Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Okey! Setelah tertangguh beberapa hari, akhirnya Kak Ain berjaya juga meluangkan masa memasukkan entri tentang kisah di UiTM Segamat.
Hari Jumaat yang lalu, Kak Ain dan Cik Abang bertolak ke Segamat, Johor. Kami bergerak keluar dari rumah agak lewat (hmmm… SANGAT LEWAT!)
Pukul 4.45 petang, kereta kami yang entah kenapa selalu sangat kena buli (buli dalam erti kata: kereta-kereta lain suka cilok jalan betul-betul depan kami) sudah menyertai ratusan barisan kenderaan yang bersesak di Lebuhraya Sungai Besi.
Cik Abang pula apabila tengok sahaja lebuhraya Sungai Besi sesak teruk, mulalah bertukar hijau mukanya. Ini adalah cerita benar. Cik Abang alergik dengan kesesakan jalanraya.
Kak Ain pula lebih bersenang-lenang sambil menyanyi lagu Afgan (hahah… saja promosi Afgan yang sudah jadi artis Metamobile)
Sebaik sahaja melepasi tol Sungai Besi, Cik Abang menekan pedal minyak tanpa ragu-ragu. Kelajuan melebihi 140km/sejam. Huh! Selamat tak ada langsung kelibat abang polis trafik yang bertugas mengibar-ngibar surat saman. Kak Ain rasa abang-abang polis dah balik rumah dan bersiap sedia nak tengok cerita SPA Q di TV3.
Sampai Ayer Keroh, telefon bimbit Cik Abang berbunyi. Kak Ain macam biasa jadi tukang pegang telefon sambil menekan punat loud speaker. Rupanya Prof. Dr. Hj. Muhd Kamil (selepas ini akan ditulis menggunakan singkatan nama Prof sahaja kerana Kak Ain sudah biasa dengan panggilan itu) menelefon bertanyakan lokasi kami. Kami baru sampai Ayer Keroh. Prof pula sudah keluar tol Tangkak.
Prof ajak makan tengahari bersama di bandar Tangkak (Ya Allah! Makan tengahari pukul 6.00 petang???? Itulah hakikat kehidupan manusia super sibuk seperti Prof yang jadualnya penuh dengan kerja, kerja dan kerja!)
Cik Abang makin laju memecut kereta sebaik sahaja mengetahui Prof menunggu di Tangkak. Mungkin sudah tertakdir olehNya, tiada rezeki kami bertiga makan romantik bersama sambil bergelak ketawa seperti mana kisah lampau di Kedai Kopitiam UOA. Ini kerana sebaik sahaja kereta melepasi kawasan Jasin, muka Cik Abang jadi hijau semula dek kesesakan jalanraya.
Waktu itu Kak Ain kecut perut. Tidak berkaraoke lagi lagu Afgan. Terbayang satu sahaja dalam kepala. Jangan-jangan ada
road block di hadapan! Mungkin abang polis trafik sedang seronok menonton SPA Q. Tetapi jangan dilupa juga kewujudan abang JPJ yang tak kurang berkuasa mengeluarkan surat saman yang bernilai RM300 pada bila-bila masa.
Lima belas minit juga barisan kereta bergerak lambat. Kalah siput sedut. Akhirnya. Sampai juga ke tempat punca berlakunya kesesakan jalanraya. Oh! Ada kemalangan rupanya. Seram sejuk Kak Ain apabila melihat kereta remuk seribu itu sama spesies jenis NISSAN juga.
Kami sampai UiTM pukul 8.30 malam (setelah berhenti solat Maghrib, minum air teh tarik dan membetulkan pinggang) Terus sahaja dibawa melihat rumah tamu di Ledang Inn. Besar dan selesa bilik yang disediakan untuk kami (terima kasih Prof)
Letak sahaja beg, tak sempat betulkan tudung apatah lagi nak menepek bedak di muka… Cik Abang terus ajak ke rumah Prof. Hmm… Kak Ain fikir, okeylah. Bukan nak jumpa sesiapa.
Sebaik sahaja berjumpa Prof, Prof ajak ke suatu tempat. Katanya nak makan malam. Okey. Ingatkan nak pergi kafe universiti ataupun gerai mamak tepi jalan. Rupanya, Prof bawa ke rumah seseorang. Tak sampai sepuluh langkah ke rumah tersebut, barulah Prof beritahu Prof nak bawa Kak Ain ke rumah salah seorang pelajar phD UiTM iaitu Puan Nadzatul Shima. Anak Puan Nadzatul Shima adalah pembaca buku AinMaisarah.
Masa itu Kak Ain kelam-kabut betulkan tudung. Tekap-tekap telapak tangan pada muka. Konon nak cuba serap minyak berlebihan (bertuah sungguh Prof tak beritahu awal-awal!)
