Berita Gembira Minggu Ini
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Apa khabar? Harap ceria sentiasa di penghujung tahun 2008 ini.
Kak Ain sendiri tersenyum lebih lebar dari biasa. Alhamdulillah, sepanjang minggu ini segala yang baik-baik memunculkan diri.
Ada tiga perkhabaran baik yang Kak Ain terima.
1) Pertamanya adalah berita pembelian terus buku Tak Bisa Memilihmu oleh Perpustakaan Negara Malaysia.
Sebanyak 1089 buah buku akan dibeli. Proses pembelian ini membolehkan buku Tak Bisa Memilihmu berada di rak-rak perpustakaan awam seluruh Malaysia bermula tahun 2009. Harapan Kak Ain pada masa akan datang, banyak lagi buku-buku AinMaisarah yang dipilih oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Kak Ain anggap ini adalah promosi bagi memperkenalkan lagi nama AinMaisarah di kalangan pembaca buku.
2) Berita kedua yang diterima pula adalah mengenai cadangan sebuah syarikat produksi yang mahu mengadaptasi novel Aku Mahu Saiz S kepada drama TV.
Sepetang Kak Ain duduk bersama orang-orang TV ini. Kak Ain perlu menyediakan sinopsis setiap bab yang ada dalam novel. Setelah lulus penilaian dan diterima stesyen TV, kerja-kerja menulis skrip akan menyusul pula.
Ikutkan hati, Kak Ain teringin nak menulis sendiri skrip Aku Mahu Saiz S versi TV. Namun bila difikirkan kembali, jadual Kak Ain terlampau padat. Akhirnya Kak Ain serahkan kepada produksi TV itu bagi mencari penulis skrip yang sesuai. Kak Ain pula akan membantu dan memberi gambaran keseluruhan plot sebaik mungkin. Kak Ain hanya mengharapkan yang terbaik. Moga-moga tahun 2009, drama Aku Mahu Saiz S akan membantu mempromosi lagi novel AinMaisarah.
3) Hah! Berita ketiga ini tiada kaitan dengan dunia buku. Ianya tentang keseronokan Kak Ain menerima sepucuk surat dari HSBC. Kad kredit Kak Ain sudah bertukar kulit dan warna! =D Heheh. Kad kredit Kak Ain dinaik taraf menjadi gold card.
Namun bila mengetahui berita gembira yang ketiga ini, ianya dianggap berita menakutkan lagi mengerikan oleh Cik Abang. Dia takut Kak Ain belanja banyak hingga tak ingat dunia. Kata Cik Abang… walaupun Kak Ain penulis buku bertajuk AKU MAHU, tapi mesti pandai mengekang kemahuan. Nak ikutkan kemahuan Kak Ain, semua jenis beg GUESS nak diborong. Satu kaunter MAC nak dibeli.
Alhamdulillah, rezeki yang tidak disangka-sangka menjenguk minggu ini. Kak Ain amat bersyukur sekali. Moga-moga tahun 2009 ini lebih banyak yang baik-baik menanti. Amin!
Salam Senyum,
AinMaisarah
yea!!jadi org yg pertama comment..alhamdulillah…rezeki kak ain kan?saya pun turut gembira
dari:siti
amboi…bnyk nye buku ‘tak bisa memilihmu’ dijual..yg drama tu,kak ain nnti update blog kasi tau la bile akn terbit..x sbr nk tgk..
wah2 kak ain!
tahniah!!kak ain skarang semakin mencipta nama ek..
ape2 pon jangan lupakan kitowang pembaca-pembaca kak ain ni tau!
assalamualaikum
P/S: kak Ain singgah blog sy tau..hehe…
kak Ain…tahniah…
semoga success sokmo…
x sabar nak tunggu kuar citer Aku Mahu Saiz S kat tv…
salam kak ain…
bestnyer.. x lme lagi drama aku mahu saiz s akan kluar….
x sbr nak tgk….
smoga berjaya di masa akan datang..
kyna
bagoos tu borong sato mid valley,pavilion and klcc pon x per heheh
Wah. Tahniah.
ceh dah jadi mcm J.K Rowling dah.Tulis buku and then jadi drama.Knp dia orang tak buat cerita impiana ehh.Kak Ain kena habiskan siri impiana baru masuk TV kut.
Semoga Allah murahkan lagi rezeki Kak Ain di masa yg akan datang.
Salam kak ain,
alhamdulilah…..murah rezeki kak ain!!:):)
kak ain bestnyer
x sabar nak tengok drama tu
nie nak buat drama
untuk semua siri aku mahu ker
mesti best
kalau semua siri aku mahu jadi drama
salam kak ain!!
tahniah!!tahniah!!
wah rezeki brlipat ganda!!
tahniah again!!
-Noor Farhan Najwa-
-http://najwathechubbieygurl.
blogspot.com-
huhu.. besh nyer.. x sangka kak ain sekarang makin terkenal.. nanti bila dah terkenal jgn lupakan kitorg peminat buku kak ain ni ye.. huhu.. sy doakan kak ain berjaya dunia dan akhirat…
salam mendoakan,
@kn_97..
salam kak ain..
alhamdulillah..
kami kat sini turut happy bila dengar berita gembira tu..
congratulations kak ain!
Salam Kak Ain,
Alhamdulillah.
Rezeki Kak Ain berlambak!
Allah dah makbulkan doa saya.
Alhamdulillah…
Assalamualaikum..kak ain,
alhamdulillah..
tahniah bebanyak..
tak sabar nak tengok drama tu…
semoga sukses2 selalu..
wah! bestnye..yg aku mahu size s tu..sape plakonnye?
askum kak ain,
sape yg akan jd pelakon citer aku mahu saiz s nnt ekk??
salam ain…
tahniah lagi dari akak..
tak tahu napa, rasa nk nangis baca entry ni.
semoga setiap kejayaan yg kita dapat tu mendekatkan lagi kita dgn Yg Memberi nikmat dan kesenangan tu ye dik..
🙂
salam sayang
kak zanisa
hai kak ain …
x sangka kak ain hari dapat 3 luck dalam hari.kak ain saya suggest yang dari segi memilih pelakon biar kak ain je yang pilih , sebab kak ain lebih mengenal sifat si watak dalam buku saiz s .
kak ain boleh x beritahu nama pelakon yang melakonkan setiap watak . kalau boleh pilihlah artis yang top 2x gitu .macam fasha sandha , ayu raudah ke. saya rasa kalau kak ain susah st pilih pelakon remaja yang top 2x , tengok je cita Sutera Maya kul 6.30 petang ( tv 3 ) .saya and family cuma suka tengok cita yang dilakonkan oleh pelakon yang kami kenal dan top 2x masa kini .moga sukses selalu ….
Penulis novel… bagusnya… banyak ideanya ye…