Perkembangan Penulisan AinMaisarah
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Doa Kak Ain semoga semua pengunjung blog ini berada dalam kesejahteraan dan keceriaan.
Oh! Pejam-celik-pejam-celik, kita sudah berada dalam bulan November. Ish! Dua bulan sahaja lagi, tahun 2011 bakal menutup tirainya. Kak Ain sendiri merasakan tahun ini cepat benar berlalu pergi. Rasa sedih, tahun ini tahun terakhir Kak Ain berumur 20-an. Tahun hadapan sudah 30-an. Uhuk-uhuk-uhuk!
Nampaknya mulai sekarang perlu pakai krim anti kedut, pil jangan bongkok dan syampu nyah-uban!
Namun sebenarnya Kak Ain tidak risauÂ
Banyak lagi yang mahu dilakukan dan Kak Ain harap segala urusan dipermudahkan.
Bagi yang tertanya-tanya, apa perkembangan baru Kak Ain (bukan perkembangan saiz badan, tetapi perkembangan kareer penulisan) … entri blog kali ini Kak Ain cuba rumuskan supaya pembaca AinMaisarah mengetahui setiap apa yang Kak Ain lakukan:
1) Menulis siri baru di Berita Harian: Mr. Right Selebriti
Inilah
Kak Ain,bila siri mr right yg lain akan keluar?sy teringin sangat nk baca