Perjumpaan Tahunan Pembaca AinMaisarah di Titiwangsa, 26-28 November 2011.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat berhujung minggu dan selamat bercuti sekolah!
Wah! Kak Ain tumpang gembira mendengar cuti sekolah sudah bermula. ENAM MINGGU BERCUTI? Oh, seronoknya!
Apa pengisian cuti sekolah ini? Selain ikut ibubapa pergi kenduri kahwin, duduk rumah menonton TV dan main basikal Fixi… Kak Ain mahu cadangkan satu aktiviti hebat yang mesti dihadiri dan tidak boleh ketinggalan disertai.
Aktivitinya adalah PERJUMPAAN TAHUNAN PEMBACA AINMAISARAH DI TITIWANGSA!
Ini aktiviti yang julung-julung kali diadakan. Ianya berkonsepkan perjumpaan pembaca remaja yang santai. Kak Ain adakan selama tiga hari di sebuah banglo di Titiwangsa. Inilah gambar banglo tersebut:
Di banglo ini, Kak Ain akan transformasikan menjadi banglo pink AinMaisarah. Kak Ain akan hias menjadi rumah paling pink dan rumah paling gedik di seluruh Malaysia! Hehehe… Kak Ain juga sudah pilih tema kali ini iaitu segala hiasannya adalah polka dot pink! Bagi membuat persiapan, bermacam jenis barangan polka dot sudah Kak Ain kumpulkan. Ini antaranya:
Alas meja, saji makanan, karpet, pembalut hadiah, langsir, beg… waaa… memang semuanya comel-comel belaka!
Selain mentrasformasi banglo itu menjadi tempat perjumpaan yang cantik, bilik-bilik di banglo itu juga akan dipenuhi dengan segala macam aktiviti menarik! Ada 10 bilik di banglo itu. Ada 10 perkara hebat yang boleh dilakukan bagi mengisi masa cuti sekolah.
Kita ada spa facial muka khas buat remaja. Ada fotoshot yang diambil oleh fotografer profesional. Ada make over dari jurusolek yang berpengalaman. Ada bilik fesyen dan dandanan. Ada rawatan kuku manicure dan hiasan inai bunga ros. Oh! Segala-galanya tentang kecantikan remaja, ada di bawah satu bumbung! Ini memang seperti ‘ a girl’s day to pamper yourself!’
Selain aktiviti di atas, paling penting sekali apabila mengumpulkan pembaca buku AinMaisarah… pastilah ada pameran buku di sana. Selain membawa 1000 judul-judul terbaik penerbitan PTS… Kak Ain juga bakal mengeluarkan 3 buku baru ketika itu. Pasti ada pakej menarik yang hanya boleh didapati apabila membeli terus daripada AinMaisarah.
Paling hebat, tentulah pelancaran novel Jutawan Gedik! Waktu itu kita ada kek besar Jutawan Gedik, ada penyampaian hadiah-hadiah hebat seperti barang kemas Habib Jewels, buku-buku PTS dan wangian berjenama. Memang lumayan dan jangan ketinggalan hadir ya!
Di sini Kak Ain letakkan informasi majlis. SEMUA DIJEMPUT HADIR.
Lokasi:
Banglo Pink AinMaisarah, No. 12, Banglo Ukhwah, Titiwangsa
Masa: 9.00 pagi hingga 9.00 malam
Tarikh: 26 November – 28 November 2011 (Sabtu, Ahad dan Isnin)
Datang beramai-ramai ya! Jumpa Kak AinMaisarah yang berkampung di sini!
Salam Sayang,
AinMaisarah
|
Yeah..saya boleh pegi..Kak Ain harga passport tu berapa?
wow… terbaik la kak ain.. mesti ramai yg dtg kan..
InsyaAllah
Insya-allah saya akn dtg. ada kene bayaran ke aktiviti ni ?
InsyAllah Kak AIn! Saya akan hadir! Terigin nak hadiah! Hehehe..=) Anyway,You’re the best!
Kak AIN TT.TT
Waaa Almas nak pergi sgt2 but time tuh balik kampung..Alaaa Ruginyeee 🙁
-AlmasNazihah-
WHOA I really wanted to go there!!!! Terbaik ah Kak Ain 😀 keep it up! xo
Teringin nak pi. Tapi entah boleh pergi ke tak hehe
untuk lelaki apa aktiviti yg ada
nk g…bestnye..
saya dok kedah!!!! huhuhu….x leh pi lah….buku tuh ada jual di kedai buku x????
Wow! Kak Ain mmg the best! Suke2!
Nak pergi lah hehehe
Mesti best kan k.ain. nak pergi lah kalau macam tu 😀
Insyaallah, saya akan datang…
Apabila melihat tawaran Kak Ain,
ingin juga melonjak bukan main,
rasa hendak menukar jenis baju dan kain,
tapi perkara realiti berfikiran lain.
Saya hendak pergi (ToT) tapi parents mesti tak kasi punya pasal jauh…
Jeleslah dengan orang KL (<_<) Tak pepasal wayar otak sudah rosak bukan main. Sori ye kalau komen panjang sangat. Hati menggelegak haha
Salam, kak Ain, kalau saya photostat keratan tu dan bawa bersama ke majlis tu boleh tak? 😀
wow ….
msti best … 🙂
tpi mse 2 sye blik kmpong ada kenduri … T_T ..
x pe la. . . nk wt cane..
nnt wt lagi yea …
you’re da best !! ^_^
Assalamualikum..saya berasa teruja akan pengumuman tersebut..saya tidak pernah berjumpa dengan Kak Ain…Insya Allah kali ini saya ingin berjumpa Kak Ain yang comel..
w0w . saya rase sngt gembira mase membace aktiviti yg sudah k.ain buat . tp syg saya tak mempnyai keratan itu pon . klau ada saya pasti akn pergi . 🙁
first time tgk ain dlm tv alhijrah tadi… cuma kat pakai cincin jari telunjuk tu je… blh ke? bukanke menyerupai kaum kafir …2 jari yg tak leh pakai ibu jari dan telunjuk… -> saya budak baru belajar<-
kak ain,tumpang tanya.
bila kak ain tulis buku tak bisa memilihmu tu,kak ain guna karakter sixth sense.
sebelum tu,kak ain ada ke mintak izin diorang utk guna nama diorang sbg karakter?
mintak tlg sgt 🙂
huk3…bestnyer…lepas sudah…nak novel jutawan gedik+mr right…
napew x buat kat JB,kak ain???
jawab ya,kak ain yg comel.please saya nk bli buku jutawan gedik,bapa hinggit ek kira kira???
nk pergi sangat sangat . tapi tak tanyer parents lagy . Hope parents bagi pergi . bleh jempe kak ain . kan kan