NOVEL COMEL ~ RAHSIA LINDA
Assalamualaikum adik-adik,
Hari ini Kak Ain senang hati dan terlebih rajin. Kak Ain nak kongsi satu lagi NOVEL COMEL yang dah siap. Tajuknya RAHSIA LINDA. Eh? Linda mana pulak ni? Bukan Linda Onn Radio Era ye? Tapi ini kisah tentang Linda The Wannababes.
Ini rupa NOVEL COMEL ~ RAHSIA LINDA. Kak Ain berikan secara PERCUMA kepada adik-adik yang membeli buku IMPIANA terus dari Kak Ain.
Kak Ain juga baik hati nak kongsi sikit kisah Linda ni.
NOVEL COMEL
~RAHSIA LINDA~
Sesi persekolah bermula lagi!
Isnin itu ramai yang menguap-nguap. Wajah seorang-seorang pelajar Sekolah Menengah Sri Bangsar monyok macam cekodok basi. Tak bermaya langsung! Inilah penangan cuti pertengahan penggal selama tiga minggu. Tiga minggu boleh bangun lambat sesuka hati. Tiga minggu dapat menonton TV pada kekerapan sepenuh masa. Tiga minggu juga dapat merewang ke sana-sini sampai tak cukup jalan. Sesungguhnya tiga minggu itu memang penuh keseronokan!
Tapi pagi itu pagi Isnin dan bermulalah semula penggal persekolahan. Setelah lama diberi cuti tanpa belajar, kini para pelajar perlu ke sekolah semula. Lebih terasa terseksa bilamana perlu menatap kembali jambul terlebih kembang cikgu disiplin Sekolah Menengah Sri Bangsar iaitu Cikgu Amnah. Terpaksa juga menelaah kembali buku-buku teks setinggi KLCC. Minda juga kembali terdera menghadapi kelas-kelas matematik Cikgu Haizi yang garang dan boleh meletup bila-bila masa sahaja…. macam belerang!
Dalam lautan wajah-wajah monyok itu, terselit juga ketawa riang ria. Siapa lagi jika bukan ketawa gedik terlebih dos ahli-ahli The Wannababes! Tujuh sekawan itu seronok benar berkongsi cerita. Tiga minggu berjauhan, sudah terlalu banyak perkembangan gosip yang ketinggalan. Masing-masing teruja mahu bercerita tentang percutian mereka.
“Fasha, awak pergi bercuti ke mana kali ni?” Shasha dengan penuh hormat memberi laluan kepada ketua The Wannababes iaitu Fasharina bt Tan Sri Hisham membuka cerita.
“This holiday I went to Europe. Tengoklah apa yang saya beli di London.” Fasha dengan penuh gaya mengeluarkan beg duit baru. Tersenyum riang menayang-nayangkan kehebatannya.
“Wow! Ini beg Louis Vuitton!” Shasha orang pertama yang menyambar beg itu. Gelojoh betul dia mahu melihat sendiri beg jenama terkenal seluruh dunia itu.
“Hati-hati pegang beg saya. Jangan sampai rosak. Harganya sahaja 400 Pound.” Fasha mengerling bimbang. Sempat juga dia memberi peringatan takut-takut beg mahal itu rosak apabila direbut-rebut oleh kawan-kawan rapatnya.
“400 Pound? Mmh…tukar matawang Malaysia berapa harganya?” Linda sedikit malu mahu bertanya. Risau juga jika ada yang menuduhnya tidak ikut perkembangan semasa. Nilai pertukaran mata wang dunia pun tak tahu!
“Tukar mata wang Malaysia, darabkan tujuh.” Fasha dengan wajah berlagak memberitahu.
“400 Pound didarab dengan tujuh. Wah! Harganya RM2800. Mahalnya beg ni!” Diana melopong terkejut.
“Mestilah mahal. It’s a special edition.” Dengan megah Fasha mewar-warkan kepada semua. Senyumannya angkuh yang amat. Hidung mancungnya kembang-kembang kuncup kerana terlalu bangga.
Enam lagi ahli The Wannababes ternganga besar. Beg duit sekecil itu mampu mencapai harga RM2800. Mahal betul! Jika dilihat, reka bentuk beg itu biasa-biasa saja. Taklah menarik sangat. Namun kerana jenama yang tertera pada label adalah jenama eksklusif Louis Vuitton yang terkenal gah seluruh dunia, maka harganya jadi mahal melambung, hingga tak logik langsung!
Hebat betul Fasha bila dia mampu membeli beg berjenama terkenal yang hanya dipakai oleh para selebriti dan mereka-mereka yang bertaraf VIP seperti Dato’ Siti Nurhaliza. Tidak bersesuaian langsung dengan taraf seorang pelajar tingkatan 5!
