Promosi Buku : PKNS Bangi
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat hujung minggu!
Hari ini barulah Kak Ain dapat berehat setelah berturut-turut melakukan aktiviti promosi buku. Hari Khamis dan Jumaat Kak Ain ke SMK Perimbun. Hari Sabtu pula Kak Ain telah dijemput ke Kompleks PKNS Bangi bagi menjayakan Pesta Buku Karnival Kesenian & Keilmuan Islam.
Kak Ain menghadiri Pesta Buku ini bersama Kak Farihah Iskandar, novelis siri Dear Yayah yang tersohor tu!
Aktiviti di PKNS Bangi kali ini lebih santai dan lebih ceria. Selepas Kak Ain dan Kak Farihah memperkenalkan diri, kami menyertai permainan pentas yang sudah diaturkan oleh pihak penerbitan PTS.
Sepuluh orang pembaca bertuah turut dipilih naik ke pentas. Pada permainan pertama, kami diminta mencari 5 barangan yang disenaraikan dalam sampul surat.
Kumpulan Kak Ain perlu mencari:
~ Cermin mata
~ Jam tangan
~ Botol air
~ Brooch
~Pen
Sebaik sahaja membaca senarai barangan yang diperlukan, Kak Ain terus capai beg dan selongkar isinya. Jangan tak tahu, beg Kak Ain memanglah macam beg Doraemon! Macam-macam ada! Kak Ain keluarkan botol air dan pen dari beg tersebut.
Cermin mata pula ambil cermin mata Cik Abang.
Brooch disumbangkan oleh Adik Aishah.
Jam tangan pula menggunakan jam tangan Kak Ain dan seorang lagi peserta.
Setelah memeriksa semuanya sudah cukup……
……Kak Ain terus angkat tangan beritahu bahawa kami sudah menang! Yeay!
Kepada adik-adik pembaca yang berada dalam kumpulan Kak Ain, semuanya menerima hadiah kerana sudi dan sporting sekali mengambil bahagian dalam permainan kali ini. Terima kasih semua!
Permainan kedua pula adalah permainan Win Lose or Draw. Bagi perlawanan kali ini, kumpulan Kak Farihah pula yang menang! Wah! Seronok sungguh adik-adik kita bila dapat hadiah buat permainan kedua pula. Lain kali, datanglah lagi acara buku seperti ini ya! Ada banyak goddies dan freebies yang boleh dimenangi.
Selesai permainan, Kak Ain dan Kak Farihah bersiap sedia bagi acara seterusnya iaitu sesi tandatangan buku pula.
Kepada semua pembaca yang sudi menunggu dan beratur, Kak Ain sangat menghargai kesabaran anda semua. Harap kita dapat berjumpa lagi ya!
Dalam ramai-ramai pembaca, Kak Ain tersangatlah terkejutnya dengan kehadiran Ustazah Nurazan dan anaknya Adik Aishah.
Segan juga Kak Ain! Anak pensyarah Kak Ain baca buku AinMaisarah juga rupanya! =D
Dahulu Ustazah Nurazan adalah pensyarah subjek Bahasa Arab Kak Ain. Ya Allah! Lamanya kami tak berjumpa. Ustazah masih kenal pada Kak Ain. Katanya suara Kak Ain yang kecil halus ini sama sahaja. Tak berubah langsung =D Heheh.
Sekarang ini Ustazah Nurazan sedang menyambung pengajian PhD di Universiti Islam Antarabangsa. Semoga berjaya, ustazah! InsyaAllah ada masa memanglah Kak Ain nak jumpa semua pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar Kak Ain. Rindu sangat! Tetapi jadual AinMaisarah memang penuh dan padat. Lagilah tahun ini Program Jelajah Sekolah AinMaisarah sudah bermula. Mungkin tahun hadapan, harapnya kurang sedikit kesibukan Kak Ain.
Ini pula gambar Kak Ain bersama Adik Aishah. Aishah sudah ada banyak koleksi buku AinMaisarah. Ketika di PKNS, Aishah membeli buku Aku Mahu ke New York 2. TQ dear!
Kak Ain juga SANGAT-SANGAT berbesar hati dengan kedatangan DJ Farahani. DJ Farahani adalah blogger yang rajin mengunjungi Rumah Pink AinMaisarah. DJ Farahani juga selalu meninggalkan komen terhadap entri-entri yang Kak Ain coretkan.
Thank you DJ Farahani for coming!
Kak Ain juga sempat berposing dengan empat dara jelita iaitu Amira, Aina, Atiqah dan Suhaila. Mereka pelajar tingkatan 1 yang sudah khatam semua buku AinMaisarah. Mereka juga tersangat happening. Macam-macam soalan yang ditanya pada Kak Ain.
Antaranya, bagaimana cara Kak Ain lilit tudung, bila Impiana III nak keluar dan bila nak melawat ke sekolah mereka. Kak Ain seronok sangat melayan mereka, sehingga terlupa perlu menandatangan buku pembaca lain juga!
Ini pula gambar Kak Ain bersama Adik Hazirah. Kami sudah dua kali berjumpa. Dahulu di Pesta Buku Mines. Kali ini di PKNS pula. Terima kasih Kak Ain ucapkan kepada Hazirah kerana sudi datang ya! Harapnya selepas ini ada perjumpaan ketiga pula dan kita dapat berbual lebih lama.
