Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Lamanya Kak Ain tak jenguk Rumah Pink sendiri! Woh! Berhabuk dan bersarang nampaknya!
Isk! Isk! Isk!
Sebenarnya Kak Ain terlalu sibuk dengan urusan keluarga. Hari Khamis lagi sudah packing barang-barang keperluan untuk bergerak ke rumah saudara Cik Abang di Selama, Perak.
Apabila packing barang nak berjalan jauh begini, Kak Ain mesti bawa bantal sendiri. Buat peluk-peluk sepanjang lima jam perjalanan ke Selama, Perak.
Kak Ain juga membawa komputer. Konon nak buat kerja di sana. Tapi sampai ke sudah, komputer itu kekal dalam beg sahaja =( tak melihat langsung pemandangan di Selama!
Sebenarnya, kami sekeluarga ke Selama kerana menghadiri majlis perkahwinan sepupu Cik Abang yang dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu. Terlanjur semua keluarga berkumpul, maka pada hari Jumaat diadakan pula majlis bertunang adik Cik Abang.
Buat pertama kali dalam sejarah juga, Kak Ain ditugaskan jadi jurumekap kepada adik ipar sendiri. Itu sebabnya beg jadi berat membawa semua khazanah peralatan mekap ini.
Pergh! Memang gigil tangan Kak Ain nak mekapkan muka orang lain. Tambah pula adik ipar sampai lewat. Kak Ain ada 45 minit sahaja nak meratakan krim, menepek bedak, melayangkan pembayang mata, meratakan pewarna bibir, memperkemaskan kening, mencelak mata dan melentikkan bulu mata.
Selepas itu, perlu melilit tudung dan selendang biar nampak kemas dan rapi. Waktu ini memang tertekan bila beberapa orang makcik sudah keluar masuk bilik. Semua suruh cepat. Semua tanya bila nak siap. Semua memberitahu bahawa sesi perbincangan mas kahwin dan hantaran dah selesai. Sekejap lagi sesi menyarung cincin pula.
Alhamdulillah, selesai juga tugas Kak Ain sebagai jurumekap tak berapa profesional pada hari tersebut. Tersenyum lebar Kak Ain senang hati sebab ramai puji mekap cantik! =D
Ceh ceh ceh… sila lihat senyuman nampak gusi AinMaisarah. Perhatikan juga, hidung jadi kembang sebanyak beberapa mikro diameter. Walaupun hidung terkembang, lencana Sri Bangsar jangan dilupa.
Nampaknya itulah sahaja update entri AinMaisarah yang berangan jadi jurumekap buat hari ini.
Terlanjur bercerita fasal mekap pada kali ini, Kak Ain sebenarnya teringin sangat nak adakan grooming class bersama para pembaca buku AinMaisarah.
Kita boleh cuba-cuba eksperimen dengan pelbagai jenis solekan yang sesuai dengan remaja. Lepas tu bergaya dengan baju dan tudung-tudung. Boleh juga berposing ala-ala model mengalahkan Siti Nurhaliza yang jelita.
Nanti kita minta Cik Abang carikan jurugambar profesional yang akan merakamkan aksi kita semua. Lepas tu bolehlah para pembaca pulang ke rumah dengan salinan gambar profail seperti model sebagai kenangan.
Haa…. siapa setuju dengan cadangan Kak Ain ni? Kalau ramai yang setuju, nanti Kak Ain usahakan tempat yang sesuai. Tetapi aktiviti ini tentulah untuk pembaca perempuan sahaja.
Salam Sayang,
AinMaisarah
saya setuju sangat2 Kak Ain…
hai kak ain saya rasa kak ain ada bakat menjadi mak andam hehe.Kak ain
saya rasa kak ain kena buka kelab
(AINMAISARAH JURUMEKAP)ha macam mana?
saya tetap tunggu jawapan kak ain=D
hai kak ain saya sayang kak ain
salam kak ain,
fatin setuju sangat sangat sangat!!!
kak ain jangan lupa beritahu tau.
wah, mesti best dapat merasa sentuhan kak ain kan?
fatin hanani adnan
Hai kak Ain, saya rasa idea tuh bagus sangat2 dan saya setuju!!!Mesti cantik kak Ain make up adik ipar kak Ainkan?
setuju bangat… hehehe.. untung jadi budak perempuan ni… dapat mekap dengan kak ain… hehehe..
oklah tuh..lawa !
saya setuju sangat…..
This comment has been removed by the author.
kak Ain mesti mekap lawa kan adik ipar kak Ain tu…
kak ain,saya setuju sebab dari dulu lagi berangan nak mekap sendiri tapi gincu jadi blusher…tak reti mekap hakikatnyaa…wuuuu…..
Salam Kak Ain,
saya teramat la setuju…
bila SB boleh masuk?
salam kak ain,
saya setuju sgt2.
kyna
Assalammualaikum…
Hehehe x sangka kak ain pun boleh mekapkan org.Tapi sayer taknampaklaa hasilnya kak ain…yg tentang grooming book..tu nak buat fashion ek?wah!!bestgak cadangan tu…mesti boleh glamor dan rasa macm model pula ahakzs..tpi UPSR ni makin dekat takut takleh lagipun kat sekolah sayer ader trial exam upsr…fuh..gementar dibuatnya.Kalau tak boleh dtg memang slalu bukan rezki sayer bertemu kak ain…k kak ain semoga kak ain sihat walafiat selalu…n always happy!!!:)
wassallam:
Farah Hanum.
saya setuju
MeZ setuju. Tempat lahir Cik Abang kak Ain dekat Perak ke? Ibu MeZ pun lahir dekat sana. Keluarga MeZ rajin juga pi Perak sebab bawa adik pi Zoo.
:p
setuju
hehe
Salam, kak Ain… Saya setuju ngan cadangan akak, lg pun saya ni kurang ilmu ngan dunia b’dandan ni. Hehehe… Nanti akak boleh tunjukkan saya.
it’ ok,,,
it’ ok,,,
saya juga stuju kak ain .
apa2 hal just bagitahu saja ya .
saya sebenarnya nak tanya tentang pembelian buku terus dari kak ain .
saya sudah membuat pembayaran pada 10hb dan saya sudah nyatakan semua maklumat pembayaran ke emel [email protected].
cuma saya tak tahu bila saya boleh dapat buku-buku yang saya order tu sebab saya tak dapat sebarang emel pengesahan .
saya tengah risau ni sebab tak lama lagi saya dah nak sambung belajar .
harap pihak kak ain cepat-cepat hantar novel-novel tu ya .
terima kasih daun keladi . 🙂
saya ada cuba sms ke nombor handphone yang kak ain nyatakan tu.
tapi tak dapat,sentiase failed .
k.ain bukak bisnes kedai kecantikan la pulak!=Dhe,he..
hoho,saya pon dah lama gak tak jenguk rumah pink ni….nasib baik tak ttinggal banyak entri….
cadangan kak ain tu,OK~
setuju !!
setuju!!!
kak ain, kami semua terkejut sangat sebab tengok gambar tu, malu rasa.
kak, saya dah register banyak kali dah kat SB tapi x boleh pun.
caye setuju. lagi pun caye memang uka main make up ni.