Gambar-Gambar Rumah Terbuka PTS 2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Seperti dijanjikan, entri kali ini Kak Ain masukkan gambar-gambar keluarga penerbitan PTS yang sempat dirakam lensa kamera pada hari Khamis lepas. Alhamdulillah, seronok dan meriah sungguh Rumah Terbuka PTS tahun ini.
Kak Ain datang bersama Cik Abang dan Ira Hazira. Ira Hazira adalah salah seorang pembaca buku AinMaisarah yang menerima jemputan ke rumah terbuka PTS juga. Ini kerana Ira Hazira pernah menulis cerpen untuk Remaja@PTS 2008.
Kak Ain sampai pukul 12.30 tengahari dan ketika itu meja-meja sudah penuh sesak dengan pengunjung. Kelibat Puan Ainon, pemilik penerbitan PTS berada betul-betul di pintu hadapan. Tak letih-letih menyambut tetamu. Puan Ainon siap pakai bunga yang disematkan di tudung! Betul-betul macam mak pengantin! =D
Ini pula wajah Tuan Arief Hakim, Pengarah Urusan PTS Sdn Bhd. Nampak serius berbincang!
Sebaik sahaja sampai, semua pengunjung perlu merekodkan kehadiran di meja pendaftaran.
Selepas mendaftar, bolehlah lajukan langkah dan majukan diri menuju ke arah deretan makanan yang dihidangkan di bahagian khemah.
Apabila bercerita tentang rumah terbuka, tentu tak sah sekiranya tak memaparkan jenis-jenis makanan yang dihidangkan di Rumah Terbuka PTS. Tahun ini, hidangannya adalah:
~Lemang dan nasi himpit yang Kak Ain tak sempat nak rasa =( Sibuk sangat berbual… Kak Ain hanya makan nasi beryani dan sate sahaja~
~Ada sate yang sedap sekali! Thumbs up kepada pakcik-pakcik sate!~
~Ada kambing golek yang tak sempat nak dirasa juga! Lihat! Tinggal sedikit sahaja. Memang popular hidangan kambing golek ini di mana-mana pun rumah terbuka~
~Inilah meja yang menghidangkan pelbagai jenis mi yang Kak Ain lupa nak kunjungi =(~
Mesti ramai yang tertanya-tanya. Mengapa Kak Ain tak sempat merasa semua makanan yang lazat-lazat tu? Ini kerana sebaik sahaja Kak Ain duduk, terus Kak Ain sibuk sangat berbual dan bertemu dengan rakan-rakan penulis.
Inilah meja kami. Meja yang semua ahlinya tak bangun ke mana-mana dari pukul 12.30 tengahari hingga 3.00 petang.
Dari kini: Kak Nik wartawan Majalah Muslimah, Cik Shikin editor PTS, AinMaisarah penulis, Ira Hazira bakal penulis, Tuan Nuriazam penulis, Kak Rose Harissa penulis, Kak Lily Haslina Nasir penulis dan Puan Asma editor PTS.
Okey, kepada yang mahu mengenali lebih dekat wajah penulis buku Gitar & Lolipop, Penyiasat Ekstrovert, Misi Aurora, Sindrom VX, Kaki Bola dan banyak lagi… inilah orangnya. Tuan Nuriazam Ismail. Sekali tengok, memang ada iras-iras Faizal Tahir! =D
Ini pula Puan Ida Rizyani. Ya Allah, memang Kak Ain teringin sangat nak berjumpa dengan penulis yang menghasilkan buku G.I.M, J.A.Y, Haura Harry, Elergi Tupai & Sepet dan Azam Farid. Sungguh tak sangka berjumpa juga dengan Puan Ida Rizyani di majlis hari raya tahun ini.
Tapi terkilan sedikit kerana tidak sempat merakamkan gambar berdua dari sisi depan. Harapnya ada rezeki untuk berjumpa dengan Puan Ida Rizyani lagi.
Ini pula penulis yang berjaya muncul dengan siri-siri Usahawan Cilik. Antara tajuk novel Puan Nor’Aini adalah Biskut Ajaib, Garaj Aiman dan Tukang Gunting Terbang.
Kak Ain respek sungguh dengan Puan Aini. Dapat berkarya dengan aktif walaupun sibuk menguruskan 3 orang putera dan puterinya!
