Lagi Gambar Peraduan Duta Aku Mahu
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ini Kak Ain masukkan lagi gambar-gambar penyertaan Peraduan Duta Aku Mahu yang diterima melalui medium e-mel. Memang seronok Kak Ain cuci mata dengan bermacam gambar dan pelbagai gaya posing. Terima kasih kepada para pembaca yang membuatkan AinMaisarah tersenyum ceria =D
Nampaknya peraduan semakin sengit.Semua berusaha bersungguh-sungguh menghantar gambar yang terbaik. Tentu mahu berebut peluang memenangi novel berkembar terbaru AinMaisarah bertajuk Aku Mahu ke New York I dan Aku Mahu ke New York II. Yalah, siapa tak mahu buku percuma, kan… kan… kan!
Sekarang ini Kak Ain sempat edit dua gambar sahaja. InsyaAllah petang ini Kak Ain akan masukkan gambar lagi.
Gambar pertama adalah kiriman Cik Adik Hasyyatil Husna bersama rakan-rakannya di Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu, Kelantan. Semua berposing dengan topi menghiasi kepala. Kak Ain nak tanya sikit… topi itu sebahagian baju seragam pelajar Maahad ya? 🙂 Comel sungguh anda semua.
Gambar kedua pula adalah kiriman Cik Adik Nur Najwa. Ish! Ish! Ish! Ada juga cermin mata lama Kak Ain terselit di tengah-tengah gambar! Kak Ain suka mood ceria kelas Najwa =D Kirim salam kawan-kawan ya!
Kepada yang belum menghantar gambar, peraduan masih dibuka sehingga 24 November 2008.
CEPAT! Jangan ketinggalan!
Salam Sayang,
AinMaisarah
waa~
kak ain,dah dapat ke wang pos dari saya;
izzati hazwani
peraduan tu best,
tapi sorry,
saya bukan tak berminta,
tapi susah nak kumpulkan kawan
taund depan buat lagi ye peraduan seperti ini ?
i love you
kak ain sayang kitorang tak ?
hehe
Salam Izzati,
Kak Ain tak dapat lagi wang pos. Pejabat Kak Ain memang lambat dapat surat yang dihantar sebab pihak pengurusan bangunan pegang surat. Kak Ain harap dapat surat Izzati secepat mungkin dalam minggu ini kerana Kak Ain nak hantar buku pada Izzati. Bolehlah Izzati baca waktu cuti sekolah ni, betul tak? =D
Oh, ya! Izzati tak berikan lagi nombor telefon untuk dihubungi. Tolong berikan Kak Ain melalui e-mel secepat mungkin ya! Kak Ain perlu tulis nombor telefon dalam borang pos.
Terima kasih atas kerjasama!
Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Kak Ain pun I LOVE YOU dengan Izzati =D
salam kak ain..
waa!! lagi sekali..
jealousnya fatin!!!
kak ain buatlah byk-byk peraduan lagi eh utk buku kak ain yg akan datang..
kak ain , impiana 3 mcm mana???
aku mahu bergaya pulak bila nak terbit???
salam kak ain..
best nyer spe yg dpt masuk peraduan tu..
ain nk masuk tapi ade masalah cikit…
masalh ain same mcm izzati..
susah nk kumpulkan kawan..
lgi2 diaorg tu xpaham base…
hehehe..
so,ain x dptlah nak masok..
kak ain,wat lah peraduan lain tok buku aku mahu bergaya plak..
ain ade permintaan…kalo kak ain nk ikut bleh jee..tpi kalo kak ain x ikut pon x pe…
peraduan yg ain nk sangat kalo kak ain nk wat..peraduan bersama bestfriend…
tu je la yg ain nk ckp..
okey byee
Kak Ain..kalau Ima tak menang dlm peraduan tu pun..simpan la buku AMKNY 1 dan 2 ek..nk tanye..brape harga untuk kedua-dua buku?
Luv u,
Halimatus Saadiah
p/s:Ima dh berjaya pujuk ayah n mak Ima pergi Kuala Lumpur..tak tahu lagi bila..kalau dh tahu..Ima beritahu kak ain ek!!
salam kak ain,
wah! sportingnye dieorng…mcm nie kalah dayah! hehhehehhe:):)
salam sayang,
dayah
kak ain,saya sedih coz gambar sy tak dapat msuk.
i’am sad,
hidup mau rest,
apepun kak ain the best!