“Saya baru nak tunjuk beg duit yang saya beli di Singapura. Nampaknya saya kalah dengan awak.” Wajah Sazzy menunjukkan riak sedikit kecewa.
“Beg jenis apa yang awak beli?” Fazura laju ingin tahu.
Sazzy lambat-lambat mengeluarkan beg duit dari poket bajunya pula. Beg duit Sazzy berjenama ESPRIT, jenama yang makin diminati ramai semenjak pelancaran koleksi terbaru gaya bohemian chic.
“Cantik juga beg awak ni. Pandai awak pilih.”
Fasha membelek-belek beg Sazzy. Beg itu bersaiz sedikit besar, tetapi nampak sangat trendi kerana logo huruf E yang membawa maksud ESPRIT itu ditatahkan kemas dengan batu-batu permata berlian berwarna biru firus. Kelihatan amat stylo sekali!
“Tapi taklah sehebat beg Louis Vuitton ni. Beg ini entah-entah sama dengan beg yang Dato’ Siti Nurhaliza pakai!” Wajah Sazzy kembali bertukar ceria. Seronok bila Fasha yang memiliki citarasa tinggi itu sudi juga memuji beg GUESS miliknya.
“Yalah. Dato’ Siti Nurhaliza peminat jenama LV. Pergi mana-mana, LV juga yang dibimbitnya.” Linda yang kuat menghafal gosip artis cepat-cepat memberitahu.
“Siapa lagi yang ada beg atau benda-benda baru nak ditunjuk-tunjuk?” Nana dengan wajah penyibuk ingin benar tahu apa lagi barang-barang terbaru yang mampu digayakan ahli The Wannababes yang lain.
“Tengoklah jam baru saya!”
Diana laju menghulur jam barunya bagi tontonan umum. Berebut-rebut rakan-rakan lain memeriksa jam tangan terbaru Diana yang berbentuk unik seakan gelang itu. Jam tersebut berjenama ESPRIT.
“Saya pula beli cincin baru. Jenama TOUS.” Nana tersenyum bangga sambil mempamerkan jarinya yang tersarung cincin moden berbentuk beruang. Setelah mengerumuni jam tangan Diana, ahli-ahli The Wannababes bertukar arah mengerumuni jari Nana pula.
“Diana beli jam baru. Nana pula beli cincin baru. Awak pula beli apa, Linda?” Fasha mengalihkan pandangan ke arah salah seorang ahli The Wannababes iaitu Siti NurLinda bt Ratfar. Wajahnya manis seiras pelakon terkenal Linda Rafar!
Linda senyap seketika. Matanya memandang ke arah enam ahli The Wannababes yang sedang merenungnya.
“Mmh…. saya beli stoking baru. Jenama NIKE!” Linda menyelak sedikit kain biru uniform sekolah demi mempamerkan stoking barunya.
Semua ahili The Wannababes tergelak besar! Punyalah nak menunjuk, sampai stoking pun dipamerkan-pamerkan pada semua!
Itulah sedikit sedutan sebanyak tiga mukasurat cerita RAHSIA LINDA. Apa agaknya rahsia besar yang disimpan oleh Linda? Dapatkan NOVEL COMEL ini secara PERCUMA apabila adik-adik membeli novel terbaru Kak Ain bertajuk IMPIANA terus daripada Kak Ain. Cepat-cepat-cepat! Sebelum kehabisan!
Salam sayang,
AinMaisarah
kak ain..ermm buku novelcomel rahsia linda 2…mmg kak ain x jual ker??saya nak la buku 2 tp saya da beli buku impiana 2…
hi kak ain…view lerr blog sy yg blom habis siap…hehe…
buka ‘www.bajieylah.blogspot.com’ okey
kak ain.. saya memang meminati buku keluaran kak ain.. saya sudah membaca semua karya kak ain. baru smlm saya m’beli buku keluaran kak ain yang t’baru IMPIANA. saya tidak sabar hendak membaca karya kak ain yang seterusnya…
Bajielah,
KakAin dah pegi ke blog.. golap dunia KakAin… begitu misteriii..
Yin,
Dah abis baca buku Impiana? Kalau dah habis baca memang kena beli buku Aku Mahu Buli… menceritakan sejarah MimiMonira… tunggguuuuuu
ws
AinMaisarah
HELO…I REALLY LOVE ALL YOUR BOOKS….YG PALING BEST SEKALI ”AKU MAHU SAIZ ‘S’….SYOK GILE..ANYWAY,ADD ME AT ”[email protected] (FRIENDSTER)”
kak ain..kenapa gambar buku impiana lain daripada buku impiana yang saye beli?(cover buku impiana tu)
kak ain punye novel semua nye best giler!!!!!!!!!!