Laporan Islamic Festival 2009, Mid Valley
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Seperti dijanjikan, kali ini Kak Ain memasukkan entri laporan karnival Festival Pembangunan Ekonomi Islam @ Islamic Festival 2009 yang berlangsung di Mid Valley pada 22 Januari hingga 26 Januari yang lepas.
Sebenarnya Kak Ain dan Cik Abang dapat tahu tentang Islamic Festival ini pun melalui ibu mertuakuuuu.
=D
Ibu mertuakuuuu dapat satu gerai di Mid Valley. Sewanya RM1500. Jadi Cik Abang ajak kongsi gerai dan cuba buat pertama kalinya menjual buku.
Mulanya Cik Abang bercadang menjual buku-buku remaja. Kak Ain pun happy sangat sebab Kak Ain bercadang nak umumkan di Rumah Pink ini tentang kehadiran Kak Ain selama 5 hari di Mid Valley. Bolehlah Kak Ain jumpa pembaca-pembaca buku Kak Ain.
Tetapi setelah membuat kajian pengunjung yang datang pada hari pertama, terus kami mengubah perancangan. Ini kerana crowd yang hadir kebanyakannya orang dewasa dan pelajar universiti. Fokus jualan terus berubah. Kami fokus menjual buku-buku motivasi,bisnes dan Islamik. Buku-buku remaja disusun di bahagian dalam.
Hari pertama, jualan memang kurang memberangsangkan. Hari kedua pun sama. Hanya suam-suam kuku sahaja kerana pengunjung yang hadir boleh dikira dengan jari. Mungkin kerana hari Khamis dan Jumaat masih lagi hari bekerja.
Hari Sabtu…. barulah tak cukup tangan nak melayan manusia! Ramai sangat! Berjuta-juta lemon banyaknya!
Dalam ramai-ramai pengunjung, Kak Ain ditakdirkan bertemu dengan tiga orang penulis PTS yang singgah di gerai. Penulis pertama adalah Kak Kusyi Hirdan yang baru pulang bercuti dari negara China. Wah! Hebat betul Kak Kusyi! Melancong sakan ya! =D
Sekiranya para pembaca nak melihat gambar Kak Kusyi berbasikal di China, bolehlah ke laman webnya www.jendelaku.com
Penulis kedua yang Kak Ain temui adalah Tuan A. Razak Adam dan isteri. Beliau baru sahaja muncul dengan buku baru bertajuk Home Stay Bayu. Para pembaca jangan lupa dapatkan buku ini ya! Kak Ain tidak berkesempatan bergambar dengan Tuan A. Razak Adam. Tetapi entah macam mana, terselit juga gambar kenangan Tuan A. Razak Adam (yang memakai baju oren itu) dalam memori kamera. Harapnya, ada rezeki bolehlah kita berjumpa dan bercerita perihal dunia buku lagi! =D
Selain berjumpa dengan penulis PTS, Kak Ain juga diserbu oleh para pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran dari Shah Alam (Maaf ye…. Kak Ain betul-betul-betul terlupa nama penuh Maahad tersebut) Adik-adik dari Maahad ini semuanya peramah belaka. Sibuk bertanya tentang Impiana III. Bila Kak Ain tanya buku mana yang paling disukai, semua menjawab … Impiana & Aku Mahu Popular! =D
Paling Kak Ain ingat adalah pembaca di bawah ini. Namanya Aien juga! =D
Haaaa…. kalau nak tahu, Aien ada kaitan hubungan saudara dengan Cik Abang! Maknanya Aien saudara Kak Ain juga! =D
Kak Ain juga sempat bergambar dengan Liyana sekeluarga yang semuanya ceria. Terima kasih kerana membeli buku AinMaisarah ya! =D
Last but not least, Kak Ain bertemu dengan pembaca manis bernama Athirah ini.
Athirah beritahu Kak Ain, buku pertama yang dibelinya adalah buku berkembar Aku Mahu ke New York. Athirah sudah khatam buku itu berkali-kali! =D Kali ini Athirah membeli buku Aku Mahu Teman Tapi Mesra pula. Harapnya Athirah suka buku tersebut ya!
Penulis ketiga PTS yang ditakdirkan bertemu di Islamic Festival ini adalah Tuan Zamri Mohamad. Tuan Zamri Mohamad juga ada menulis laporannya yang lebih menyeluruh tentang gerai-gerai lain sepanjang festival berlangsung. Laporannya boleh dibaca di www.motivasimindamu.blogspot.com
Haih! Itulah cerita Kak Ain sepanjang cuti Tahun Baru Cina yang lalu. Walaupun penat, Kak Ain sangat berpuas hati dengan pulangan pendapatan yang diterima. Buku-buku PTS mencatatkan jualan yang membanggakan! Purata jualan adalah RM1100 setiap hari! Hahah… makcik kayooo! =D
Kak Ain juga seronok sangat kerana dapat mempromosikan buku-buku penulis PTS yang lain. Harapnya dengan berbuat demikian, penerbitan PTS akan lebih berkembang maju. Amin!
Salam Sayang,
AinMaisarah
0whh..ini rupenyer Islamic Festival yg Kak Ain ckp tuh..
