Kisah Menarik (1) di Pesta Buku PWTC
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seperti dijanjikan, Kak Ain mahu berkongsi cerita kisah menarik ketika Pesta Buku.
Salah satu daripadanya adalah kisah ibu-ibu yang datang ke Kedai Pink semata-mata mahu membelikan buku untuk anak mereka.
Sewaktu mendengar cerita seorang ibu, Kak Ain sakit perut dan rasa nak gelak guling-guling ketika mendengar cerita seorang ibu yang sempat berkongsi kisahnya. Katanya, anak perempuannya yang berusia 10 tahun selalu sangat meminta membelikan buku AinMaisarah.
Anaknya membuat senarai buku yang diingini. Senarai itu pula ditulis di mana-mana sahaja. Buku sekolah, buku catatan, kertas kosong di rumah dan paling sweet adalah di dalam diarinya. Dalam diari itu juga, dicatatkan bahawa dia mahu menjadi penulis seperti Kak Ain Maisarah!
Waaa…. rasa nak menangis