Laporan 1: Program Jelajah Sekolah AinMaisarah: SMK Bukit Sentosa, Rawang
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pagi tadi Kak Ain sudah selamat menjejakkan kaki ke SMK Bukit Sentosa, Rawang seperti yang dijadualkan dalam rangka program Jelajah Sekolah AinMaisarah. Alhamdulillah…. walaupun demam selsema, Kak Ain kekal berada di sana dari pukul 7.15 pagi hingga pukul 4.30 petang seperti dijanjikan.
Kak Ain juga meneruskan ucapan kerjaya penulisan ketika perhimpunan sesi pagi. Sebelum naik ke pentas, Kak Ain banyak kali telefon ibu Kak Ain di Johor meminta doakan supaya Kak Ain cukup sihat nak bercakap depan orang ramai.
Janganlah terbatuk.
Janganlah terbersin.
Janganlah terpening.
Alhamdulillah, doa ibu memang makbul. Bercakap selama 20 minit di atas pentas, Kak Ain tampil sungguh sihat walafiat! Terasa kuman dalam badan itu tidur sekejap! =D
Seperti semua sedia maklum, apabila ke sekolah, Kak Ain diminta memberikan ceramah tentang kerjaya penulisan. Setiap kali memberi ucapan juga, Kak Ain ada simpanan rakaman videonya. Cuma tak sempat lagi memasukkan video dalam youtube. InsyaAllah apabila ada kelapangan, video akan dimasukkan ya!
Pada akhir ceramah kerjaya penulisan, Kak Ain berikan novel percuma kepada seorang pelajar yang dapat menjawab soalan kuiz. Kali ini Cik Adik Ain bertuah menerima hadiah berupa sebuah novel karya AinMaisarah.
Tepat pukul 9.00 pagi…. seperti dijanjikan, meja yang mempamerkan barisan buku-buku PTS sudah siap-sedia tersusun. Kak Ain mempromosikan sembilan novel AinMaisarah. Hanya novel Aku Mahu Teman Tapi Mesra sahaja tiada kerana sedang menunggu proses diulangcetak buat kali kelima.
Berbekalkan sekotak tisu, Kak Ain teruskan sesi tandatangan dan beramah mesra. Nasib baik hidung Kak Ain berdisiplin tinggi. Hidung hanya akan bersin apabila tiada orang di sekitar meja pameran =D Good nose!
Di SMK Bukit Sentosa, Rawang… tanpa disangka-sangka Kak Ain berjumpa dengan Cik Adik Farah@Farhana, pengunjung Rumah Pink AinMaisarah yang sangat-sangat setia.
Inilah gambar kami berdua yang sempat dirakamkan bersama. Terima kasih Farah@Farhana kerana sudi menegur Kak Ain. Kak Ain sudah simpankan buku Aku Mahu ke New York 1 dan Aku Mahu ke New York 2 seperti yang diminta ya!
Kak Ain seronok sangat berada di SMK Bukit Sentosa, Rawang. Para pelajarnya rata-rata sudahpun mengenali novel-novel AinMaisarah. Teruskan menyokong karya AinMaisarah ya!
Sebelum mengakhiri hari pertama di SMK Bukit Sentosa, ketika berkemas-kemas memasukkan buku ke dalam kereta (sila lihat meja yang sudah kosong tinggal alasnya sahaja) Kak Ain sempat lagi bergambar dengan sekumpulan pelajar tingkatan satu yang ceria sekali.
InsyaAllah esok kita berjumpa lagi! =D
Salam Sayang,
AinMaisarah
salam Kak Ain..
demam selsema eh?
dah pergi klinik belum?
jangan lupa makan ubat..
semoga cepat sembuh..
teruskan semangat anda..!
chaiyok2 Kak Ain!
mmg besh wktu kak ain dtg ckool ktorang….
kak ain chumell cgat…
una hope kak ain akn tros succes yer..!!!!!
troskn usaha kak ain…!!!
ngee 🙂
Tak sabarnya nak tunggu 15 hb nanti. Kak ain tak boleh ke cepatkan sikit?
assalam,bagus tu,kak ain!!!!!!!!!!!!!!!
assalamualaikum kak ain,
nie ezlan smkbs (yg cute lg comel:p)
best la kak ain datang skolah kitorang!!!1 2 hari lak 2…
rindu kat kak ain yang comel…
saya dah bace dah BSB KINI BERWAJAH BARU… best sangat kak, masa saya nak bace mcm nak baca cepat cepat jerrr!!! alhamdulillah saya habis baca 3 hari (daripada hari yang kak ain first datang sampai hari sabtu)
harap kak ain teruskan karier akak sebagai penulis terhebat novel remaja di alam maya…..
This comment has been removed by the author.
kaka ain,
kenapa xmsuk kn gmba kite same same ari tuu?
sekian
-fasya rimi
kak ain!!!
laporan 2 tak ada ke?
masukkanlah cpt cpt ya!!
salam k.Ain…
demam selsema?
kena H1N1 ke??
Assalamulaikum, kak Ain. Saya salah seorang peminat setia. Saya telah berbincang dengan guru pusat sumber saya untuk menjemput kak Ain melawat ke sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan Dusun Tua di Hulu Langat Selangor pada tahun 2011 ini. Moga kak Ain dapat memenuhi impian saya. 😀
~ Cik Nod ~