Minggu Sibuk AinMaisarah
Salam buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah,
Semoga semuanya sihat sejahtera di hujung-hujung cuti sekolah ini. Hari ini Kak Ain ada menerima beberapa e-mel pembaca. E-mel itu meminta Kak Ain memasukkan entri baru. Maklumlah, cuti sekolah ini ramai yang duduk depan komputer 24 jam tanpa henti. Jadi apabila sudah sehari Kak Ain tidak memasukkan entri baru, keluh-kesah itu mula berhimpun dalam kotak e-mel.
Kak Ain berharap para pengunjung memahami beban kerja Kak Ain. Apalagi Kak Ain sekarang sedang berhutang manuskrip dengan editor PTS One yang bernama Kak Anne (yang sangat comel). Kak Ain juga berhutang kerja dengan editor PTS SYOK! iaitu Kak Lia (yang sangat anggun) bagi memeriksa semula isi kandungan IMPIANA dan TAK BISA MEMILIHMU yang akan memasuki proses ulang cetak minggu hadapan.
Kak Ain juga sebenarnya mahu memasukkan video pemenang AKU MAHU BANTAL PINK bagi bulan Mei 2008. Ini kerana, sudah ada pemenang yang dipilih melalui cabutan bertuah gaya balingan ke udara itu. Tetapi seperti biasa, kekangan masa sangat tidak mengizinkan. Jadi, InsyaAllah malam ini Kak Ain akan umumkan nama pemenangnya. Video pula akan menyusul secepat mungkin.
Kak Ain harapkan semua pengunjung Rumah Pink memahami situasi super sibuk AinMaisarah minggu ini. Doakan segala kerja Kak Ain dapat diselesaikan secepat mungkin.
Bercerita tentang timbunan kerja, Kak Ain harapkan kerja sekolah dan tugasan yang dibekalkan oleh guru-guru sudah berjaya dilangsaikan oleh adik-adik semua. Jangan hutang-hutang ya!
Siapa sudah siap kerja sekolah? Angkat tangan!
Siapa yang masih menangguh kerja? Angkat kaki!
Kak Ain nak buat bancian, berapa ramai yang akan angkat tangan dan kaki di bahagian komen entri ini.
Jumpa lagi malam ini, InsyaAllah.
Salam Sayang,
AinMaisarah
hi…
saya……..trepaksa angkat kaki kerana masih tak dapat siapkan tugasan cuti sekolah lagi. tapi sebahagian besar sudah di buat pada hari-hari yang lepas.
kak ain,
saya ingin memberitau sesuatu yang penting di sini berhubung perkara ‘ain maisarah penyamar’ tu. saya sudah membaca massage board kak ain yang bertarikh 4/6/08 di mana ‘ain maisarah penyamar’ membuat suatu pengumuman. di bawah mesej tu tertera nama saya ‘nurul’ yang menulis mesej yang sama. di sini, saya ingin memberitahu kak ain bahawa bukan saya yang menulis mesej tersebut. saya tak tahu apa tujuan penulis tu menulis pengumuman sebegitu dan menggunakan nama ‘nurul’. Mungkin penulis tersebut kebetulan mempunyai nama ‘nurul’ seperti saya atau sengaja ingin memburuk-burukkan saya. di sini saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang terasa dan terpaksa menyusahkan kak ain. Tapi percayalah saya tidak menipu. Sememangnya allah maha melihat dan mengetahui akan sesuatu yang dilakukan oleh hamba-Nya.
Wasalam.
Cak! hahah..mesti KAK aiN TAK TERKEJUT.
MACAM MANA NAK ANGKAT KAKI ?bukannya saya malas,tapi tak perasana da lagi satu yg tercicir.hehehe…
kalau saya tak siap lagi,Kak Ain nak bagi apa ek?Bagitahu cikgu ke?
Saya buat kerja sambil dgr lagu kat komputer ni.(tengah sedih sebab soalan Matematik ni tak dapat jawab.)
Kak Ain..dengan suara manja maca Alvin and the chipmunk.
Meh tolong ajar saya buat kerja ni sekali.
Salam Nurul,
Statistik bancian:
ANGKAT TANGAN = 0
ANGKAT KAKI = 1
Jangan risau, Nurul. Kak Ain tahu siapa Nurul Yonna Yonni. Kak Ain sudah ada gambar Nurul dan Kak Ain percaya Nurul tidak akan membuat perkara sebegini.
Kak Ain sendiri sedang dalam usaha mencari jalan mengelak penyamar ini terus berleluasa. Pada mulanya, mesej-mesej yang diberikan penyamar bersifat umum. Jadi Kak Ain tak ambil kira dan buat tak tahu sahaja. Tetapi apabila mesejnya jadi mengelirukan dan mengumumkan semula acara di MPH, Alamanda yang sudah lama berlalu…. maka Kak Ain perlu menegurnya.
