Debaran Pesta Buku Kian Menghambat dan Menakutkan!
Membuka gerai ketika Pesta Buku, tentunya mesti ada perhiasan gerai. Haa… ingat lagi contoh dekorasi gerai Kak Ain pada tahun 2010? Memang semua pink. Memang meriah kerana mahu tarik perhatian pembaca buku remaja.
Jadi, antara kesibukan penulisan dan edit cerita, Kak Ain perlu buat lawatan ke IKEA, Nilai 3 dan kedai-kedai dekorasi terkemuka bagi menyiapkan gerai pink secantik mungkin, buat tatapan semua.
4) Persiapan hadiah dan pakejing
Satu yang membuatkan Gerai Pink AinMaisarah unik adalah setiap pembeli berpeluang menerima hadiah-hadiah menarik. Tahun lepas, kita ada teddybear dan kuda laut pink yang boleh dimenangi. Tahun ini Kak Ain mahu tambah hadiah yang menarik minat remaja. Tetapi hadiah apa ya? Aduh… mesti buat kajian dan sebut harga lalu diserahkan kepada Tuan Pengurus.
Pakejing buku juga penting. Tahun lepas, kita tawarkan Set Box The Wannababes. Hitam anggun yang bergaya. Kak Ain sendiri suka sangat desainnya!
Tahun ini bagaimana pakejing buku-buku di Gerai Pink AinMaisarah? Kita belum boleh tunjuk lagi kerana ianya suprise! =)
Jika mahu tengok… mesti datang sendiri ke gerai pada 22 April 2011 hingga 1 Mei 2011 nanti bagi mengetahui pakejing menarik buku-buku kami!
Ini maklumatnya :
- Kedai Pink AinMaisarah di PWTC Kuala Lumpur.
- Kedai Pink AinMaisarah berdekatan dengan Bank CIMB atau Restoran Riverside di dalam bangunan PWTC. Ruang ini dipanggil “ruang legar” PWTC.
- Tarikh dan masa : 10 pagi hingga 9 malam setiap hari dari 22 April hingga 1 Mei 2011.
- Kak Ain akan berada setiap hari di kedai. InshaAllah.
5) Tanggungjawab menulis dengan Berita Harian
Dalam kesibukan menjelang Pesta Buku ini, Kak Ain tetap tidak boleh meninggalkan rutin-rutin lain yang menjadi tanggungjawab Kak Ain.
Satu yang paling genting dan penting adalah tanggungjawab menulis untuk Berita Harian. Kak Ain mesti menulis 10 mukasurat setiap minggu. Ini adalah bagi mengisi kolum ‘Ruangan Novel’ yang diberikan kepada Kak Ain. Haaa… jangan lupa beli Berita Harian setiap hari Sabtu ya! Boleh baca kisah The Wannababes novel bersiri bertajuk ‘Jutawan Gedik’
6) Program Jelajah Sekolah AinMaisarah tetap diteruskan
Tahun 2011 ini, Kak Ain meneruskan program bertemu pembaca di sekolah-sekolah. Program yang dinamakann ‘Program Jelajah Sekolah AinMaisarah’ masih dijalankan dengan giatnya. Hingga ke hari ini, sudah ada 69 buah sekolah yang Kak Ain lawati.
Kadangkala, sampai demam-demam Kak Ain dibuatnya. Ini kerana, setiap kali pergi ke sekolah… Kak Ain akan membuat ucapan di perhimpunan, memberi bengkel 1 jam dan menandatangan buku-buku di meja pameran.
Bayangkan… setiap satu sekolah, Kak Ain perlu tandatangan, berjumpa, bersalam, bergambar dan bermesra-mesraan dengan sekurang-kurangnya 400 orang pelajar!
Apabila balik ke rumah, Kak Ain penat sangat dan sudah jadi selembik lempeng. Hehehee… =) Tetapi Kak Ain tetap teruskan aktiviti ini kerana melalui aktiviti inilah Kak Ain dapat bertemu pembaca dan bakal pembaca. Kak Ain dapat beritahu perkembangan terkini. Kak Ain dapat mengenali pembaca dengan lebih erat lagi!
Haaa… banyak sungguh tuntutan kerja AinMaisarah. Itu belum lagi cerita tentang tanggungjawab menjaga hamster, basuh baju, kemas rumah, kawalselia kontraktor di rumah dan tuntutan berkeluarga. Oh… sampai esok pun tidak habis menulis di blog ini.
Namun, inilah kehidupan. Inilah tanggungjawab. Kak Ain selalu pegang kata-kata azimat yang dititipkan oleh suami Kak Ain.
“Usaha biasa-biasa… dapat kejayaan biasa. Usaha luar biasa, memberi kejayaan luar biasa juga.”
Jadi AinMaisarah… berusahalah! Nanti habis segala penat-lelah, boleh pergi bercuti! Oh… tidak sabar mahu pergi bercuti lagi!
Salam Sayang,
AinMaisarah
Semoga berjaya!
Hurm..Asslmkum..
Hy Kak Ain..
Wish U GUD LUCK for Pesta Buku pd bln April naty..
hurm…ni la mse yg sgt sy tnggu…
Insya-ALLAH naty sy akn singgah di Kedai Buku akak ye…
This comment has been removed by the author.
Good Luck Kak Ain..
Tak sabar rasanya nak jumpa Kak Ain lagi semasa pesta buku tu nanti 🙂
semoga kak ain sihat selalu…..^^
wah..tak sabar la nak pegi Pesta Buku..boleh jumpa kak ainn..hehehe..
jom lawat blog pinky D’ya..
http://miss-dya.blogspot.com
Saya mahu ‘teddybear’.
Kak Ain!
Kak Ain memang nampak gayanya penat sangat.
