PERCUMA 50 MANUSKRIP – Aku Mahu ke New York
Salam semua!
Apa khabar? Semoga sihat gembira dan ceria sentiasa.
Kak Ain sedang sibuk membuat persiapan bagi majlis perjumpaan KTTM dan pembaca buku AinMaisarah di MPH Mid Valley pada hari Ahad ini.
Pagi tadi, Kak Ain sudah mengambil manuskrip teaser Aku Mahu ke New York di pejabat PTS (terima kasih kepada Kak Ann dan Kak Sheila kerana sudi membantu urusan percetakan manuskrip ini) Petang hari pula, Kak Ain mengecop dan menandatangani kesemua buku tersebut. Memang lenguh tangan dibuatnya! Tapi untuk para pembaca semua, Kak Ain sanggup berkorban! =D Terpeleot tangan pun tak mengapa!
Hah! Nak lihat 50 buku itu? Inilah gambarnya!
Manuskrip ini diberi secara PERCUMA pada hari Ahad ini di MPH Mid Valley, dari pukul 4.00 petang hingga 5.00 petang. Sila berkumpul di bahagian Kid’s Zone (sila tanya pekerja MPH sekiranya tidak tahu lokasi).
Caranya sangat mudah sekiranya anda inginkan manuskrip percuma ini:
1) Mestilah membeli 2 novel AinMaisarah
atau
2) Mestilah membawa 2 orang rakan @ sepupu @ jiran
Apa lagi yang menanti pada hari Ahad, 17 0gos 2008 nanti?
Tentulah pelbagai acara menarik sudah diatur bagi mengisi ruang masa satu jam itu. Kak Ain mahu gunapakai sebanyak masa yang ada bagi berkenalan dan bermesra dengan pembaca buku Kak Ain selama ini.
Selain hadiah 2 set minyak wangi mini dan gelang TOUS yang menanti dua pengunjung paling sporting, Kak Ain juga ada menyediakan hadiah bagi kumpulan yang menang.
Apalagi? Mari kita serbu MPH Mid Valley ramai-ramai!
Salam Sayang,
AinMaisarah
Ermm,
Sara tak pasti lagi boleh ke tidak. Sebabnya sudah sara nyatakan.
Tetapi, kalau dapat pergi, 2 orang itu, adik dikira tak??
Heheh…
Salam kak ain,
Insyaalla dayah pergi!!:):)
p/s:kak ain nanti balas emel dayah yang terbaru tau..pasal keropok tu……
wasalam,
~dayah~
Hehe..
Semoga majlis ini berjalan lancar sebab alya tak boleh datang 🙁
Apapun, happykan diri anda di sana yer!!
Saya pergi esok!
Banyaknya manuskrip tu!!Tak sabar nak pergi..Kak Ain tunggu saya di sana tau!
p/s:Agaknya,siapa yg sporting lah ya..
wah.. seronoknya!
Saya tak dapat pergi la esok. Sebab tak dapat pergi KL sebab hujung minggu nanti baru pergi KL. Jadi, mak tak kasi ulang-alik (minyak dah naik). Huhu.
Takpela, semoga pada masa akan datang, Aliya dan adik Aliya dapat berjumpa dengan Kak Ain dan semua ahli KTTM.
sekian.
-Aliya K
kat bangi x de ke ? jauh lah kalo sy nak pegi sebab sy duduk kat bangi x achik lah mcm ni?kat KL je ada.Ni yg X syok ni.
p/s:jng lupa buat kat bangi sekali
Hu..hu..Ima slalu tak dapat jumpe my beloved kak ain..lain kali kak ain buatlah perjumpaan atau ape2 kat terengganu pulak ek…tapi takpe..Ima kan dh jumpe ngan kak ain..hi..hi..kak ain pertimbangkanlah cadangan Ima tu…
Jumpa kat syurga 😛
salam kak ain…
erm…bestnya…tak tau dapat pergi ke…tidak sebab ayah sibuk…semoga kak ain gembira di sana ok..mesti meriah…
wassallam…
farah hanum.
p/s:comelnya…Mira pakai tudung..nampak ayu..hehehe 🙂
salam kak ain….
esk ain dpt gi…
kwn @ sepupu @ jiran…
adik-badik N mak ayah x leh ker???
sye xde kwn @ jiran @ sepupu nak bwk…
bleh la…kak ain…
sye nak sgt manuskrip tu…
please kak ain ….
kak ain tlg balas!!!!!!
Salam kak ain,
Hurm..smlm elok2 sy dh plan nk jmp k.ain..tup2 ari nie xdpt greenlight lak nk kua..hopefully k.ain wt la lgk event cam2 kt MPH Mid Valley time holiday ek..sy arap sgt3..da la sy nie pmnt stie bku2 kak ain..tringin gak nk jmp pnulis die..he..huhu..luv u kak ain!!=)
Oh,lupe lak…selamat menyambut hari Nisfu Syaaban!!!Semoga korang ditetapkan iman…dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki…amin…rajin2 bace Yasin tau..hi..hi..
kak ain bestlah buku tu sy mendapat tau bahawa mereka sangop buat aperr sajerr demi nak ke new york
kak bagaimana kakak menghantar novel kakak?