Iklan Sekejap: Hartanah Untuk Disewa & Dijual
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sejak bulan lalu, Kak Ain sibuk membuat temujanji dan berjumpa dengan agen hartanah. Kak Ain diberi tugas oleh Cik Abang supaya menguruskan dua buah rumah dan satu unit pejabat kami yang sehingga kini masih belum lagi ada penyewa dan pembelinya.
Sekiranya ada ibubapa, abang kakak, blog hoppers yang berminat dengan unit-unit di bawah, sila hubungi [email protected] atau [email protected]
1) RUMAH UNTUK DISEWA di Ritz Perdana, Damansara Perdana
Kondo ini mempunyai 1 bilik tidur dan 1 bilik air. Ianya juga unit lengkap mempunyai perabot/ peti ais / mesin basuh / 2 penghawa dingin / pemanas air / kabinet dapur. Berlokasi di tingkat 2 dan pemandangan biliknya menghadap kolam renang.
Katil juga lengkap berkelambu.
Ruang tamu bertemakan warna putih.
Kelebihan: Dapat menikmati pemandangan menghadap kolam renang yang cantik dan permai sekali. Tenang fikiran!
Untuk disewa pada kadar RM1400
2) RUMAH UNTUK DIJUAL di Armanee Duplex, Damansara Damai
Kondo ini mempunyai 4 bilik tidur dan 2 bilik air. Ianya unit basic (tanpa sebarang perabot)
Ianya adalah kondo dua tingkat.
Pemandangan beranda menghadap kolam renang.
Kelebihan: Walaupun tidak berjiran dengan artis, kondo ini sangat cantik kerana mengikut konsep Bali.
Untuk disewa pada kadar RM2000
Untuk dijual pada kadar RM320,000
3) PEJABAT UNTUK DISEWA di Plaza Sentral, KL Sentral
Pejabat ini sudah kosong selama tiga bulan! =( Kasihan Cik Abang stress sebab sukar sungguh nak mencari penyewa ketika musim ekonomi tak menentu ini.
Ianya berlokasi di tingkat 8. Keluasan pejabat adalah 2015 kaki per segi. Lokasinya sangat strategik. Hanya 5 minit ke stesen LRT KL Sentral.
Kelebihan: Di bahagian medan selera pekerja, ada sebuah restoren menjual nasi kukus ayam dara yang lazatnya tak terkira! Hehehe… Kak Ain ni asyik ingat makan saja! =D
Untuk disewa pada kadar RM7/kaki per segi
Sekali lagi, kepada sesiapa yang berminat dengan unit-unit di atas, sila e-mel [email protected] dan [email protected]
Salam Hormat,
AinMaisarah
p/s:Kami juga bercadang memberi insentif kepada sesiapa yang dapat mencarikan penyewa dengan segera. Jadi apa tunggu lagi, sebar-sebarkan iklan ini! =D
kalauya dh bekerja,
tntu saya nk menyewa di rmah kak ain di kondominium armane tu,
cantik sgt 😀
kak ain terlupa satu kelebihan duduk di kondo armanee – blh bershopping di the curve dan ikano setiap minggu 😀
Eeee… Cantiknye kondo kat Ritz Perdana tu… Huhu… Walaupun bilik die 1 je… Hihihi… Kalau duduk sorang2 mesti best… Tp saye lom keje… Mane ade duwet… Wahaha! Nanti arh, bile besor nnt… Wat rumah sendiri… =D
K.Ain, waaaaaaaaaaaaaa….
cantik btol swim pool umah k.ain yg armanee tu.. tingin pulak sy nak terjun!
umah yg penuh perabot tu pun nmpk bessst sgt! tp kecik sgtlah kot utk family sy.. kami 7 org sumernye… ;p
tp sy dh tunjuk mama…
mama kate nanti mama tlg bgtau kat kengkwn yg baru kawin kat opis mama
hurrrmm…..kak ain xpnah tunjuk umah k.ain skrg… nmpk sipi2 jerk dlm video…sy tingin nk tgk umah yg k.ain duduklh… mesti cantik kan?
wow..cantek2
mcm mnarik
nnt ayah dulu
cehhh..cam bley bli je
hahak
cantik umah kat ritz perdana tuhh
siap dgn perabot lak tu (white,my dad’s favourite colour)..
lgpon blik tu utk sowang,bestnyer klau adew rumah s’dri (brjiran dgn artis plak tu)
Salam Kak Ain…
Dlm bilik tidur kat Ritz Perdana tu,
ada lampu berjenama IKEA….betul x???hehe…
Wa…canteknyr kondo tuh…!!!
Hurmm..rasenyer klu Sya ader wet..Sya akan beli tuh..da ler ader swimming pool..my fevret…
hehehehhh…
askum kak ain..
kak ain nk tau x??
rumah yg kak ain tunjukkan tuh kan rumah yg sepupu sye duduk kat situ hehe.sye klu gi KL kadang2 klu ade mase gi umah die and mandi swimingpul
best!!!
KAK AIN,SAYA ADE TEMPAH 2 BUKU IAITU:
1.AKU MAHU POPULAR
2.AKU MAHU KE NEW YORK 1&2
SAYA GUNA WANG POS.SAYA TEMPAH ONLINE LAIN MASA TAU KAK AIN.JADI SAYA BOLEH X BAYAR DENGAN SATU WANG POS DENGAN JUMLAH ANTARA 2 BUKU TERSEBUT???
TOLONG BALAS BALIK YEA KAK AIN…..
EMEL SAYA:[email protected]