Kak Ain turut berpeluang berjumpa buat kali kedua dengan Tuan A. Razak Adam. Inilah wajah seorang guru yang giat menulis. Antara novel remaja yang ditulis oleh Tuan Adam adalah Homestay Bayu, Kerepek AF dan Taman Botani Harapan.
(Nota tambahan: Hmmm… bergambar di sebelah Puan Asma yang bersaiz S, AinMaisarah rasa betapa perlunya memulakan diet. Aku Mahu Saiz S juga!)
Kak Ain juga sempat mengucapkan tahniah kepada Cik Adik Imah, seorang pembaca buku-buku remaja PTS yang kini sudahpun menghasilkan bukunya sendiri. Cik Adik Imah menulis 20% kandungan buku yang bertajuk Ikan Tawar untuk Lego. Umurnya baru 14 tahun!
Kak Ain bangga dengan Imah! Teruskan usaha ya! =D Chaiyok chaiyok!
Selain berjumpa para penulis, Kak Ain juga disapa oleh seorang guru bahasa Inggeris yang memperkenalkan diri sebagai Coach Sha. Coach Sha beritahu pernah membaca Aku Mahu ke New York 1 dan Aku Mahu ke New York 2. Selepas itu, Coach Sha terus mencari dan mengumpul buku-buku AinMaisarah yang lain.
Ah! Kembang-kembang hidung Kak Ain apabila dapat tahu ada orang dewasa yang sukakan buku-buku tulisan AinMaisarah. TQ Coach Sha!
Ini pula gambar yang sempat dirakam bersama Ira Hazira – Kak Ann – AinMaisarah. Rasanya ramai pengunjung Rumah Pink yang sudah kenal dengan Kak Ann. Kak Ann adalah editor PTS merangkap penulis buku Kaki Bola. Terima kasih kepada Kak Ann yang banyak melayan AinMaisarah. Paling penting, tolong ambilkan sate yang jadi rebutan semua =D Jasamu dikenang!
Kak Ain juga mahu ucapkan terima kasih kepada Ira Hazira kerana sudi bersabar mengikut Kak Ain ke hulu ke hilir. Harapan Kak Ain, Ira dapat mengutip semua pengalaman berharga berjumpa sendiri dengan penulis-penulis PTS, editor-editor PTS dan pemilik PTS.
Mulakan menulis sekarang juga ketika zaman muda belia. Kak Ain sendiri sekiranya boleh memutarkan kembali jarum masa, tentu mahu menulis pada usia 20 tahun dan bukan 25 tahun. Kak Ain yakin Ira boleh lakukannya! Chaiyok chaiyok!
Oh! Pada hari kejadian, sebenarnya Kak Ain tak dapat berjumpa dengan ramai lagi penulis PTS kerana tepat pukul 3.00 petang, Kak Ain naik ke pejabat PTS. Ada diskusi bagi menjayakan buku-buku Projek Diet AinMaisarah dan Projek Fesyen AinMaisarah.
Bagi kedua-dua buku ini, Kak Ain menulis bersama Kak Lily Haslina Nasir dan Kak Rose Harissa.
Alhamdulillah, perkembangan buku-buku ini positif dan memberangsangkan. Kak Ain akan kongsikan kepada semua cadangan cover buku ini apabila ianya siap kelak. Jutaan terima kasih buat Tuan Ikram dan Cik Shikin kerana sanggup meninggalkan hidangan lazat di majlis hari raya semata-mata untuk berdiskusi bersama AinMaisarah.
Turun-turun semula, jam sudah menunjukkan pukul 5.45 petang. Kerusi sudah disusun. Meja sudah diangkat. Makanan sudah licin bersih dan dikemas.
Di saat-saat akhir, Kak Ain sempat menggunapakai backdrop pentas bagi merakamkan kenangan bersama dua warga kerja PTS yang baru dikenali. Terima kasih Datuk Khairul dan Tuan Wahyudi. Selamat berkenalan AinMaisarah ucapkan!
Inilah kenangan AinMaisarah bersama Puan Ainon dan suaminya Prof Emiratus Abdullah Hassan ketika majlis raya PTS 2009.
Last but not least, inilah gambar terakhir yang dirakam ketika majlis raya PTS 2009. Dari kiri, Ira Hazira, Fatin, Fatimah Az-Zahra, Kak Ann, AinMaisarah, Rashiela Nurain.