Best jugak erkkk…
YaY!!YaY!!Akhirnya I’m the first who r comment here..!!
salam kak ain,
tahniah buat kak ain sbb dpt jadi ‘makcik kayooo’…hihi
Assalamualaikum kak ain
apa kabau dah baik demam ke???
wah!!!!bestnyer…
saya sekeluarga teringin nk pegi lagi2 saya ngan ibu tp kitorang kat jb.x sempat nk gi sbb abg kat kl turun jb…
huhuhu :((
Salam Farisah,
InsyaAllah Islamic Festival ini akan jadi acara tahunan. Tak mengapa sekiranya tahun ni terlepas. Tahun depan bolehlah cuba datang ya! Kita dating-dating dekat sana! =D
Salam Batrisyia,
Heheh… Alhamdulillah, Kak Ain paling seronok sebenarnya sebab Kak Ain berpeluang menemuramah pembaca remaja secara rahsia =D Kak Ain akan tanya,
“Pernah baca buku AinMaisarah?”
“Ok tak buku-buku AinMaisarah?”
“Apa komen adik tentang buku AinMaisarah?”
Seronok sungguh dapat dengar komen tentang Kak Ain… tanpa mereka tahu siapa Kak Ain! =D
Salam Siti Fatimah,
Kak Ain masih lagi batuk-batuk. Tapi kepala dah ok… dah tak pening-pening lalat lagi, Alhamdulillah.
Tak sempat pergi Islamic Fest, boleh datang Book Fair di PWTC bulan April nanti. InsyaAllah Kak Ain akan berada di sana juga.
Salam Sayang,
AinMaisarah
Assalamualaikum kak ain
rasa2 xbleh jugak kot sbb hari tu hari skolah takkan nk ponteng kot
kak ain doakan saya dpt 5A dlm UPSR 2009 😀
hehehehehe
knapa tak bagi tau awal awal?boleh lah saya pergi.kak ain smua org kak ain jawab,saya?kak ain tak jawab
KaK Ain jemput dtg ke blog sayer..!!Sayer ader ckp psl buku Kak Ain..Plz…
http://eisya-pinkgurlz.blogspot.com
dtg tau..!!
Yang mengharap..!!,
!!..FaRiSaH..!!
AlA,..
sAYA INGAT JADI PENGOMEN PERTAMA.hUHU.Btw,x bace lagi entry ni.sibuk nak mengomen.Haha
Salam Aina,
Kak Ain ada menyatakan sebab mengapa tidak mengumumkan menjual buku di Mid Valley seperti yang tertulis dalam entri.
Mulanya memang nak fokus jual buku remaja. Tetapi memandangkan kebanyakan pengunjung adalah orang dewasa dan kawasan gerai juga sangat kecil, maka Kak Ain mengambil keputusan tidak mengumumkan di sini.
InsyaAllah di lain kali Kak Ain buat jualan buku remaja sahaja, Kak Ain beritahu pada Aina ya! Kita dating-dating bersama =D
Salam Hidayah,
Isk! Kak Ain tak faham sungguh. Kenapa semua orang berebut nak jadi pemberi komen yang pertama? Tak ada hadiah pun wahai adik-adik semua! =D Kak Ain nasihatkan Hidayah baca entri terlebih dahulu ya!
Salam Sayang,
AinMaisarah
salam kak ain..
wah!! bestnyaa..
fatin rasa fatin kenal lah salah seorang dlm gambar tu..
mcm senior kat sekolah fatin je..
kak ain..saya dah link kak ain dalam blog saya..senang saya nak lawat rumah pink kak ain nie…saya ada entry tentang buku2 kak ain taw..
alah! ruginya saya x dpt pg
(sbnrnya xtau lgsg pn psl ni)
kalau kak ain bg tahu awal2 msi saya ajak ibu bapa saya pg ke sana 🙁
thanks kak ain jawab saya punya komen.Saya bukan apa,teringin nak cakap dengan kak ain yang sebenar.saya btul btul harap kita dapat jumpa dekat pesta buku 2009.doakan saya jumpa kak ain ye.=D
and bila dah jumpa kak ain tangkap gambar saya dan letak dekat blog kak ain tau.janji?
pembetulan kak ain tangkap gambar dengan saya and letak gambar tu dkt blog kak ain okey?
kak ain cite la pasal sye ngn kakak kt i~fest tuh..cdihla kak ain x cite pasal kteorg..huhuhuhu..igt ade la terselit nma hasanah ngn zafirah kt situ tp kak ain x ltk pun..frust sgt kat kak ain
igt nk tngkap gmbr ngn kak ain tp kak ain x ckp pape pun.mungkin masa tyuh kak ain x bwk kamera x plh kak ain..berhari2 sye tunggu cite pasal kt i~fest .. alhamdullilah ade…tp setelah baca laporan tersebut sye frust ngn kak ain…
assalamualaikum…kak ain,
kak ain maser tuh marjan ader pergi midvalley tp kan kak ain,marjan pergi maser 2 kak ain x der pon jual buku….marjan pergi 25.1 maser tuh kak ain jual lg kan??kak ain dtglah kat melaka marjan teringin nak jumper kak ain..
salam marjan….