AinMaisarah Menghadiri Pelancaran Novel Travelog Cinta Abadi di UiTM Segamat
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Huisk! Lama betul Kak Ain tidak memasukkan entri baru. Sebenarnya sejak memulakan Program Jelajah Sekolah AinMaisarah, Kak Ain menjalani rutin harian yang berbeza. Isnin hingga Jumaat, Kak Ain bangun seawal pukul 5.00 pagi untuk ke sekolah-sekolah terpilih. Tiada cuti. Tiada senggang masa berehat. Tiada lagi sesi menulis buku secara santai di KLCC dengan ditemani aroma kopi.
Memang fokus tim AinMaisarah adalah promosi buku, promosi buku dan promosi buku! Minggu ini akhirnya cuti sekolah menjelma. Itu bermakna Kak Ain pun dapat cuti juga! Ya Allah! Leganya!
Sewaktu cuti Sabtu dan Ahad lepaslah, Kak Ain berpeluang mengisi masa dengan dua aktiviti yang sungguh bermakna.
1) Meluangkan masa menghadiri pelancaran buku Travelog Cinta Abadi karya Puan Roza Roslan.
2) Menyertai seminar English Playshop for Ladies kendalian Coach Sha (Kak Ain akan ceritakan panjang-lebar tentang seminar yang hebat ini di dalam entri berikut ya!)
PELANCARAN BUKU TRAVELOG CINTA ABADI
Sesungguhnya Kak Ain sangat-sangat berbesar hati apabila menerima undangan daripada Prof. Muhd Kamil Ibrahim. Kak Ain diminta datang sebagai tetamu VIP. Duduk di sofa hadapan bersama dua lagi tetamu undangan iaitu Tuan Sohaimi Meor Hassan (penyanyi evergreen bersuara emas) dan Puan Ainon Mohd (pengerusi penerbitan PTS)
Kak Ain menyukai keseluruhan konsep pelancaran buku sulung Puan Roza Roslan iaitu isteri Prof. Muhd Kamil. Jika sebelum ini Prof. menulis buku best seller Travelog Haji dan Travelog Dakwah… kini isterinya pula muncul dengan buku Travelog Cinta Abadi.
Bersesuaian dengan cover bukunya yang begitu indah ini…
… keseluruhan konsep dan hiasan dewan tempat pelancaran buku juga menggunakan tema putih dan merah. Ada dua jambangan ros indah digubah berdekatan meja penulis. Belon-belon putih dan merah juga menjadi tatarias yang mendamaikan mata.
Majlis diserikan dengan nyanyian Tuan Sohaimi Meor Hassan. Tajuknya ‘Epilog Cinta Dari Bromley’. Suaranya sungguh merdu. Lontaran vokalnya gemersik menyentuh kalbu!
Cik Abang ada merakamkan video ketika Tuan Sohaimi Meor Hassan menyanyikan lagu tersebut. Sementara menunggu video itu berjaya dimuat turun, Kak Ain letakkan dahulu video versi asal lagu ini. Boleh klik dan dengar sendiri betapa evergreen dan puitisnya lagu ini!
Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa Tuan Sohaimi menyanyi di majlis pelancaran ini? Kerana dalam buku Travelog Cinta Abadi… ada diselitkan kisah penulis iaitu Puan Roza Roslan yang amat meminati lagu ‘Epilog Cinta Dari Bromley’
Selain itu, majlis turut diserikan dengan pembacaan babak-babak menarik yang dipetik daripada buku tersebut. Ada kisah kelakar, sedih, nakal dan pilu.
Namun dalam banyak-banyak, Kak Ain tersentuh dengan pembacaan di bahagian akhir. Puan Roza Roslan menitipkan kata-kata berikut:
“Ya Allah, saya ingin belajar setinggi mungkin. Ingin sekali melihat emak dan abah berbangga dengan kejayaan saya. Biarlah airmata yang berderai adalah airmata kegembiraan. Wahai Tuhan, makbulkanlah segala hajat. Tunaikanlah segala permintaan.”
Sewaktu mendengar petikan ini dibaca, mata Kak Ain sudah bergenang dengan air hangat. Tunggu bila-bila masa tumpah ke pipi sahaja. Bila Puan Roza Roslan menangis dan memeluk abahnya sambil berkata…
“Inilah abah saya, abah saya yang sentiasa bekerja untuk membesarkan kami…..”
… waktu ini Kak Ain sudah menangis berjurai-jurai airmata! Macam air hujan turun dari Gunung Ledang rasanya! Mujur Puan Ainon Mohd menghulurkan tisu. Kalau tidak… isk… isk… isk… mesti comot AinMaisarah menangis tak ingat dunia!
Sejujurnya Kak Ain merasa Puan Roza Roslan begitu bertuah. Beliau melancarkan buku pertama dengan kehadiran insan paling penting dalam hidupnya. Abah yang membesarkan sejak kecil hingga dewasa. Turut hadir adalah Tuan Sohaimi Meor Hassan yang jadi idola sewaktu remaja.
Kak Ain pula? Sewaktu buku pertama terbit tahun 2007, arwah abah sudah setahun tiada. Arwah meninggal 4.5.2006 kerana serangan sakit jantung. Arwah tidak sempat melihat Kak Ain ada buku sendiri. Arwah tidak sempat masuk ke rumah yang Kak Ain beli dengan duit hasil royalti. Paling terkilan, Kak Ain tak sempat peluk dan beri penghargaan kepada arwah seperti Puan Roza Roslan lakukan di dalam dewan sewaktu pelancaran buku Travelog Cinta Abadi!