Nanti Kak Ain suruh Cik Abang yang bijak IT supaya menjejaki penyamar tu. Heheh =D
Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Nurul, siapkan kerja sekolah yang berbaki itu! Chaiyok-chaiyok!
salam k.ain
ye!ye!nmpk nyer kite x angkat ape2 pun!!
sebab kite x der keje skola!!macam mane yang lain bole ade keje skola??bukan ker exam??
owh..may be lain hari kot..wah!!hepi giler!!hehehe..
kepada nurul:don’t worry..kite caya pada nurul..
Salam Izzati,
Macam dah terngiang-ngiang pada telinga Kak Ain suara ala-ala chipmunk tu =D Kak Ain tersangatlah kasihan dengan Izzati… tetapi malangnya tangan dan kaki Kak Ain dah terikat. Kerja sendiri pun tak siap. Nanti Kak Ain tolong Izzati siapkan kerja matematik, mesti editor-editor PTS akan mengejar Kak Ain dengan lajunya suruh bayar hutang-hutang kerja menulis pula.
Dear Aini,
Amboi! Bertuahnya badan. Tak ada kerja sekolah ya! Mesti senang hati dan bergumbira dengan hebatnya! Walau tak ada kerja sekolah, harapnya Aini jangan lupa ulangkaji juga pelajaran ye. Selamat bersuka ria selama dua hari lagi. Tapi pastikan, be a good girl!
Statistik bancian:
ANGKAT TANGAN = 0
ANGKAT KAKI = 2
TAK ANGKAT APA-APA = 1
Salam Sayang,
AinMaisarah
Salam Kak Ain !!!
Di sini…saya mengaku saya mengangkat kedua-dua belah kaki saya….
Banyak kerja sekolah saya tak sap lagi….
Kalau saya senaraikan,mesty semua yg tngk terus pengsan [macam ye-ye la sngt saya ni]
Ok laa Kak Ain,semoga berjaya melanhsaikan hutang Kak Ain [saya punya hutang pun banyak lagi]
Salam bnyk kerja sekolah
nURuLbALqIS
salam kak ain…. saye kena angkat kaki juga lah….kerana tidak dapat menyiapkan kerja sekolah..sains kerana ia nye..susah sikit…saye faham kak ain sibuk jadi kak ain teruskan kerja.Chaiyok juga pada kak ain….wassaallammm.
for nurul:saye sudah lame percaye awak lame…saye tahu awak jujur…
salam kak ain…
yang anoynymous tuu saye tersilap tekan…hehehe
salam kak ain…. saye kena angkat kaki juga lah….kerana tidak dapat menyiapkan kerja sekolah..sains kerana ia nye..susah sikit…saye faham kak ain sibuk jadi kak ain teruskan kerja.Chaiyok juga pada kak ain….wassaallammm.
for nurul:saye sudah lame percaye awak lame…saye tahu awak jujur…
salam Kak Ain..
macam yang dalam emel saya kata, bila saya tidak berkunjung ke sini pasti ada entri terbaru dan saya lambat!sedhnya…harap Kak Ain balas komen saya ya? saya sedang angkat tangan sebab saya tiada kerja rumah yang dibekalkan oleh guru pada cuti ini. enjoy la memanjang. Kak Ain..sibuk ya? boleh tolong buatkan kerja?heheheh sebab saya tengah boring
lagi satu kak ain..
malam ni pukul berapa kak ain masukkan entri baru? jgn lambat2 ya sebab saya nak tido..hheheheh. saya teringin sangat nak jadi orang pertama yang berikan komen.
kak ain,saya pun terpaksa lar angkat kaki sebab saya pun tak siap lg homework…punya lar banyak…ber sy mengadu dkt kwn2,dorang ckp,as usual,this is called smsd school holidays situation…nak sgt skola kat skola menengah sri bangsar..btw,the wannababes dah siap homework ke belum agaknya…
ye!ye!Nampaknya sayalah orang pertama yang angkat tangan.Sedih jugak ah.. terpaksa tahan diri untuk berkunjung ke rumah pink kaka ain.Tapi akhirnye saya berjaya menyiapkan homework.HA..HA..HA..aLAMak ketawa terlebihlah(macam tagline Stacy lak)
From Zafirah.
Saya kena angakat kaki sbb banyak kerja sekolah saya yg masih tak siap.Kerha sekolah yang paling banyak ialah KARANGAN. Bila karangan cerita terutama yang tindakan,saya lebih banyak buat cerita berbanding tindakan walaupun saya rasa OK.Tapi sbb terpesong saya rasa putus asa sbb idea terbantut.
