Rentetan Diari AinMaisarah Tahun 2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semoga sihat dan ceria di hari pertama tahun 2010.
Mengimbas kembali memori, tahun 2009 ini merupakan tahun paling bermakna buat AinMaisarah. Menjalani hidup sebagai seorang penulis buku remaja, tahun ini rasanya Kak Ain banyak mencuba projek baru. Alhamdulillah, kebanyakan projek itu berjaya walaupun bukan sedikit usaha, wang dan masa yang perlu dilaburkan untuknya.
Entri kali ini, Kak Ain cuba kongsikan bersama rentetan diari AinMaisarah sepanjang 2009.
(1) Kak Ain paling tak boleh lupa Majlis Pelancaran Buku BSB ketika di Pesta Buku 2009, PWTC. Ianya berlangsung bulan April 2009.
Majlis itu dihadiri lebih 200 orang pembaca. Sampai penuh melimpah-ruah tak boleh masuk dewan dibuatnya!
Waktu itu juga, buat julung-julung kalinya laman web Sekolah Sri Bangsar di www.sekolahsribangsar.com dilancarkan. Pembinaan laman web ini menelan belanja yang besar kerana Kak Ain membayar sendiri kos server, kos programmer dan kos desainer untuk merealisasikan laman web tersebut.
Namun ternyata ianya amat berbaloi. Setelah 8 bulan dibuka, sudah ada 7228 pembaca buku yang mendaftar di situ. Dalam hati Kak Ain selalu berangan-angan, bilalah boleh dapat royalti berjuta-juta? Kak Ain nak beli tanah dan bina bangunan Sekolah Sri Bangsar yang sebenar. Ianya akan jadi sebuah sekolah bakat merangkap perpustakaan stylo untuk remaja. Jadi para remaja di luar sana ada tempat lepak yang lebih berfaedah dan positif suasananya.
Harap semua pembaca doakan Kak Ain cepat jadi jutawan supaya boleh buka Sekolah Sri Bangsar yang sebenar ya! Amin =D
(2) Tahun 2009 juga menyaksikan Kak Ain mendapat tempat kedua dalam kedudukan carta pencapaian royalti penerbit PTS Sdn. Bhd. Alhamdulillah, antara 300 penulis PTS… Kak Ain dapat tempat kedua. Heheh. Macam keputusan peperiksaan pula!
TOP 30 Penerima Royalti
1. Dr. Danial Zainal Abidin
2. Ain Maisarah
3. Ainon Mohd
4. Farihah Iskandar
5. Abd. Latip Talib
6. Muhd. Kamil Ibrahim
7. Ezee Rahmani
8. Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
9. Ashadi Zain
10. Ann Wan Seng
11. Ahmad Fadzli Yusof
12. Zaid Akhtar
13. Kusyi Hirdan
14. Dato’ Dr. Haron Din
15. Muhd Rozani Pawan Chek
16. Ainin Naufal
17. Umi Kauthar
18. Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah
19. Shamsuddin Abd. Kadir
20. Dato’ Seri Abd. Hadi Awang
21. Aizam Aiman
22. Salina Ibrahim
23. Natasya Effyzal
24. Razzi Armansur
25. Fred Suriya
26. Meor Shariman
27. Ahmad Naim Jaafar
28. Sunthara Segar
29. Mardzelah Makhsin
30. Umi Kalthum Ngah
Sememangnya ia satu pencapaian manis yang tidak dapat Kak Ain lupakan. Harapnya royalti tahun-tahun mendatang mencapai kedudukan positif sebegini juga.
(3) Tahun 2009 juga, sebaik menerima royalti hasil susah-payah menulis buku… Kak Ain buat pertama kalinya berkemampuan membeli rumah (atas nama Kak Ain sendiri). Ikutkan rumah Cik Abang, memang sudah ada dua buah. Tapi mempunyai rumah sendiri atas nama sendiri dan atas hasil duit sendiri memang berlainan perasaannya.
Rumah tersebut adalah rumah idaman Kak Ain. Sebuah kondo tiga bilik yang pemandangan balkoninya menghadap tasik dan menara berkembar KLCC. Jaraknya pula hanya 5 minit dari Mid Valley!
InsyaAllah, Kak Ain akan berpindah ke rumah baru itu pada bulan Februari 2010 setelah kerja-kerja pemasangan kabinet, lantai dan kertas dinding selesai dilakukan. Aduhai! Tak boleh nak bayang kepenatan pindah rumah dan Cik Abang pula pindah pejabat serentak! Kak Ain selalu mohon agar kesihatan tubuh badan berada pada tahap terbaik untuk menghadapi semua ini.
(4) Tahun 2009 juga, buat pertama kalinya Kak Ain menembusi pasaran sekolah dengan menjalankan projek Program Jelajah Sekolah AinMaisarah. Terima kasih kepada Tuan Zain Aziz, pegawai PTS yang membuka ruang dan peluang Kak Ain mendapat jemputan ke sekolah.
Sekolah pertama yang Kak Ain jejaki adalah SMK (P) Raja Zarina, Klang. Selepas kejayaan menembusi sekolah pertama, Kak Ain terus diberi jemputan ke sekolah-sekolah sekitar KL dan Selangor. Ketika itu, Kak Ain sempat menjelajah ke 11 buah sekolah sebelum virus H1N1 melanda. Banyak sekolah ditutup. Kak Ain juga mengambil keputusan menghentikan seketika program ini kerana bimbang kesihatan terjejas dan takut-takut Kak Ain turut terkena tempiasnya.
