Pesta Buku Antarabangsa, TINGGAL 2 HARI LAGI!
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kak Ain mendoakan semua pembaca dan pengunjung Rumah Pink sihat-sihat ceria di hari Sabtu.
Hari ini baru Kak Ain sempat masukkan entri baru dalam blog. Entri khas mengucapkan terima kasih kepada semua yang datang ke KEDAI PINK AINMAISARAH PWTC. Terima kasih kerana sudi ke PWTC bertemu Kak Ain. Bergambar dan mengambil tandatangan sempena pesta buku yang hanya setahun sekali.
Kedai Kak Ain memang pink dan mudah dicari. Ada papan tanda besar dengan langsir berkelap-kelip.
Memang seperti suasana hari raya Aidilfitri!
Lokasi tahun ini juga mudah. Bukan dalam dewan yang bersimpang-siur dan banyak lorong. Tahun ini Kak Ain berada di ruang legar PWTC. Tidak perlu naik lif. Tidak perlu naik tangga bergerak. Nampak pentas utama, terus bergerak ke hadapan bagi mencari Restoren Riverside (satu-satunya restoren besar dalam PWTC)
Kemudian tolehkan kepala ke kiri. Pasti nampak kedai pink Kak Ain yang bling-bling!
Tinggal dua hari sahaja Kak Ain di sini. Di PWTC dan berkampung di gerai pink. Boleh ambil tandatangan dan beramah mesra.
Boleh bergambar bersama dan posing kemudian masukkan dalam Facebook masing-masing.
Paling penting, boleh dapatkan dua sedutan manuskrip secara PERCUMA! Haaa… Kak Ain memang simpan dua manuskrip ini. Dijangka terbit tahun 2012 tetapi Kak Ain mahu beri kepada pembaca yang membeli buku baru AinMaisarah dan datang ke PWTC. Boleh baca lebih dahulu berbanding orang lain. Eksklusif gitu!
Manuskrip apa yang diberi percuma? Dua tajuknya adalah:
1) Mr. Right Selebriti (kisah Nana The Wannababes yang mencari jodoh hingga terpaksa masuk rancangan realiti TV
2) Zara Damansara – Lebih Hebat Berbanding Sri Bangsar (kisah sekumpulan pelajar Sri Bangsar yang terpaksa belajar di Zara Damansara selama 3 bulan. Sekolah Zara Damansara yang menjadi musuh utama ketika hari sukan!)
Ini pula buku-buku dan pakej yang dijual di Pesta Buku. Hanya esklusif di Kedai Pink AinMaisarah ya! Pakej ini juga terhad. Hanya ada 2000 pakej sahaja dan tinggal dua hari lagi mahu membelinya!
Ada pakerj RM80 (dapat barangan bernilai RM100)
Ada juga pakej RM70 (dapat barangan bernilai RM85)
Memang penjimatan terhebat! Memang tidak dijual di mana-mana yang lain kecuali Kedai Pink AinMaisarah. Jadi jangan ketinggalan. Dua hari sahaja lagi!
Kak Ain harap dapat bertemu ramai lagi pembaca di PWTC. Kak Ain akan berada di gerai dari pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam. Kita jumpa di sana ya!
Salam Sayang,
AinMaisarah
Salam kak ain..nk chat bleh x?sory tau..!kt blog akk jer
nampak best tpi nak buat camane upsr da dekat..
kak ain , saya nak sangat kesemua novel comel and farah dan fahrin tuu . tapi macam mane saya nak dapatkan semua buku tu ?
Kak Ain, tempoh hari masa beli buku-buku baru Kak Ain untuk adik sepupu Latifah, tanpa disedari Latifah juga telah jatuh cinta dengan buku-buku Kak Ain yang selama ni Latifah tak berapa perasan 🙂
Sebenarnya sangat berharap dapat pergi lagi sekali untuk beli satu set untuk diri sendiri, malangnya tidak berkesempatan 🙁
InsyaAllah, panjang umur, leh jumpa lagi tahun depan.
saya dah beli dah semua buku kak ain cuma yang x de aku mahu saiz xl dengan alakudin dan lampu yang tidak ajaib..