Di PKNS juga, Kak Ain bertemu dengan dua orang pembaca lelaki yang mengikuti buku AinMaisarah. Ibrahim bergambar bersama adiknya manakala Nu’man (berbaju hijau di belakang gambar) pula pelajar darjah enam. Kak Ain harap anda juga enjoy membaca buku AinMaisarah ya!
Sebenarnya, bukan semua pengunjung yang datang di PKNS ini pernah membaca buku AinMaisarah. Adik Marsya pertama kali membeli dan mahu mengenali karya Kak Ain. Marsya membeli Buletin Sri Bangsar: Kini Berwajah Baru. Hope you’ll get hooked to my stories! =D
Akhir sekali, sebelum Kak Ain bangun meninggalkan meja promosi…. seorang lagi pembaca bernama Salihah sempat bergambar dengan Kak Ain. Harapnya Salihah rajin-rajin jenguk Rumah Pink ini ya!
Selesai sesi tandatangan, Kak Ain dan Kak Farihah menerima jemputan pihak penganjur supaya makan bersama. Pukul 4.45 petang bermulanya sesi makan-makan. Kami hanya meninggalkan meja Restoren Cempaka pukul 6.00 petang!
Alhamdulillah sesi bertemu pembaca kali ini berjalan dengan lancar, meriah dan ceria.
Terima kasih kepada pihak penerbitan PTS kerana mengatur sesi berjumpa pembaca di PKNS Bangi ini. Begitu juga kepada editor PTS yang sudi hadir iaitu Kak Lia, Kak Ann, Kak Dila, Kak Husna dan Abang Aizat.
Kak Ain mahu pada sesi akan datang….. Kak Ain dapat berjumpa dengan lebih ramai lagi pembaca buku AinMaisarah ya!
Salam Hujung Minggu,
AinMaisarah
Assalamualaikum Kak Ain!
Wah!Terima kasih Kak Ain sebab masukkan gambar Farah!:DD
Eh.Kak Ain,jemputlah ke blog Farah ya!:)
em…
bestnya
rugi tak dpt pergi……
Salam kak ain,
huhhu..ruginyee dayah tak dapat hadir. Mesti happening kan?
=D
huuwaa..
meriahnyer..
ble nk bwt lg ek??
rgi x pegi..
npe mse nk bg brg crmin mte ue akk x bg jek crmin mte akk yg kiut ue..
ahaks..
gud luck kak!!
n chaiyo.!!!
hai kak Ain..
Saya tak datang lah masatu..
sorry tau
sebenarnya saya sudah berada di situ tetapi m….
sorry tau..
bestnya..
dapat hadiah,main…jelesnyer..
Wah..muke farahani masuk blog kak ain la..wuhu..beshnyer..^^
Hai kak Ain,
mesti best kan jumpa kak Ain???huhuhuhu….kesian saya tak dapat datang jumpa kak Ain!!!
Bestnye.. Farah pi tak bagitau MeZ ye.. kalau tak nak tolong tangkap gambar Kak Ain. :p
Salam..
Wah, bestnyer dpt pegi sana
Sye xleh sebab kene gi rumah kawan
Ada projek kena buat
Assalamualaikum kak Ain,
Terima kasihlah sbb kak Ain sudi cerita psl kitaorg.Kitaorg ttp akan menyokong Kak Ain.Kak Ain boleh! 😛
sportingla kak ain..walaupun penat ttp melayan kitorag yg mulut becok ni…
argh!!!
jelesnyer…xpe2..nnty nk g ak…
Assalamualaikum wbt.,
Puan Ain Maisarah yang dihormati,
Saya kagum melihat usaha dan kesungguhan puan mengikuti dan mengacarai pelbagai majlis untuk peminat-peminat puan. Tahniah saya ucapkan.
Puan berucap di sekolah dengan memakai kasut tumit tinggi. Wah, tak penat ke?
Saya juga gemar melihat puan menggayakan pelbagai corak tudung yang saya harap bakal menjadi ikutan peminat2 puan. Mungkin puan boleh keluarkan tudung jenama sendiri pula nanti.
Assalamualaikum Ain..
Wah, terima kasih kerana bercerita tentang ustazah di blog Ain ni. Aishah suka tak kira… Asyik senyum saja… 🙂 Ustazah pun suka tapi malu pun ada ;).
Untuk Ain, moga terus cemerlang berkarya dan jadi teladan yang baik buat peminat dan pembaca novel-novel Ain. All the best!
Untuk adik-adik yang mengikuti perkembangan kak Ain.. Jadilah seorang yang cemerlang macam kak Ain. Kak Ain ni dulu masa di u, pelajar yang sangat sangat cemerlang (bahkan paling cemerlang), sangat menghormati tenaga pengajarnya, dan tentunya sangat disayangi…hehe. Ok, take care dan selamat maju jaya!!
Ustazah Nurazan
成人論壇,080聊天室,080苗栗人,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人電影,成人遊戲,成人文學,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,正妹牆
That’s actually really cool!AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,做愛,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