InsyaAllah tahun 2010 nanti, penjelajahan akan diteruskan semula dan kali ini, ianya meliputi 40 buah sekolah terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia. Bermula Januari 2010 dan berakhir Jun 2010, Kak Ain akan ke sekolah-sekolah untuk memperkenalkan buku-buku AinMaisarah, buku-buku penerbitan PTS dan mendekati para pembaca dengan lebih mesra.
Nampaknya Kak Ain akan sentiasa bangun awal kerana perlu bersiap sedia memberi ucapan di perhimpunan pada setiap pagi. Selalunya pukul 7.00 pagi, Kak Ain sudah menunggu di kantin sekolah.
Huhuh… terasa kembali menjadi seorang pelajar sekolah pula! Tak apa. Tak apa. Demi kejayaan masa depan, AinMaisarah mesti berusaha sekuat-kuatnya!
(5) Tahun 2009 juga, Kak Ain dilantik sebagai DUTA PTS. Selaku duta penerbit buku tersohor di Malaysia ini, Kak Ain diberikan kemudahan sebuah van pink yang diberi nama VAN PINK AINMAISARAH dalam setiap aktiviti promosi yang Kak Ain hadiri.
Sebuah Urvan Nissan telah dicat dengan warna pink iaitu warna yang begitu sinonim dengan branding AinMaisarah. Badan van itu juga dilekatkan sticker promosi. Ianya adalah gambar Kak Ain sendiri! Isk… besar sungguh gambarnya dan Kak Ain berharap gambar tersebut tidak nampak jerawat-jerawat jahat yang cuba mensabotaj!
Terima kasih PTS atas kesudian memberikan kemudahan van ini untuk kegunaan AinMaisarah. InsyaAllah, Kak Ain akan usaha sehabis mungkin membantu promosi buku-buku PTS di sekolah-sekolah!
Tak sangka angan-angan Kak Ain mahu memiliki sebuah van comel berwarna pink kini dapat direalisasi!
Ini gambar kenangan AinMaisarah dengan sebuah van pink yang sudah diubah imej menjadi begitu gedik sekali. Kak Ain suka! InsyaAllah VAN PINK AINMAISARAH juga akan jadi segedik ini. Nantikan kemunculannya mengiringi Kak Ain dalam Program Jejalah Sekolah AinMaisarah di sekolah-sekolah seluruh Malaysia bermula tahun 2010 ini ya!
Sememangnya tahun 2009 merupakan tahun yang banyak mengukir senyuman. Kerjaya Kak Ain sebagai seorang penulis buku-buku remaja semakin mendapat perhatian pihak media, para pembaca dan industri buku Malaysia.
Semua ini tidak mungkin Kak Ain kecapi tanpa bantuan, dorongan dan motivasi yang tidak henti-henti oleh pengurus merangkap suami Kak Ain sendiri.
Khas untuk Cik Abang… You have been my strength in life and the key to my success. Thank you so much from the bottom of my heart!
Tidak lupa kepada para pembaca buku AinMaisarah, Kak Ain ucapkan terima kasih kerana terus-terusan menyokong tanpa henti. InsyaAllah tahun 2010 ini, ada banyak buku-buku baru AinMaisarah yang akan terbit dan muncul di pasaran. Jadi teruskan mengikuti perkembangan Kak Ain di rumah Pink ini dan juga di Facebook ye!
Mari kita berdoa bersama-sama agar tahun 2010 Masihi/1431 Hijrah ini menjadi tahun paling positif, produktif dan progresif untuk kita semua. Amin!
Salam Sayang,
AinMaisarah
harap harap kak Ain , harap – harap 🙂
WOW ! sweet jeeee van PINK tu 😀
heeeeeeee , jeles jeles ^^
selamat tahun baru 🙂 semoga kak Ain diberi rezeki yang melimpah ruah , memancut mancut 😀
rindunya kakain di sini ! 🙂
cantik permandangan =)
heheh
taksabar nak beli buku baru!
xD
Wah ! Cantiknye can warne Pink tu , hekhek ! =D Good Luck Kak Ain !
wah, kak ain dpat n0 2. tahniah yer
Kak Ain!mcam artis tersohor pula.van comel!suka!agaknya bila giliran qila nak naik pula van tu yea? ;p
alhamdulillah,
semoga rezeki yg kak ain dpt turut disalurkan di jalan Allah buat bekalan di akhirat.
Insya Allah
Whoa! Cool ride!
Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun lepas.
🙂
wow…
Comel bet0l van Pink 2…..
Semoga Kak Ain terus sukses!!
Selamat Tahun baru, btw^_^
appy new year kak ain!
😀
InsyaAllah kak Ain dibah doakan kak ain makin berjaya menjelang 2010 ni nnt~~!!
Salam Kak Ain…
Saya pernah tgk kereta Kangoo warna pink tu! Siap duduk dlm kereta tu lagi… hee :DD
Hope 2010 will be a good year… (:
Selamat Tahun Baru Kak Ain..
semoga kak ain terus berjaya:)
waaahhh…. gediknya van tu! hahaha… tapi tetap comel dan lawa!
x sabar tunggu kak ain!
kak ain,lawanya van tu…
tapi sayang,kalau warna biru lagi faten suka ,…haha
Wah,cantiknya van kak Ain! Saya doakan kak Ain berjaya…Kalau boleh laa Kak Ain datang laa ke Putrajaya… Kawan-kawan saya kat sini… Semuanya sukakan buku Kak Ain….
salam kak ain…
kak ain daa ader 2 van eh?
kak ain…
kak ain dtgla kedah jugak…
area sg.petani…