Pembetulan:
Kerha = kerja.
Sorry.
-zafirah-
salam kak ain..
fatin angkat kaki..
hehehehe
bukannya fatin sengaja..
tapi fatin skrang amat sibuk dgn model rumah panjang yang perlu disiapkan dan dihantar hari isnin nanti..
fatin pun selalunya online malam sebab mmg x de masa nak bukak computer..
HaiHai !!!
Hip hip hooooooo … dh siap kerja rumah!!
Dah Siap kerja rumah sebelum cuti lagi ..
wahahaha !! padahal xdew keja rumah ..
kan bru lps exam … hihihi …
*jgn marah
sooo kiranya … alya tergolong dalam tak angkat apa2 … peace!
salam takda kerja rumah,
alya the lipas
Salam kak ain… emm, sy pon rase nk angkat kaki la… eee, malunya… tp apa nk buat kan… sebelom cuti cikgu bg keje bertimbun-timbun…. paling pening, kena buat folio… tp sy hanya tinggal suku je lagi so, x de la nk risau sgt.. hehehe… sy try siap kan mlm neyh, kalu x, kantoi sy…
salam drpd peminat,
salam kak ain…
fazlin angkat kedua-dua belah kaki fazlin…
huhuhhuh… kerja skolah tu mmg x siap lagi…
malass….
bosan sbb cuti pon kena menghadap buku gak…
tp, insyAllah fazlin akan siapkannya secepat yang mungkin seperti roket…
janji…
Salam kak ain,
Dayah tgh angkat tangan ni…hehe.Kak ain sibuk ye???x pe dayah faham….huhuhu:D Kak ain dah tanye cik abg ke??die kenal tak ayah dayah???? Dr. Roslan huhuu…..okielah kak ain semoga kerja kak ain dpt siap secepat yang mungkin…
wasalam,
dayah
P/s:kak ain klau free datanglah ke blog dayah yek!!!:):)
Salam kak Ain,
Kesian kak Ain ya terpaksa siapkan manuskrip2 tu..Saya kena angkat tgn sebab saya dah siapkan kerja sekolah..
Kak Ain x nak kasi gula2 ke kat saya yg dah siapkan kerja sekolah??Gurau je..
salam k.ain
i-allah kite akn jd good girl..bkn setakat good,tapi best!wah..doakan yer..hehehe..
harap gembira cuti dua hari lg??jgn harap lar..sedih ade la coz dh abeh cuti.hahaha..x puas la cuti.x der gi mane2 pun.nasib bek esok balik umah nenek.
akk doakn la isnin nanti skola kite cuti.bole sambung cuti..hehehe..(ngada2 plak)
ok la..harap akk melunaskan segera hutang2 tu..jgn sampai kena potong tgn plak..(mcm org yg berhutang dgn along tu..)hehe..
betul tu aini..
kalau boleh kerajaan bglah kita cuti setahun kan???
relakskan minda…
huhu
Erk? Homework?…ade ape dgn homework…
Kalau criter pasal homework… 100% Farah kena angkat kaki seyh….Sepanjang 2 minggu cuti nih,sibuk cari bahan rujukan utk folio Biology…huahhghhh…homework physic langsg x buat… haiyor…ape nk jadi??
Ape2 pon, esok Farah dh kena balik asrama..bosannye~~ korang2 sume nih study hard taw..bukak semester baru dgn azam baru..hehe..eceyh~ poyo lar plak.. okehlah..tata..
http://www.azaliya.co.nr
assalamualaikum.
Salam Kak Ain,
Sara terpaksa angkat kaki sebab kerja sekolah Sara belum siap lagi.
Bukannya malas, tapi adalah kerja rumah matematik ni. cikgu salin dekat whiteboard masa kami sedang menjawab exam. so sara fikir kejap lagi ler salin dalam buku nota ( kan tengah exam ) .. lepastu bila sara nak salin, diorang dah padam kerja rumah yang cikgu tulis di papan putih ( bukan hitam. heheh =) )
Sara tiap-tiap hari minta kat kawan sara, tapi dia asyik terlupa jer nak bagi.Kawan sara yang lain pun sibuk-sibuk telefon sara nak tanya kerja rumah matematik. tapi sara pun tak tau..
alamak, panjangnya celoteh sara. heheh
p/s : lagi-lagi sara kena buat ramalan kaji cuaca dekat taman shamelin ( menyusahkan betul.heheh).kena cari biodata kaum kerabat keluarga sara lagi. sekolah kat mana pun kena cari.