AinMaisarah Dalam Majalah IRemaja, April 2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Entri kali ini, Kak Ain ingin kongsikan bersama petikan artikel dalam majalah IRemaja, bulan April 2009 yang memaparkan kisah AinMaisarah sebagai seorang penulis novel remaja.
Kak Ain suka SANGAT-SANGAT-SANGAT dengan cara penyampaian maklumat dan penceritaan artikel dalam majalah ini. Ianya sangat ceria dan positif sekali. Gambar-gambar yang dipilih juga dipamerkan pada kadar besar-besaran! Mujur tak nampak dua setengah biji jerawat di pipi Kak Ain! =D
Jutaan terima kasih Kak Ain ucapkan kepada wartawan yang menulis artikel ini iaitu Cik Puan Seri Senja. Sesungguhnya jasamu amat-amat-amat dihargai!
Inilah laporan mukasurat pertama dalam majalah IRemaja. Laporannya tentang AinMaisarah mahu jadi penulis jutawan? Wah! Besarnya angan-angan! InsyaAllah Kak Ain sedang berusaha mencapai impian itu. Tiada apa yang mustahil sekiranya diiringi dengan usaha dan doa yang berpanjangan.
Ini pula ada terselit gambar AinMaisarah ketika di alam persekolahan. Waktu itu Kak Ain berada dalam tingkatan tiga. Siapa bermata tajam, bolehkah mencari yang mana satu AinMaisarah? Hehehe… macam mission imposible pula sebab muka AinMaisarah sudah banyak berubah! =D
Di sini adalah sedikit sedutan artikel tersebut:
“Jika mengikut jurusan pengajian, tentu saya sudah menjadi guru Bahasa Inggeris sekarang. Sebenarnya ada juga angan-angan di hati, mahu jadi jurumekap profesional!” kata anak guru besar, keempat daripada lima beradik ini.“Saya memang menulis sejak menuntut pada 2005. Awalnya, suami yang menyuruh saya menulis secara sambilan dengan Maxis. Setiap cerpen akan dimasukkan dalam aplikasi Fonovela Maxis (kini dikenali sebagai Mbook). Alhamdulillah cerpen karya saya mencatat jualan muat turun tertinggi. Itu membuat suami menyedari isterinya berbakat dan terus memberi galakan,” jelasnya.
Hah! Nak baca lebih lanjut? Dapatkan majalah ini di pasaran segera! Dalam majalah sebenar, Kak Ain tidak memakai spek PRADA. Para pengunjung juga boleh klik gambar bagi melihat imej paparan yang lebih besar.
Salam Sayang,
AinMaisarah
lol,jadi pengomen pertama!yay!haha..
oklah kak ain,nak baca entry ni,.
tak baca lagi,gara2 nak jadi 1st comenter.hoho ~p hehe.oh ye,kelupaan suda,apa projek besar 2009 tu,?!
Eh, Kak Ain.
Dalam teks tu, ada satu tulis nama Kak Ain, Ehsan AinMaisarah. Ada satu lagi, AinMaisarah Daliman.
Erkkk, yang mana satu nama Kak Ain? Peninglah =p
Waahh..
Kena beli majalah tu.. 😉
Nanti Kak Ain ada tak dekat Pesta Buku?
kak ain,kak ain,saya suka sangat kasut kak ain! sangat bergaya!
Salam Kak Ain,
Wah,Kak Ain masuk majalah!Glamour betul Kak Ain.Saya langsung tak cemburu.=P
Erm,kena kumpul duitlah.
Kalau nak beli.:)
Salam,
DJ Farahani
wah…kak ain jadi famous nampak!!!sy nk beli la majalah 2…..sy x jumpa p0n kak ain dlm gambar f3 2…kecik sangat la….
askum kak ain…
kak ain sya dh beli dh majalah itu…
best sangat dpt tau ttg kak ain skit2.
ok lh kak ain…
askum,
the rain