Apa pun, semoga berjaya dan terus bercahaya dalam bidang penulisan.
Tahniah dengan kejayaan-kejayaan ini!
saya nak datang!
xnk ktinggln lgi.
hermmm…boleh x kak ain dtg sek saya?
assalamualaikum..
kak ain saya mesti sure dtgla sbb b’day saya masa 22.4… novel kak ain akan jadi hadiah b’day saya… kak ain bila boleh tahu Fasha & Amir ada dkt sana?? nanti bgtau yer..tq:>
good luck Kak Ain. banyak betul keraja dan tanggungjawab Kak Ain kan. harap pesta buku di PWTC nanti berjalan lancar. what the mind believes, the body can achieves… semoga berjaya !
kak ain, dekat pesta buku nnt ade jual novelcomel ke ?
kak ain, jangan risau pesta buku kat PWTC nanti pasti saya akan serang ke kedai kak ain dulu yaa. ibu saya pon dah bagi lampu hijau untuk pesta buku tu nanti. hehe..
tak sabar nak jumpa kak ain. saya tertunggu2 pesta buku nie datang dari tahun lepas lagi. saya suka dengan kerja kak ain.
sbar ya kak ain..seperti kata Tuan Pengurus tadi,klw usaha luar biasa,insyaAllah kejayaan pasti luar biasa juga..teruskan!!peminat dan pembaca sentiasa ada dgn kak ain!!
ya ya chaiyok chaiyok!!
ksiannyer kak ain..! Taper, sye slalu doakan kak ain! ^.^
jumpa di sana ya kak ain!
insyaAllah
=)
Assalamualaikum.Kak Ain.Semoga berjaya masa PESTA BUKU nanti!Baca Kak Ain tulis pun dah buat saya x sabar.Tapi rasanya masa tu macam saya kena pergi PLKN je.Geram pulak rasa…!uwahhh~_~….!Boleh tak saya cadangkan kat PLKN tu supaya pergi PESTA BUKU 2011?Logik tak?
hee….x sab2 sangat nak jumpa ngan Kak Ain dan borong semua buku2 yang saya belum ade….:D
Hee XD Bestnya ! Mesti cantik kan ? Kalau boleh nak borong semua aksesori & buku-buku yang ada 🙂 Hehehehehe
Hee XD Besnya ! dahlah 22 April tu birthday saya 🙂 Harap2 harap nanti dpt hadiah ! Kalau boleh semua barang yang ada tu saya nak borong !
huhu kesian kak ain, x pe ayah saya kata jumaat ni mungkin dia free, leh la dia bwk saya pi pesta buku.
assalamualaikum kak ain
Gud luck kak ain!
saye rasa saya akan dtg ke kedai pink nanti kak ain!doakan kan saye datang ke dpt dtg ke sane!
assalam … kak ain,
saye hrp , kak ain akn berjaya membawa tanggungjawab kak ain pada pesta buku nanti dan seterusnya ..
semoga kebolehan dan bakat kak ain dan kwn2 yg selama ini bekerja keras untuk memajukan ekonomi negara .. semoga kak ain dan kwn2 membawa satu kejayaan yg besar dan amat bermakna ..
tq ! iloveyoursweetsmile
Dah lama saya tak bukak blog Kak Ain yg Pink ini,bukak2 sahaja terus ada perkataan “Pesta Buku”.Pantang saya lihat perkataan ini,rasa nak serbu PWTC tu nanti dan borong buku banyak2 :D.Oh saya harap Kak Ain cepat2 habis menulis.Tak sabar saya ingin membaca 4 buku novel dengan novel comel! :L
Berusaha Kak Ain! 🙂
sonoknyer!!kak ain dg skolah sye!
Hai! Assalamualaikum.. Kak Ain sihat tak?
Kak Ain tak jual kotak warna hitam tu ker sempana Pesta buku PWTC ?
klau Kak Ain jual bagitahu harga dia yer…
Hye! Assalamualaikum… Kak Ain sihat? kalau sihat alhamdulillah….mmmm..kotak warna hitam tu berapa ringgit yer Kak Ain?
ada jual ke kat dewan PWTC sempena pesta buku ?
assalamualaikum ..
alaa .. x dpt g pesta bku coz mggu 2 x b0le balek asrma .. :'(
bile KAK AIN nk dtg sk0la sy ?
SMK SERI BINTANG UTARA ?
plizz la dtg .. 😉
hai akak.. nora ada tengok akak dalam tv aritue.. waaa dh berjaya sangat2 dah sekarang… nak minta kommen cikit boleh??? nora ada wat short story… meh la jenguk..
http://noraamila.blogspot.com/2011/03/short-story-aku-bersyukur-menjadi.html
salam kak ain..
im ur bggest fan!
i love readng ur book so freakng bad
btw, gud luck on ur bg day
i prmise i’ll b thre dring th book fair on 26th of april i guess
coz i’ll be hving my school field trip tht dy
(n tht is im stll alive-insha allah)
pls pray 4 me to get good rsults coz i jst fnshed my 1st term exam
i’ll alwys pray 4 u 2 scces in th world n hre aftr
anothr thng..cn u pls follow my blog? tq!! =)
http://www.ilourvesimpleness.blogspot.com
Assalam kak,
sorilah komen saya ni out of the title tapi sy cume nk ckp jgn lupa lawat sekolah saya tau!!
Sekolah Kebangsaan Seksyen 7.
p/s: harap kak ain sudi lawat sekolah saya yang biasa-biasa je. tak bertaraf tinggi pun…
🙂
Kak Ain boleh ke dtg skolah sya
ramai pembaca novel kak Ain kt sini
Saya harap kak Ain dapat dtg ke sekolah saya 😀