari yang telah menikam Steve Irwin. Huhuhu, besarnya!!! Lari!!!
Salam Sayang,
AinMaisarah
waah best nye kak ain naik feri..baru pertame kali kak ain naek? macam x caye pulak. tp, mst best kan naek.. 🙂
Heheh..
Kalau first time naik memang pening… Tapi, kalau ada angin dok tiup tu, pening semua habis hilang! huhu..
Sebenarnya feri kat penang semuanya ada nama tau! feri kak ain nama apa?
Salam Kak Ain,
bestkan naik feri.Kan best kalau nampak ikan pari tu.Agaknya ikan pari itu berhijrah ker dah mati?
hmmmmmm????
zafirah
Seronok kn naik feri kak ain,?Ima pn pernah naik feri,dh banyak kali dh sbb ima lahir kat pulau pinang..tp ima takleh tengok laut sbb rase pening…tp bulan ogos ni rase2 nk naik feri pulaklah kot..hi..hi..
ohh.. steve irwin yg mati time buat penggambaran tu kan? kesian dia ek..
humm.. mungkin ikan2 tu dah lari sejak tsunami kot.. dah trauma nk pegi situ.. hehehe~
saye pun tak pernah naik feri kat penang lagi.. teringin nak naik feri pergi sana..
semoga kak ain sejahtera selalu di sana! 😀
klu kak ain nak taw..kekadang klu sya naik feri 2 nmpak obor2..ala yg warna putih 2..tp klu kak ain naik feri time petang2 keta penuh..macam ikan sardin
terg0lek!! hehehe
salam
liyana nadhirah
Kak Ain,
Anak2 sya panggil kak ain, mama ain… tak abis2 dieorg asik cerite pasal uncle yang sihat tu baik….;-)
Dear Hello,
Janganlah tak percaya. Itu memang kali pertama Kak Ain naik feri. Dulu-dulu pernah merasa naik bot dan sampan. Apapun, seronok sebab Kak Ain memang suka tengok laut! =D
Dear Alya,
Kak Ain pun tak sedar nama feri yang Kak Ain naik. Tapi Alhamdulillah Kak Ain tak pening. Cuma takut-takut nak pegang kamera dalam feri. Takut terlepas ke laut. Isk! Naya!
Dear Zafirah,
Kak Ain rasa, keluarga pari berpakat pindah ke laut lain. Laut Malaysia dah tak ‘cool’. Harapnya selamat berhijrah ke habitat baru. Kak Ain risau juga. Entah-entah ikan pari tu dah selamat dalam perut Kak Ain. Kak Ain memang suka sangat makan lauk ikan pari masak asam pedas! Heheh =D
Dear Halimatus Saadiah,
Memang Ima tak boleh tengok laut ye? Alah! Ruginya sebab rumah Ima dekat dengan Pantai Batu Rakit. Kalau Kak Ain duduk Terengganu, mesti setiap petang duduk tepi pantai menulis buku. Oh, indahnya! =D
Dear Aliya K,
Kak Ain pun macam tak percaya bila tahu Steve Irwin mati ditusuk ekor pari. Kasihan sangat lebih-lebih lagi bila teringat dia ada anak kecil. Kak Ain juga ada baca artikel, selepas kematian Steve Irwin, hampir 10 ekor ikan pari ditemui mati terdampar di tepi pantai Queensland. Ekor ikan-ikan pari ini dipotong. Ada yang kata, ini perbuatan membalas dendam terhadap kematian Steve Irwin.
Dear Liyana Nadhirah,
Kak Ain tak nampak obor-obor. Kak Ain cuma nampak plastik-plastik yang terapung pelbagai warna. Hampeh betul orang Malaysia yang buang sampah merata-rata!
Dear Shahrul Azmi@Cemen,
Aik? Uncle sihat saja yang baik? Auntie sihat tak baik??? Heheh. Welcome to my blog. Kirim salam Jaja, Danial, Qasdeena! =D
p/s: Bila nak main golf sama-sama?
Salam,
Mcm x percaya je kak Ain baru naik.Saya dah hampir beratus2 kali naik.(hampir2 lah)
Setahu Mira,selamat 11 tahun Mira hidup di ats muka bumi ini(ceh!)Mira x pernah tgk ada ikan pari.Aneh sungguhya?
Kdg jer saya nampak jellyfish.Yg pari2 tu,x silap saya lah,pernah kot saya nampak..huhu
Sampah pun saya ada nampak..Haha..Mencacat celakan pemandangan je..
assalammualaikum,kak ain.mesti best kan bila naik feri.cemburu pula saya………………….:D
Memanglah sedap kalau rumah kite dekat ngan pantai kan,?Ima bukan tak bleh tengok laut,pantai tu boleh la…tapi kalau tengah-tengah laut…mabuk laut la Ima jadinye…Ima pun slalu g kat pantai…lagi best kalau g ngan kawan2 Ima,siap berkelah lagi…
salam.
saye pernah pergi ke pulau pinang.
syok gila.
walaupun sekejap. (:
anyway,
kak ain doakan saye dapat buat dalam trials PMR dan PMR nanti okay.
sekarang tengah trials.4/8-8/8/2008
PMR yang sebenar pula pada bulan oktober nanti.
fuhh,risau gila.
em,saya harap kak ain kenal saya lagi.saya dulu selalu bg email tanya itu ini itu ini.(;
saye punya email >>
[email protected]
mungkin kak ain ingat,mungkin tidak.tapi saye harap kak ain ingat saye selalu (:
doakan saye okay!
p/s; saye takde blog.terpakse gune anonymous.sedih 🙁
kalau boleh email laa saye sekali sekala.tapi bukan sekarang sebab sibuk study.
with love,
syerah.
salam kak ain…
gambar ikan pari tu…besarlah takut tengok….ermm…air die biru cantik kalau takde sampah kan bagus cantik sket pemandangan…fuh bilalaa dunia nak bersih???
wassallammm
farah hanum.
Owh kak ain,
samalah dengan Sara. Sara suka sangat makan ikan pari asam pedas ! Sedap sangat !!
p/s : Baru tadi makan ikan pari asam pedas.. hehe
kak ain,saya ni farah adilah…..kak ain pernah naik feri ek?!!kak ainnaik feri gi maner???saya naik feri gi pulau langkawi. kak ain add saya tau…..kak ain saya nak alamat kak ain bleh???kak ain add saya,so kak tulis kat situ tau.saya nak bagi surat kat kak ain.k lah kak ain assalamualaikum…….
~farah fisal~
kak ain lagi 1 hantar jangan x balas!!!!!askum
~farah adilah mohd fisal~