Berita Gembira Pengubat Hati
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini Kak Ain akhirnya dapat juga masukkan entri baru. Setelah lama sangat senyap sunyi Rumah Pink ini. Sebenarnya Kak Ain beberapa kali ada masalah kesihatan. Demam sampai seminggu. Keracunan makanan sampai 5 hari. Apa yang dimakan, semua muntah kembali.
Aduhai! Cubaan sungguh! Dalam pada Kak Ain ada banyak kerja-kerja penulisan yang tertangguh, Kak Ain anggap ini cubaan. Menulis dan memeriksa manuskrip dengan menyapu minyak Yu Yee cap limau pada perut yang kembung semacam.
Alhamdulillah, keadaan sudah pulih kembali. Kak Ain sudah sihat 100% dan bertambah bersemangat apabila baru sahaja mendapat berita gembira. Berita gembira ini adalah tentang buku Kak Ain yang dipilih untuk pembelian 2009 Kementerian Pelajaran Malaysia.
Buku yang terpilih adalah buku bertajuk Aku Mahu Saiz S:
Memang Kak Ain bersyukur apabila buku ini terpilih. Ini kerana buku ini sudah dua tahun umurnya sejak diterbitkan PTS One, sudah lima kali diulangcetak dan jualannya masih laju di pasaran.
Harapnya buku ini terus evergreen dan dibeli orang walau sepuluh tahun lagi. Kak Ain teringin nak jadi macam Enid Blyton (penulis siri The Famous Five) dan Francine Pascal (penulis siri Sweet Valley) yang seumur hidup menyara kehidupan dengan duit royalti penulisan buku semata-mata. Harapnya impian Kak Ain tercapailah hendaknya!
Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Siapa sudah memiliki buku ini, sila angkat tangan!
Balqis balqis!! Hehehe..
Balqis dah ada dah 😉 Memang best buku ni.. Tahniah Kak Ain!
Pape pun, lepas ni kena hati hati selalu..
Insyaallah, jangan sakit sakit lagi tau! ;D
Saya pun dah ada buku ni…
Best sangat
-angkat tangan!-hehe
dina pun dah ada..:)
This comment has been removed by the author.
Kak AIn !
Wow. Saya dh beli semua buku kak ain, except for tak bisa memilihmu.
Buku yg paling lmbat beli is Impian | and ||
Guees what! I love ur book ! Especially impiana. MMg best sangat. Cant for the third one.
Congratulations, Kak AIn.
ILY <3
hello kak ain…..dah lama saya tak komen dan baca entri dari rumah pink…
saya sekarang aktif sangat-sangat di SB…
buat novel di penulisan kreatif….oh ya! kalau jumpa novel saya jgn lupa baca ya…
A>M popular saya belum ada lagi…
nak cari, asyik tak ada saja
Shasha
Sorry~~~~~
saya! (angkat tangan kanan niyy)..
hehehe 😀
alhamdulillah kak ain sudah beransur pulih 😀
rajin2 update ye ..
da bace….besh….
Kak Ain,Novel Ikin Kak Ain da post?
Tak sabar nak bace…
Saya:[email protected]
Wat pembayaran pada 14.10.2009 pukul 7:39 a.m.
Assalammualaikum kak ainn!!..
yea!!kak ain update entry akhirnya..kak ain jganlah skit lagi..nnti kak ain tak boleh menulis hekhekhek saya x der buku tuh sbb dah pinjam dri kwan..tpi buku tuh mmg best!semoga kak ain berjaya as your wish kak ain..:)
wassallam:
Farah Hanum
Salam kak ain=D
dayah dah lame dah ade…and dah banyak kali dah khatam buku aku mahu saiz ‘s’ huhu=D
Salam Kak Ain,
*angkat tgn*…hehe.. =D nasib baik Kak Ain dh pulih… =)
Semoga impian Kak Ain tercapai jua!!! =D
Salam,
Saya memang peminat nombor 1 Kak Ain,
Moga Berjaya selalu eh
*angkat tangan* mmg saye dah lame ade dah,
semua buku Kak Ain saye ade except Impiana 3 yang belum keluar 🙂
Saya sekarang menetap di Sydney,
susah sikit nak dapat buku melayu ni
hehe
Take Care selalu
Love from;
Zahidah Zahari
Sydney, Australia.
[email protected] (ym)
[email protected] (blogger)
zahidah96.blogspot.com (blog)
Salam Sayang
sya dh baca mmang best n tips 2 sya bgi kt abg coz dy kta nk diet xpi x tahu cam new nk diet.
saya!!!!!!!!!!
hehehe.. wah.. tanhiah kak ain..
semoga kak ain sucsess selalu..
lagi satu.. kesihatan kena jaga juga walau sesibuk mana pun kak ain.. healty is first.. kalau sakit tu.. cepat-cepat makan ubat tau..
DO THE BEST TO BE A BEST..
nice n simple jalan cerita…sy mmg sk jalan ceritanyer..smoga k.ain maju dlm bidng pnulisn…
saya ada rasanya..takpelah..angkat saja tangan!!
Assalamualaikum!
saya takde buku tu, tapi saya dah baca kawan saya punya.. memang best. kini saya cuba amalkan petua dalam buku tu.
Wassalam..
sy ska sume buku yg kak ain tls..
sy plg suka skali aku mahu ke New York 1 n 2..sy jgk ska watak the wannabes…
kak ain , saya nak buku Aku Mahu Saiz S . Tapi bila peri kedai-kedai buku , tak ada pun .
macam mana ni ? kawan-kawan saya dah tanya dah ni .
Ade buku ni!