ANGAU MINYAK WANGI
Kak Ain ada satu penyakit, penyakit yang amat sukar untuk diubati. Pergi doktor pun doktor tak boleh buat apa. Jumpa tok bomoh, tok bomoh geleng kepala. Cuba tok dukun, masih tak selesai masalahnya.
Apa penyakit Kak Ain?
PENYAKIT ANGAU MINYAK WANGI!
Penyakit yang amat kronik kerana ianya dengan serta merta akan menjejaskan poket dan beg duit penghidapnya. Kak Ain selalu cuba menahan diri, tetapi berkali-kali juga gagal. Contohnya, hari ini penyakit saya datang lagi. Hari ini duit Kak Ain habis lagi. Kali ini kerana minyak wangi ESCADA ISLAND KISS.
Gambar diatas adalah bendaalah sebenar yang telah menghanguskan poket Kak Ain untuk hari ini.
Walhal, otak Kak Ain yang masih berfungsi ini amat arif bahawa di rumah, minyak wangi ESCADA SENTIMENT baru luak 3cm.
Incanto Salvatore Ferragamo ada lagi berbaki setgh botol.
Ralph Lauren Romance pula? Berusia dua tahun, rasanya masih ada dalam 50 titik.
Itu belum lagi mengambil kira botol-botol kosong KENZO FLOWER, GUCCI ENVY ME dan MOONFLOWER BODYSHOP.
Tolonglah…siapa ada penawarnya??? Sebelum semua duit royalti buku dan fonovela MAXIS AinMaisarah digunakan untuk memenuhi keinginan yang satu ini!! 🙁
Salam Angau,
AinMaisarah