Laporan Rumusan Pesta Buku 2010: Bhg 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kak Ain harapkan hujung minggu begini semua pembaca AinMaisarah berada dalam kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan. Kak Ain sendiri Alhamdulillah sihat =D
Seperti dijanjikan, malam ini Kak Ain sambung tugas jadi penglipurlara. Menceritakan kembali pengalaman berkampung di PWTC selama 10 hari. Mengimbas semula memori manis sewaktu berpeluang berjumpa para pembaca AinMaisarah dari pagi sampai petang.
1) Angkut-mengangkut sehari sebelum Pesta Buku
Seperti semua sedia maklum, Pesta Buku bermula 19 Mac 2010. Tetapi kepada semua pempamer, kami dibenarkan masuk sehari lebih awal iaitu pada 18 Mac 2010. Dewan mula dibuka pukul 9.00 pagi dan semua dibenarkan berhias hingga 5.00 petang. Sewaktu itu, Kak Ain dan Cik Abang memang sudah bersiap-sedia di rumah seawal pukul 6.00 pagi.
Kami mula menyusun atur buku yang perlu dibawa, senarai alatan di gerai, hiasan gerai, sistem mesin POS (payment online sistem) dan segala keperluan sepanjang 10 hari di PWTC.
Pukul 8.00 pagi, lori yang disewa sampai ke kondo. Kerja-kerja menurunkan barang dari rumah Kak Ain ke bawah mengambil masa hampir 2 jam! Ketika itu tenaga adik-adik ipar Kak Ain yang lelaki sangat-sangat membantu. Mereka macam ada tulang besi dan urat dawai! Kak Ain membantu juga… tetapi membantu mengambil gambar snap sana – snap sini untuk tatapan para pembaca! Hehehe… =D
Kak Ain juga jadi penjaga lif.
2) Persiapan di PWTC
Di PWTC, Kak Ain dan Cik Abang pertama kali mengetahui lokasi kedai kami. Waktu itu memang berdebar-debar. Janganlah dapat gerai di belakang sekali. Minta-minta dijauhkan dari lokasi terperosok dan tidak dilalui pengunjung. Harap kedudukannya strategik sekaligus memudahkan para pembaca menjumpainya!
Cik Abang