Kisah Syawal AinMaisarah: Bahagian 1
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Oh! Hari ini sudahpun masuk 8 Syawal 1431 Hijrah.
Selama 8 hari berpesta makan-makan di Bukit Jalil, Kuala Kangsar dan Johor Bahru… hari ini Kak Ain kembali semula ke rumah sendiri. Memulakan rutin hidup sehari-hari. Apa rutin AinMaisarah?
Tentulah menulis! Selain menulis manuskrip, Kak Ain juga perlu masukkan cerita terbaru di dalam Rumah Pink ini. Sambil-sambil menulis blog, Kak Ain sedang mengunyah muruku dan kerepek pisang. Iskk… sedapnya! (Tak mahu fikir soal kolestrol dan berat badan!) Hehehe.
Mengenang kembali sambutan raya tahun ini, membuatkan Kak Ain tersenyum sendiri. Sungguh bersyukur kerana diberi kesempatan bertemu ramai saudara-mara. Ada yang jauh. Ada yang dekat. Ada yang tidak pernah bersua langsung sebelum ini. Memang itulah keseronokan sebenar Aidilfitri.
Raya pertama AinMaisarah disambut di rumah mertua berlokasi di Bukit Jalil.
Ramai bertanya, bagaimana Kak Ain dan Cik Abang menentukan giliran berhari raya. Sememangnya Kak Ain dan Cik Abang bukan seperti pasangan suami isteri biasa. Kami tak perlu gaduh-gaduh baling dadu atau melancarkan perang nuklear demi berebut giliran balik kampung. Cara kami membuat keputusan mudah sahaja: capai kata sepakat balik kampung ikut keperluan keluarga masing-masing.
Raya pertama dan kedua, keluarga Cik Abang lebih memerlukannya sebagai ketua keluarga. Cik Abang memang diberi gelaran ‘beruang tambatan’ keluarganya (ala-ala sama fungsi dengan ayam tambatan)
Kak Ain pula lebih diperlukan di Johor Bahru pada raya keempat dan ke atas bagi membantu emak Kak Ain memasak hidangan hari raya buat tetamu-tetamu yang datang bertandang.
Emak Kak Ain sudah 59 tahun umurnya. Walaupun ada bantuan bibik di rumah, emak Kak Ain panik juga apabila perlu menyambut kedatangan adik-beradiknya yang datang menziarah. Sekali kena serbu, hingga 60-70 orang!
Gambar yang diambil di bawah ini adalah gambar kenang-kenangan bersama dua buah keluarga yang datang berziarah. Kesemuanya ada lima buah keluarga besar yang datang melawat. Memang penuh rumah!
Tahun ini Kak Ain sekali lagi mengambil tugas sebagai ‘chief de mission’ di dapur. Memasak hidangan untuk semua. Sambil-sambil memasak, Cik Abang sempat ambil gambar Kak Ain ketika mengacau kuah dalca atas dapur.
Walaupun hakikatnya Kak Ain jarang memasak pada hari-hari biasa, tetapi Kak Ain sangat bersyukur kerana menu yang dimasak iaitu nasi beryani, dalca, ayam masak merah, ayam goreng halia dan daging pedas yang dihasilkan selamat dimakan, selamat dihadam dan tiada keracunan makanan yang dilaporkan. Fuh! Lega! Hehehe….
Cik Abang juga sangat membantu. Bahagia sungguh Kak Ain dapat suami yang melayan keluarga Kak Ain sama seperti dia melayan keluarga sendiri. Dua tiga kali Cik Abang ulang-alik pergi kedai beli ais, aiskrim dan tembikai. Thank you dearest husband!
Tahun ini juga pertama kali Kak Ain memberi duit raya menggunakan sampul angpow pink AinMaisarah. Ada gambar AinMaisarah yang tembam di setiap sampul. Semoga tahun depan ada rezeki, Kak Ain boleh tempah sampul raya dengan desain yang lain pula.
Sebenarnya banyak lagi cerita Aidilfitri yang Kak Ain ingin kongsikan bersama. Kisah beraya di Kuala Kangsar. Pengalaman manis menziarah saudara-mara di Muar. Terselit juga keseronokan bertemu semula rakan-rakan sekolah rendah yang sudah 16 tahun tidak bersua muka.
InsyaAllah Kak Ain sambung dalam entri seterusnya. Sekarang ini perlu basuh baju yang menimbun setinggi Gunung Himalaya! =(
Salam Aidilfitri,
AinMaisarah
raya molek-molek kak ain! (:
Hihii..Kak Ain bertukar menjadi SuperBibik pula! ;D
baek2 ye tgn t kak ain…mke pndg camera nnt tgn t trmsk dlm kuah dalca t…hehehe
msti kak ain msak sdap..nk rse..nk rse….
sronoknye kak ain..! =)
wah seronoknya diaorang..dpt sampul duit raya k.ain..
=)
kak Ain!
nak datang beraya kat rumah kak ain..
hehe..
nak angpow tu jugak !! jelez2 😛
bestnye…………………………
🙂
hihi…..
kak ain ila pon nk angpaw ain maisarah…^_^..hehehehe..
Salam..
Rasa mcm tahu jer editing2 gambar dalam nie.. semua effect HDR.. hehe!