Hari ini! Jumpa AinMaisarah di Pesta Buku Read Malaysia ’09
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
MAAF SEJUTA LEMON kerana Kak Ain lama benar tidak memasukkan entri.
Sebenarnya Kak Ain ingin mewar-warkan mengenai perjumpaan pelajar-pelajar Sekolah Sri Bangsar pada HARI INI, 5 Jun 2009, di Mines, jam 5.30 petang.
Kali ini Kak Ain nak buat perjumpaan yang istimewa dan paling santai.
Pertama, Kak Ain dan Cik Abang akan menceritakan secara umum mengenai perancangan Kak Ain bagi tahun 2009 dan 2010. Haa.. siapa nak tahu rahsia-rahsia terbaru.. sila-silalah hadirkan diri ya. Sesi ini hanya 10 minit sahaja. Tak mahu lama-lama.
Kedua, Kak Ain nak duduk bersama dengan para pembaca dan para pelajar Sekolah Sri Bangsar. Kita sembang-sembang. Kak Ain selalu tak puas hati sebab setiap kali ada perjumpaan, Kak Ain tak dapat berkenal mesra dengan pembaca buku Kak Ain. Asyik sibuk tandatangan buku saja. Kali ini Kak Ain ada 1 jam lebih dengan pembaca. Kak Ain nak guna 1 jam untuk sembang-sembang.
Ketiga, kita boleh bergambar. Bergambar. Dan Bergambar. Silalah bawa lencana sekolah jika ada. Jika tiada, Kak Ain akan jual pakej RM10 di sana, jadi ada lencana dalam pakej tersebut bersama 3 novelcomel.
Keempat, Kak Ain selalu dapat cokelat daripada London. Ini cokelat Cadbury yang terus dari kilang pertama Cadbury di Birmingham, UK. Kak Ain nak kongsi dengan pembaca yang hadir….. sambil sembang, boleh makan cokelat.
Kelima, ini permintaan Cik Abang. Cik Abang nak kita nyanyi lagu Sekolah Sri Bangsar ramai-ramai atas pentas. Cik Abang nak ambil gambar dan divideokan. Cik Abang nak letak gambar dalam buletin Sri Bangsar jilid ke-2. Video pula nak dimasukkan ke dalam laman web www.buletinsribangsar.com …… Wooohhh… glamer lah kita kali ini!
Okay, itu sahaja aktiviti kita petang ini, yang akan berlangsung dari jam 5.30pm hingga jam 7.00pm. Kak Ain harap sesiapa yang ada kelapangan, pastikan hadir ya!
Yang tak dapat pujuk mak ayah tu….. sila mulakan kerja memujuk anda pagi ini. Mulakan dengan mengemas bilik dan menjirus pokok di laman rumah. Hehehehe.
Ini maklumat perjumpaan sekali lagi:
Tarikh: 5 Jun 2009Hari: Jumaat (HARI INI!)Masa: 5.30 petang – 7.00 malamTempat: Pentas Utama, MIECC
Okay. Kak Ain nak bersiap-siap ini. Jumpa di Mines!
Salam Sayang,
AinMaisarah
Salam Kak Ain,
Malang betul saya!! Saya tak dapat pergi! Mak bapak asyik kerja je…..
Bosan duduk kat rumah….
Oh ye…lagi satu, saya dah lama tak komen pada entri-entri kak ain! sorry ye!!
Salam,
Batrisyia
Tak perasan pulak saya, saya org first komen!!!
Kak Ain nanti insyaAllah, nanti saya datang jumpa kak Ain kat MINES yerk????Kak Ain ingat saya taw!!!Alyia Farzana Binti Mohd All Jafri..=)Nama yg susah tuh….hihihi….
saya akan tunggu kak ain kat sana tau…
huhuhuh.. saya senasib dengan batrisyia.. tak dapat pergi.. huhuhuhu.. mak ayah saya.. sibuk kerja.. mereka tak dapat nak hantar saya.. hmmm maaf kak ain.. saya tak dapat datang… lain hari kita jumpa lah yer… hehehe..
tapi tengok lah dulu…
wah…bestnya…x pi kali ni p0n sy x blh pi la….huhuhu
kak ain,sorry tak dapat pergi…
semalam saya baru balik perak….
kenapa lah kak ain tak buat perjumpaan semalam?
kalau tak mesti boleh pergi….
Oh,malangnya nasibku…………..
kak ain!!! saya x dapat pegi …huhuhu…slalu terlepas…cba kak ain buat perjumpaan untuk peminat kak ain kat tempat2 yg dekat skit contohnya kat PICC, putrajaya??? pelikkan…alamanda lah..ok gak..klu saya g nak nyanyi atas pentas tu shy lah…hahhahha
kak ain,tadi sye tgk blog saya….
owh,rupanya kak ain ada buat komen ya….
terima kasih!
nanti saya cuba usahakan…
P/S:Cute tak gambar saya ni? Dah pakai dah….
kak ain ble buku novel comel tuh nk sampai?
tak siap kilang agi kew?
xpe kak ain…kak ain x yah antar agi….tunggu syiqin beli buku buletin sri bangsar edisi yg ke2 plak k?
wah… 🙂
bestnye dpt bergambar ngan Kak Ain..
Ruginye..
MeZ nak pergi juga..
Malangnya MeZ x duduk kat KL.. :((
Nanti Kak Ain Wat la pula dekat kedah..
Pleasss.
wah… 🙂
bestnye dpt bergambar ngan Kak Ain..
Ruginye..
MeZ nak pergi juga..
Malangnya MeZ x duduk kat KL.. :((
Nanti Kak Ain Wat la pula dekat kedah..
Pleasss.
Salam Kak Ain,
Insya-Allah.Tengoklah Farah.:DErr.
Kak Ain,
Farah ada sedikit masalah.Farah mahu log in ke BSB tetapi tidak boleh.Bagaimana itu Kak Ain?Farah teringin nak log in dalam BSB tu!
kak ain,nbilah mntk beribu ribu maaaf,nbilah x dpat pergi,knper x bwat kt seremban jerk..senanglag skit..ni jauhlah..:(
This comment has been removed by the author.
This comment has been removed by the author.
Salam Kak Ain,
Nasib saya sama dengan Batrisyia.
Sedihnya.Ni mak punya blog.
Salam,
Dini Fathinnajwa
wah
nak pergi…….
bestnyerrrrrrrrrrr
salam kak ain…sronoknyer jmpa k.ain…k.ain lyn mcm dh lm kenal…sporting ar k.ain!!!
_ADILAH_