Sampai rumah tersebut, Puan Nadzatul Shima menyambut dengan begitu peramah. Anaknya Afiqah Nadzirah, berumur 12 tahun… pada awal memang malu-malu kucing. Setelah beberapa minit, kami berbual mesra. Kak Ain tanya Afiqah, buku mana yang paling digemarinya. Afiqah menjawab… buku berkembar Aku Mahu ke New York 1 & 2! =D Alhamdulillah!
Afiqah juga ada semua buku Kak Ain. Terima kasih Afiqah kerana menjadi pembaca setia! Kak Ain dan Afiqah sempat posing-posing ambil gambar.
Ada beberapa gambar lain yang dimasukkan oleh Afiqah. Terima kasih sekali lagi ye Afiqah! =D
Selesai menjamu selera mi bandung di rumah Afiqah (
Kak Ain makan sikit sebab segan!) kami ke dewan pula. Kali ini bagi sesi raptai dan percubaan sistem bunyi. Kasihan Kak Ain tengok wajah Prof. Letih dan lesu kerana terkejar-kejar ke sana sini. Namun demi komitmen dan usaha dakwah, Prof teruskan juga.
Selain memeriksa sistem bunyi, sistem projektor dan paparan di skrin layar putih juga perlu dipastikan tiada masalah. Maklumlah, keesokan harinya ceramah bermula seawal 9.30 pagi.
Sesi pemeriksaan teknikal selesai pukul 11.00 malam. Kami balik ke Ledang Inn. Malam itu Kak Ain tidur dalam ketakutan kerana usikan Prof yang berbaur sesuatu (AinMaisarah memang penakut orangnya!)
Okey. Panjangnya Kak Ain bercerita! Laporan kedua nanti Kak Ain akan sambung tentang sesi ceramah Prof pula.
Salam Sayang,
AinMaisarah
wah best nye….kak ain ade x singgah mandi-manda dengan riang ria kat gunung ledang?
sayer x sempat nak base sbb nak jd penghantar ke 2
ok dh bacer dh
knape kak ain x dtg jer umah marjan bleh tengok library marjan
penuh rak buku dgn buku kak ain n lain2
nnti kak ain dtg ler yer…
kesian kak ain,saya tumpang sedih ye!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Salam Dayah,
Isk… Kak Ain sebenarnya masih lagi ngeri dengan perkataan ‘Ledang’ sebab ramai sangat staff UiTM bercerita tentang benda-benda mistik yang terjadi di Ledang Inn. Kak Ain memanglah sedia penakut orangnya. Baru dengar cerita, kepala dah terbayang macam-macam. Duduk di Ledang Inn pun Kak Ain ngeri. Apatah lagi nak ke Gunung Ledang!
(p/s: Kak Ain sudah ke blog Dayah. Tapi tak boleh tinggalkan komen. Mengapa ya?)
Salam Marjan,
Rumah Marjan di daerah Segamat juga ya? Nanti InsyaAllah di masa hadapan… sekiranya Kak Ain ke sana lagi, ada rezeki kita berjumpa ya!
Salam Star,
Heheh. Memang kasihan Kak Ain! Tidur bersila sepanjang malam dan pegang tangan Cik Abang =D Tapi Alhamdulillah tak terjadi apa-apa. Cuma tidur rasa sekejap sangat. Sedar-sedar dah azan Subuh.
Salam KakAin,
Di Ledang Inn memang ada bendaBenda mistik.Saya pernah mengalaminya.MeRemang bulu roma saya.Tapi sekarang bendBenda tu,dah tak ada.Sebab dah ramai orang tinggal kat situ.PelajarPeljar pun dah tinggal kat situ.Lagipun,dah berWarnaWarnikan??Kalau dulu..suram je.Memang meNakutkan.Kalau KakAin nak tau,dulu di LedangInn tadika.(Saya pun penakut orangnya.Pantang dengar..mesti tak lena tidur.-BerPeluhPeluh ingat benda tu.)
(P/s:Patutlah ramai datang blog saya.Daripada blog KakAin.TerimaKasih sebab mem’popular’kan blog saya:D)
Ain,
Sudi-sudikan datang lagi ke rumah akak ya.
Ish,jangan percaya sangat apa Afiqah tulis tu. Akak pernah tidur sana masa mula-mula lapor diri dulu. Okay je. Dia kacau orang lelaki je dan sesiapa yang tak menjaga kebersihan.
Kak Ain,saya tumpang sedihya!
bknlah
rumah Marjan bkn kat segamat
rumah Marjan kat Melaka
alah kak ain kenapa x dtg umah saya
hehe
hai kak ain,edrina baru pertama kali hantar komen kat kak ain………..sebenarnya edrina nak ambil tips sikit untuk membuat novel……novel itu bertajuk ‘Impian Edrina’kisah dia begini……2 org puteri & 1 putera yang hensem……ciri-ciri dia ada dlm buku ‘Aku Mahu Teman Tapi Mesra’kisah Edrina dengan Zaidi kan…….. ……..opps….rupanya edrina dah banyak tulis smpai d sini saje nanti kak ain tak boleh nak baca banyak2 okey bye kak ain…………….