Di sinilah renungan buat kita semua. Hormati, hargai dan sayangilah kedua ibubapa sementara mereka masih ada di dunia. Moga kisah Puan Roza Roslan ini jadi tauladan untuk kita semua.
Selesai majlis, Kak Ain menerima hadiah cenderahati daripada pihak UiTM, Segamat. Terima kasih diucapkan kerana sudi menjemput ke majlis yang sangat bermakna ini.
Selesai majlis, semua hadirin dijamu dengan hidangan makan tengahari. Bihun yang enak. Ayam masak merah yang lazat. Kuih karipap yang rangup dan air sirap ais penghilang dahaga pada waktu tengahari yang panas sekali. Terima kasih sekali lagi kepada Prof. dan isteri kerana begitu bermurah hati menyediakan jamuan.
Kak Ain dan Cik Abang turut dijemput membuka meja pameran buku-buku PTS. Alhamdulillah sambutan pengunjung begitu menggalakkan!
Antara para ibu yang membeli buku ‘Aku Mahu Superbibik’. Semoga anak-anak seronok membaca buku tersebut!
Di bawah ini pula gambar yang unik. Kak Ain bergambar kenangan bersama dua pembaca yang bernama ‘Ain’ dan ‘Maisarah’ mengapit di kiri dan kanan. Di tengah pula adalah AinMaisarah yang sebenar! =D
Pembaca cilik ini pula Cik Adik Nafisah. Comel dan bundar sangat matanya! Hope you like the book yah!
Sebelum Tuan Sohaimi bergerak balik ke Shah Alam, Kak Ain sempat merakam gambar bersama keluarganya. Semoga Tuan Sohaimi terus berbahagia dengan isteri dan anak-anak tercinta.
Terima kasih sekali lagi atas jemputan Prof Muhd Kamil dan Puan Roza. Begitu juga kepada Puan Ainon yang sempat menitipkan kata-kata semangat untuk Kak Ain terus berkarya. Kepada novelis best seller Salju Sakinah iaitu Tuan Zaid Akhtar, nampaknya tidak sempat langsung kita berbual dan bertanya khabar. InsyaAllah pada lain masa ya!
Itulah kisah cuti julung-julung kali yang Kak Ain nikmati pada hari Sabtu lepas. Entri selepas ini, Kak Ain akan ceritakan aktiviti belajar bahasa Inggeris yang Kak Ain lakukan pada hari Ahad pula!
Haaa…. apa pula aktiviti cuti sekolah pengunjung Rumah Pink AinMaisarah?
Salam Sayang,
AinMaisarah
untung kalau dapat pi. Kak Ain sebut makanan terus Mez lapar. haha. Buat masa sekarang Mez tak ada aktiviti lagi. Mungkin keluar jalan-jalan dgn family.
Kak Ain, Seminar Coach Sha best kan. Bulan lepas dia dengan Coach Ridz ada dtg sekolah Mez. Best seminar dia
Bestnye jadi penulis nanti bila dah besar Dayang pun nak jadi penulis yang berjaya macam Kak Ain.(harap Kak Ain doakan ye semoga tercapai cita-cita).Kak Ain nanti buatlah lagi novel bersiri Aku Mahu,Dayang minat sangat.
Pasal soalan Kak Ain pulak,Dayang akan pergi ke South Africa pada hari Selasa ini.Rasa tak sabar pulak nak tengok bola! ;).
Harap Kak Ain balas Komen Dayang ini.
Dayang.
Wah bestne kawan dekat atas ni pergi South afrika lagi..hihihi
Saya tak merancang pergi mana-mana kak ain..
Saya tak kisah kalau ibu dan ayah saya tak bawa mana-mana.Saya paling habis kan masa saya membace novel.Kalau tak baca pun,buat kerja sekolah.The,bantu kemas rumah jelah..hahaha
tiada pengalaman yang menyeronokkan.
Jadikan buku sebagai satu penggembaraan!
Salam, salam ziarah….Umi rasa berbesar hati sgt dpt jumpa ain hari tu…wah…kan kita bergambar sakan…nasib baik tak ada kat kmera ain…, apapun umi nk copy yg gmbar ramai2…sbb umi dah tak smpt snap..betri kamera habis…hehehehe…salam sayang n teruskan berkarya, selamat maju jaya
salam..
saya dah beli da buku aku mahu superbibik tu…kelakar..kesian ina rancangan pasal pokok tu nak bunuh pokok tapi yang jadinya segar pulak..
best la bibik tue dapat hadiah..
saya cuti sekolah ni tak buat apa-apa.Duduk rumah saja.Lagipun ayah saya sedang mengerjakan umrah ditanah suci.Bila ayah balik nanti barulah boleh jalan sana sini.=)
best3 😀
Kak Ain, knp tak ada respon?? dh bgy dah nama guru perpustakaan & nombor telefonya. (soalan yg tidak ada kena mengena dgn post)
kak ain,saya nak cakap sedikit.Harap balas lar.Saya nak terbitkan buku “Aku mahu Tengku Affin” ok tak.Kalau tak takpe lar
jarang ada penulis lawa(tetiba je)
Terbaru : Dilemma Wanita Gorjes
9/10 people said they will never eat McDonald’s again after seeing the truth about their food ->
http://TruthAbtFastFood.com
cant believe people seriously eat this..
Huhuhu… bestnya… so cool… teringan sangat nak jumpa Kak Ain Maisarah in real life… penulis yang sungguh berbakat!!
Kak Ain, lepas ni kak Ain nak keluarkan buku apa lagi? tak sabar ni!