AinMaisarah di Sabah & Sarawak, 9 -13 Ogos 2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Entri ini sebenarnya sudah Kak Ain siapkan pada malam Ahad, 9 Ogos 2009 sebaik sahaja selamat sampai di Sabah.
Yup! AinMaisarah sekarang sedang dalam Rangka Lawatan Meneman Suami Tercinta ke Sabah dan Sarawak =D Heheh….
Sebenarnya, Cik Abang dijemput sebagai penceramah bagi menjayakan program Mobile Content Challenge anjuran MAXIS, SKMM dan MDEC. Kak Ain juga terlibat kerana Kak Ain penulis mobile book MAXIS.
Sebelum ini Kak Ain memang tak umumkan nak pergi ke Sabah dan Sarawak minggu ini. Ini kerana Kak Ain sendiri tidak pasti akan meneruskan perancangan berjalan jauh ini. Minggu lepas Kak Ain memang tidak sihat sungguh! Alhamdulillah, bila sudah sihat dan secara rasmi berada di bumi Sabah dan Sarawak… barulah Kak Ain war-warkan kepada pengunjung Rumah Pink AinMaisarah semua.
Malam sebelum pergi, Kak Ain berkemas barang-barang keperluan. Habis diangkut ubat-ubatan dan segala macam vitamin A hingga Z.
Sepanjang berada di lapangan terbang, Kak Ain dan Cik Abang memang bersiap-sedia dengan topeng tutup mulut dan hidung H1N1. Bila memakai topeng itu, terasa macam Optimus Prime dan Darth Vader pula! Panas dan tak selesa nak bernafas.
Tetapi demi keselamatan, Kak Ain kekal memakai topeng tersebut sehingga selamat sampai ke hotel yang disediakan pihak penganjur.
Di Sabah, kami menetap di Hotel Grand Borneo berlokasi di bangunan kompleks membeli-belah One Borneo. Kak Ain sampai pukul 1.45 tengahari. Malangnya hingga pukul 2.45 petang, kami masih tidak diberikan bilik oleh penyambut tetamu hotel. Sambil menunggu, Kak Ain main game dalam telefon bimbit.
Kata mereka, semua bilik sedang dikemas. Kak Ain juga diberitahu, malam tadi hotel penuh ditempah oleh para artis, karyawan dan orang industri filem yang berada di Sabah bagi menghadiri Festival Filem Malaysia yang tahun ini diadakan di Universiti Malaysia Sabah.
Tepat satu jam menunggu, Cik Abang sudah bengang tahap Incredible Hulk. Bila-bila masa boleh meluap kemarahan kerana terpaksa menunggu lama. Kami tidak lagi duduk menunggu di kerusi, sebaliknya tercongok berdiri di kaunter. Setiap 30 saat, Kak Ain dan Cik Abang bergilir-gilir bertanya pekerja kaunter samada sudah ada bilik untuk kami.
Apabila ditanya berkali-kali begitu, barulah mereka terkocoh-kocoh telefon sana-sini dan memeriksa sistem. Akhirnya, dalam masa kurang 3 minit…. kunci bilik diserahkan pada Kak Ain. Ajaib! Itulah namanya kuasa desakan @ persuasive power.
Mujur panas hati kami berdua terubat sebaik sahaja melihat bilik hotel Grand Borneo ini.
Kak Ain boleh simpulkan biliknya sebagai comel, kecil, padat dan moden. Kak Ain suka!
Dekorasinya memainkan warna hitam, putih dan kelabu. Semua gelas, perkakasan dan lampu tidur berwarna hitam. Klasik sungguh!
Paling Kak Ain suka adalah kabinet TV ini yang menggunakan highlight kertas dinding floral ini. Ringkas tetapi menyerlahkan ruang kecil yang ada. Kak Ain sudah berangan nak buat kabinet TV gaya begini untuk rumah Kak Ain nanti.
Okey…cerita Kak Ain di Sabah panjang lagi. Jadi tunggu entri seterusnya pula ya!
Salam Sayang,
AinMaisarah
Beg Kak Ain dan Cik Abang sangat lawa la! Haha.
Lawanya bilik tu! Kabinet TV tu memang cantik! 😉
waah..beg kak ain warne pink ek?comei nye!ye la kak ain..bilik tu memang lawa.agak2 mesti mahal kan?sebab artis pun tempah bilik hotel dekat situ.Lawat blog saye ye kak ain.http://anisfarzana.blogspot.com
Salam Kak Ain..
Cantik beg Kak Ain,warna pink..Jaga kesihatan ye Kak Ain.Lawatlah blog saya.http://nurainnajwa.blogspot.com .
peminatmu,
nurainnajwa
salam kak Ain,
knp x nak suroh kami teka kat mana tu??
ape2 pon mmg cantik hotel tu…
comel dan padat..!
hahak~~
saya nak teka lah tu kt mana…
yang kat airport tu kat Kota Kinabalu Sabah kan?
so, maknanya kak Ain kat Sabah.
Betol tak???
k lah tu jer….
bye²…
Salam sayang dari pembaca,
Natasha
Wah bestnye
Cantik la bagasi Kak Ain
Cute betol warne die.. 😉
Wah..bestnya di bumi Sabah & Sarawak!
Semoga selamat di sana!
Salam,
Aim
Salam!!!!
Wah bestnya kak Ain pergi Sabah dan Sarawak bersama dengan Cik Abang!!!Huhuhuhuhu..nanti balik bawa souvinier(ejaan nih tak tauh betul ke tak) untuk saya taw kak Ain!!!huhuhuhuhu…hihihihihi…..Harapnya kak Ain jaga kesihatan kak Ain dan Cik Abang selama ada dekat sana yer kak Ain!!!!
Salam kasih,
alyiafarzana
Salam!
Gambar sekitar program di Kuching:
http://www.syahrulnizam.com/2009/08/mobile-content-challenge-2009-workshop.html
Menarik bilik hotel tuh..comel sgt..simple pun iye juga.. have a nice day!! 🙂
Bestnya kak Ain !!
tidur hotel bagaikan tidur di atas awan .
sejuk pulak tu.
:DDD
waa, bestnya akak pergi sabah(;
and yes, kabinet tu lawa la 😀
Rasa rimaskan pakai mask tu??
Pelajar sekolah dekat sekolah saya WAJIB pakai!
Bayangkan lah lemasnya!
lwa blik yg k.ain dok ue..
kcil dan pdt..
kbinet dye mmg cool..!!
hi kak ain..
sy afiqah..
sy duduk kat kk..
nper kak ain x ckp awl2 kak ain nk dtg sabah?!
klu x bley sy jd tourist guide..
huhu..
love,
fiqa
Kak Ain dah hantar ke buku-buku novelcomel tu…
banyaknya kak Ain bawak barang…
and kak Ain sungguh menjaga kesihatan supaya tidak terkena H1N1.dan saya berpesan supaya kalau ada petanda seperti di dalam televisyion itu buatlah pemeriksaan.dan lagi satu saya minta kak Ain tengoklah blog saya.pinkholix.blogspot.com