Saya pun
kak ain!! pakej tu ade lagi tak?saya nak g beli..insyaallah esk baru saya sempat pegi…please kak ain…ade lagi tak???-alia-
kak ain…sye beli set yg RM80 tuu…pastu sata dapat 2 buah buku Diari Super 3G..lgi 1 bku x de…cmne nk buat ha???
kak ain,saya nak tanya,kak ain ckp buku buku hanya ade di pesta buku bermakana buku terbaru kak ain dah x kan jual ker????:/
assalamualaikum kak ain sy esok kan pergi ke pwtc (ahad),hari terakhir pulak tu hrap2 bku2 msih ade stok..hehehe
kak ain!saya rasa kak ain ingat lagi saya kot.saya pergi ke situ pada hari 23 april yg lalu…
saya tangkap gambar dengan kakak,dan kakak pun tanda tangan buku2 saya,sampai kawan saya pun x percaya yg saya jumpa kakak…
saya paling suka novel comel ‘farah dan fahrin ‘ dan ‘rahsia hati mr lobak-lobak’
BEST SANGAT NOVEL2 KAK AIN!
I HOPE KAK AIN WILL WRITE THE COOLEST NOVEL BOOKS EVER!
Assalamualaikum, Kak Ain 🙂
Hai, tadi sy ada singgah kat Kedai Pink Kak Ain 🙂 Jemput singgah blog untuk tengok gambar kita ya 🙂
http://www.syazanazura.blogspot.com
p/s. Thanks for the autograph ♥
salam =D
kak ain , sye gembira lh jmpe kak ain pda hari t’akhir pesta buku di PWTC =D Tpi sedih x dpt teedybear yg bsr 2 ! it’s oke =D
kak ain x de ke buad contest ?
sye nk sgt masuk 😉 <3
sayangnya tak dapat pergi sebab ada exam, huhu… Kak Ain, nak tanya pasal kak kawen Fasha… kenapa Fiezah tak dapat??? Fiezah dah hantar email bagi alamat Fiezah~
MESTI BACA TAU!!! MESTI! MESTI!!!
alaa.. kak ain.. saya datang PWTC.. tapi saya datang hari yang terakhir, so, saya tidak dapat jumpa Kak Ain..tp xpe.. kak Ain dah pernah datang ke sekolah saya dua kali,, di SKBJ.. ingat x? hahaha..masa Kak Ain tanda tangan tu,, saya dan kawan saya ambil gambar dengan Kak Ain!!! ( DA CERITA LAIN LA PULAK…)HIHIHI.. datang lagi, ya!! (hehehe)
Salam kak ain… ingat saya tak fatin aqilah yany datang dari jauh iaitu dari kelantan.. kak ain kawan kawan saya sedih sebab kak ain tak buat kat kelantan
Kak ain tau tak peminat kak ain dari kelantan ramai sesangat.
Diaorang kata. Juga yang diaorang jeles….. ngan sayA…
Thanks sebab sudi mengambil gambar dengan saya dan tandatangan my novel….
Salam
Mizz qiqi
Salam kak ain ingat saya fatin aqilah yang datang dari kelantan.
Kak ain.kawan kawan saya kata bila kak ain nak buat gerai pink ain maisarah di kelantan.
Kat kelantan ramai pemnat kak ain tau….
Ramai ya.g nak pinjam buku yang say beli kat pwtc tu tau…
Hope you remember me always..m
Thanks sebab sudi take some picture with me And tandtangan buku tu..
Salam
mizz qiqim.
.
salam ain,
tadi makan kt teaman desa depan faber tower ek??knapa sy tgur wat dek je???huhu..im your fan tau…
Salam Tuan Shahrul Nizam,
Saya minta maaf sangat-sangat kerana tidak berhenti apabila ditegur tadi. Saya hanya sempat tersenyum kerana mengejar waktu. Suami sudah masuk dalam kereta dan kami ada mesyuarat seterusnya di KL Sentral.
Saya mohon maaf sekali lagi. InsyaAllah ada rezeki bertemu lagi kerana saya selalu makan tengah hari di situ =)
This comment has been removed by the author.
kak ain.. mcm mana kisah tgku affin ngan ina??? mcm mana tgku tiara terima ina?? novel mr right dah siap ke?? hehe… -yg xtau nk byk tanya n_n
pn. ain
salam ziarah sekali lagi,takda apa la,saje je nk mengusik. tadi nampak lg pn ain n suami beli lauk kat kdai aritu…xsempat nk tgur plak arini..
This comment has been removed by the author.
This comment has been removed by the author.