Alhamdulillah, Kak Ain bersyukur sungguh diberi peluang berada dalam kelompok keluarga besar PTS. Semoga jalinan ukhuwah yang bertaut di antara kita semua berkekalan selamanya. Amin!
Salam Sayang,
AinMaisarah
Bestnye !
Teringin sangat nak jumpa Kak Ain secara ‘live’…..harap2 je lah dapat berjumpa ngan Kak Ain!!!:)
Meriah sungguh!
Salam Kak Ain,
Bertuahnya siapa yang dapat jemputan tu! Meriah betul!
wah! bestnye!
kak ain sy ada buat pembayaran untuk pembelian buku sebanyak 35.00 ringgit tapi bk tu masih belom sy dapat?agaknya bila sy blh dpt.
sy transfer melalui hong leong bank ke maybank.
harap maklum
fela@ala tomei
p/s ARE U STILL REMEMBER ME????
Hey kak AiN!
I just want to say something. O yeah. I just read ur book aku mahu ke NY 1
FYI,theres no astro ria chanel in dubai.haha.wtsofunny.
Kak Ain,
Saya dah buat pembayaran 14 Oktober jam 7;39pagi.
Tapi kenapa belum dapat lagi…
Saya harap dapat cepat sampai.
Terima Kasih
Dari Nur Asyikin Bt Zul from Perlis.
Email;[email protected]
wah, meriah semcm je rumah terbuka PTS tu. em, nak tanya, kak ira hazira tu brapa tahun ye?
best..
tapi ble kak ain nK tulis novel baru.?
ermmm
Kak.Ain sebernarnya Elinn ni peminat K.Lily juga!!
Tapi tempat ke-2 jeeelahh
提供各式整形美容、注射美容、雷射光療等服務。新彩以專業的態度提供完美隆乳手術服務,在進行隆乳手術前必須評估整形外科醫師是否具備合格專業的技術,隆乳手術前應該注意事項及完善的隆乳術後護理回診追蹤,使您隆乳術後無煩惱,以呈現最自然的胸型。
大陸新娘要幾歲才能嫁來台灣?外籍新娘如何申請良民證? 大陸新娘來台後須多久才可以申請身份証呢?外籍大陸新娘來台後在沒身份証情形下可以工作嗎? 外籍新娘努力向上,台南有一個大陸新娘,他在大陸是一新疆舞的老師,他雖然嫁來台灣當大陸新娘,但是他一樣努力向上他為了讓新疆舞的美讓台灣人都知道於是在公園教越南新娘林氏一起跳,二個人就這樣變成好姐妹,越南新娘也因為如此他的生活也更加充實開心.
bestnya saya teringin nak jumpa kak ain tapi selalu je ada halangan mula2 kuluarga satuju nak teman saya pergi jumpa kak ain kat PWTC 2009 tapi tertunda sebab mak kene balik kampung ada hal selama 10hari kemudian pada ke2 mak setuju untuk temen saya jumpa kak ain kat PKNS bangi tapi tiba2 kakak saya kemalangan kete …..sedih betul saye!hrp dapat jumpa kak ain secara live di kl!!!!!
a’kum kak ain….
nie ezlan dr smk bukit sentosa…
kak ain ape khaba??
saye di sini baek sajerr…
boleh x saye nk tanye sesuatu….
saye suke sgt ngan lagu tema kak ain..
bleh bgtau kat manerr boleh download..
bls kat email sayerr taw…
[email protected]
beznyer..xajak sy pun erk..huhu..
在網路上進行網路行銷的意義在哪裡?關鍵字認為網路具有極佳的互動性、即時反應、且容易與年輕族群作深入互動,關鍵字行銷積極進行網路行銷的企業,也易營造出創新的形象。除此之外,關鍵字廣告進行網路行銷最大的意義在於精確的量化測量方法。網站優化的特性可以容許自然搜尋人員在事前進行精確的評估、事後亦可以追蹤seo效果。以往許多網路業者對網路行銷活動的目的及期望成果往往沒有夠精確的規畫,造成執行效果不彰。其實網路排名應掌握這些量化的資訊,將其與實際的行銷活動、顧客購買行為等結合,將有助於建立更有效的行銷方案。