PERTANDINGAN MENULIS SINOPSIS NOVEL AKU MAHU
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
IDEA MENJADI NOVEL
Ramai rakan Facebook mencadangkan idea kepada AinMaisarah agar dapat dijadikan novel. Oleh itu hari ini AinMaisarah membuka seluas-luasnya peluang untuk para pembaca mencadangkan idea melalui pertandingan menulis sinopsis novel Aku Mahu. Pemenang akan menerima hadiah dan ideanya akan dinilai untuk dijadikan novel.
SINOPSIS AKU MAHU
Apa yang perlu anda buat? Cari idea cerita untuk novel Aku Mahu yang seterusnya. Cadangkan satu tajuk baru dalam siri “Aku Mahu”. Contohya, Aku Mahu Ke Bulan. Kemudian karangkan sinopsis yang menceritakan keseluruhan idea cerita “Aku Mahu Ke Bulan” tersebut dalam 350-450 patah perkataan. Hantarkan kepada editor kami di [email protected] beserta butiran diri. Itu sahaja.
TIP SINOPSIS YANG BAIK
Sinopsis mesti ditulis menggunakan bahasa melayu dan panjangnya mestilah dalam 350-450 patah perkataan. Sinopsis adalah ringkasan cerita kepada sebuah novel. Ia memberikan gambaran penuh keseluruhan cerita yang bakal dijadikan novel. Sinopsis ini menceritakan semua elemen penting, rahsia dan kejutan yang bakal ditulis ke dalam novel. Gunakan bahasa yang mudah difahami. Terangkan idea-idea hebat, keunikan tema, kelainan yang menjadikan cerita anda ini bakal disukai pembaca. Paling penting sinopsis ini mesti mempengaruhi editor supaya menerbitkan novel kita. Opps lupa pula, dalam sinopsis tiada dialog.
WATAK-WATAK
- Watak-watak mestilah pelajar Sekolah Sri Bangsar.
- Boleh menggunakan watak-watak yang telah dicipta oleh AinMaisarah.
- Boleh menggunakan watak-watak lain ciptaan sendiri.
- Tidak boleh mengubah atau mematikan watak yang sedia ada.
PEMILIHAN PEMENANG
Pemenang akan dipilih melalui pengiraan markah oleh juri awam dan juri khas. 40% daripada juri awam iaitu terdiri daripada semua rakan Facebook AinMaisarah. 60% daripada 3 orang juri khas, editor kanan, AinMaisarah dan Pengurus AinMaisarah.
HADIAH PERTANDINGAN
Pemenang pertama : Buku PTS bernilai RM200
Pemenang kedua : Buku PTS bernilai RM100
Pemenang ketiga : Buku PTS bernilai RM50
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Pertandingan ini bolehdisertai oleh semua orang tidak mengira umur, bangsa atau kewarganegaraan. Paling penting, sinopsis ini ditulis di dalam bahasa melayu dan tidak menggunakan perkataan-perkataan singkat seperti bahasa SMS. Contohnya : dgn, spt, sy dan pelbagai perkataan singkat lagi.
RINGKASAN MAKLUMAT PERTANDINGAN
Tarikh tutup : 6 Jun 2011
Tarikh undian : 7 Jun hingga 10 Jun
Tarikh umum pemenang : 12 Jun 2011
Hantarkan sinopsis dalam melalui emel peribadi anda kepada [email protected]
Sertakan juga maklumat peribadi berikut :
- Nama Penuh :
- Alamat Penuh :
- Umur :
- No Telefon :
- Tajuk Novel :
- Sinopsis dibawah ini :
Sila lihat contoh penyertaan di sini : http://www.facebook.com/notes/ainmaisarah-novelis/contoh-penyertaan-pertandingan-sinopsis-aku-mahu/190165047698357
Selamat mencuba! Selamat berusaha! Selamat menulis!
AinMaisarah
Nampak menarik. Tidak sabar saya mahu menjadi pengundi nanti.
=)
Wah, ni memang idea yang paling TERBAIK!! dila suka!!!
Bestnya…saya nak masuk 🙂
yeay!!ada peluang untuk saya buat novel.terima kasih kak ain.
idea menarik…dapat cungkil bakat terpendam~
insyaallah saya cuba join. 🙂
TERBAIK!Bestnya..Sya nk massuk…harp sya menang..!AMINN..
Aku Mahu Mencuba! =D nantikan dari saya ya.. =)
This comment has been removed by the author.
undi kat blog kak ain ni ke? ataupun di facebook?
menarik betul pertandingan ni…
Aku mahu berjaya
kak, saya sudah send yang saya punya. hehehe.. tak tahulah ok ke tak.. tapi, saya memang bercita-cita ingin jadi penulis seperti kak ^^thank kak kerana menghiburkan saya dengan koleksi buku-buku kak yang menarik.
wahh!
beshnya!
nak masuk!
tapi,tengah fikir idea dulu!
:]
nk jugak 🙂
This comment has been removed by the author.
tgok je la…saye ni bkn tau mnulis pon!haha
This comment has been removed by the author.
aku mahu try ! HOHO.. 🙂
Lagi beberapa minit lagi saya mahu send sinopsis saya yang bertajuk Aku Mahu *******
kak ain sye rase tarikh penutup ini terlalu awal.kami berasa sedih kerana tarikh tutup ini terlalu awal
harap kak ain bagi peluang
kak ain kalau cipta watak sendiri boleh ??
Seronoknya!!! Nak masuklah! ^_^
ooo .. mcm best je .. hehe
saya nk sangat masuk pertandingan sinopsis aku mahu…tapi,saya tak tahu bila nak hantar sinopsis tu…
This comment has been removed by the author.
nak masuk! tapi,.. dah tak boleh..
kalau ade lagi… >>insya-allah saya akan masuk!<< ^_^