Entri Pegelap Habuk Blog Bersawang
Apapun Kak Ain ucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang selalu mengunjungi. Malah ramai beri mesej dan e-mel supaya Kak Ain masukkan entri terbaru di sini. Kepada pembaca-pembaca setia AinMaisarah, terima kasih kerana terus menyokong. Anda semua memang….
Sebenarnya catatan di Rumah Pink AinMaisarah ini bersifat perkongsian informasi dengan pembaca. Apa yang Kak Ain mahu kongsikan? Tentulah kisah perkembangan buku yang rancak bergerak. Tentu juga cerita-cerita pengalaman hidup yang tersimpan dengan banyak. Moga-moga ada nilai positif yang boleh dihadam.
Namun pada masa yang sama, Kak Ain perlu dahulukan penulisan dan kerja-kerja melunaskan novel-novel terbaru. Lagi-lagi apabila kini Kak Ain ada tanggungjawab syarikat sendiri. Ada amanah daripada pelabur-pelabur yang pastinya mahu melihat syarikat buku baru BLINK BOOK Sdn. Bhd. berkembang maju dalam industri buku tempatan.
Amanah inilah yang sedang Kak Ain galas dan ia bukan kerja mudah. Jadi Kak Ain harap pembaca Kak Ain faham situasi Kak Ain sekarang. Kak Ain kini bukan lagi hanya menulis novel, Kak Ain ada produksi penerbitan sendiri yang perlu dijaga. Memang mencabar tetapi Kak Ain suka stress positif sebegini kerana dengan itulah kita boleh bergerak maju ke hadapan lagi.
Tetapi syukur pada Tuhan, dalam banyak-banyak percutian, niat Kak Ain mahu menunaikan umrah dipermudahkan. Itu sebabnya Kak Ain sangat gembira kerana dengan izinNya, Kak Ain dapat menunaikan umrah pada hujung bulan Ramadhan. Tahun ini juga Kak Ain tidak beraya di Malaysia, sebaliknya menikmati Syawal di Mekah sana! Memang ia terasa sungguh-sungguh berbeza!
Paling seronok, Kak Ain bukan sahaja pergi dengan suami. Berkesempatan juga membawa emak dan adik Kak Ain! Dan ianya dapat direalisasi dengan menggunakan wang royalti Kak Ain menulis novel. Alhamdulillah, Kak Ain mahu tulis buku rajin-rajin, fikirkan idea hebat-hebat dan kerja kuat-kuat supaya dapat jejakkan kaki lagi ke sini bersama keluarga lagi!
Kak Ain doakan moga pembaca-pembaca dan pengunjung blog ini diberi rezeki oleh Ilahi supaya dapat mengunjungi kiblat kita bersolat 5 kali setiap hari. Dapat melihat rumah suci Allah di muka bumi ini. Dapat memohon sebanyak-banyak rahmat, keberkatan dan keampunan buat diri kita dan keluarga yang disayangi.
InsyaAllah… InsyaAllah! Mari kita tanamkan azam kerja kuat-kuat dan simpan duit dalam tabung banyak-banyak supaya dapat jejakkan kaki ke Mekah! =)
Salam Sayang,
AinMaisarah
Saya pun teringin hendak pergi Makkah !!
wahhh , teringinnya nak pergi mekah :]
wahh kak ain!beruntung lah kak ain dapat jejak kaki ke sana!sye pun teringin skali nak bawak keluarga ke sana suatu hari nanti!kak ain doakan pembaca2 kak ain yg setia ni dapat ke sana jgak ye!kak ain the best!:D
sy pun sama nk gi mekah. beruntung kak ain dpt gi sn…
Saya InsyaAllah pegi thun dpn
This comment has been removed by the author.
Salam..Apa kata Kak Ain buat buku AKU MAHU KE MAKKAH!Kak Ain ceritalah berdasarkan pengalaman kak Ain.
Assalamualaikum Kak Ain, seronokkan pergi umrah. Saya pun ada cita-cita untuk pergi menunaikan ibadah haji dan umrah. Kak Ain doakan saya ya?
saya dah pernah pergi Makkah ! Best sangat! teringin nak ke sana lagi 🙂
Alhamdulillah, ramai mahu menunaikan umrah. Kak Ain doakan Allah izinkan dan permudahkan semua hamba-hambaNya ke sana. Amin!
🙂