AKU MAHU SELAMATKAN KURA-KURA
Assalamualaikum kepada semua adik-adik. Semoga berada di dalam keadaan sihat di samping kasut sekolah yang belum di cat putih. Siapa yang belum ada kasut sekolah, sila-silalah berkunjung ke kedai berhampiran, jangan tunggu last minute.
Yesterday I went to the Zoo, checking monkey and also kangaroo, but so terkejut I found you.
Ahhh… itulah sebahagian pantun empat kerat daripada KakAin, yang lagi sekerat tu KakAin lupa, adik-adik boleh sambungkan.
KakAin memang dah lama teringin nak masuk Zoo Negara. Zoo di JB sebelah masjid depan Pantai Lido tu memang dah banyak kali KakAin pergi. Binatang di situ semua memang dah kenal dengan KakAin.
Buat iLa, KakAin pergi kali ni dengan CikAbang, adik KakAin dan juga Mak KakAin. Lebih kurang macam dating jugalah.
MasyaAllah, ramai sungguh orang pergi tengok binatang hari tu. Sampai binatang pun takut! Berasak-asak, dari jam 10pagi. Entah-entah ada yang camping di depan kaunter tiket sebab nak jadi orang pertama melihat singa gosok gigi pagi-pagi.
KakAin naik keretapi dahulu, buat satu pusingan sambil melihat keadaan di sekitar Zoo. Manalah tahu kalau ada binatang terlepas, selamat sikit atas keretapi. Keretapi beroda di Zoo negara ni macam nak runtuh, senget sana sini, tak macam keretapi di Zoo Singapura.
Selesai satu pusingan lebih kurang 15 minit, kami turun di tempat kami naik dan memulakan penjelajahan dengan berjalan kaki. Tempat tuju yang pertama adalah kandang siamang. Ala comel siamang ni, tutup muka tertunduk malu. Tahu tak sebab apa?
Sebab tak pakai seluar dalam kot?!
Di hujung sana, KakAin nampak ramai orang berkerumun memberi makan rusa. KakAin beli satu bungkus lobak merah. Seronok betul dapat bagi makan rusa-rusa yang comel tapi hidung berhingus.
Lain kali sebelum datang zoo, bukalah peti ais di rumah tu. Lihat-lihat sayur-sayur yang mak tak pakai, bolehlah bawa ke zoo. Jangan bawa cili merah pula!
Next stop, kura-kura gergasi. KakAin main acah-acah dan cak-cak dengan kura-kura ni tapi sikit pun tak beri respons. KakAin berikan nama Tinto and Tanter. Muka sedih sangat, asyik tunduk je, berteleku macam orang ada masalah besar. KakAin rasa memang Tinto and Tanter tengah murung. Kura-kura gergasi ini boleh hidup selama 150 tahun. Entah-entah dia dah hidup 100 tahun di dalam kandang Zoo ni yang hanya seluas tempat parking bas. Bayangkan 100 tahun tak pergi ke mana-mana.
Selepas beredar dari kandang kura-kura, KakAin rasa sedih sangat. Apalah salahnya setahun sekali pihak Zoo bawa kura-kura tu bercuti? Lepaskan di kebun-kebun sayur di Cameron Highland tu. Seminggu pun cukuplah. Sekurang-kurangnya, Tinto and Tanter ada benda yang boleh di sembangkan dalam kandang dengan kura-kura lain.
Kalaulah Kak Ain ada duit, Kak Ain teringin nak lepaskan Tinto dan Tanter. Biar mereka juga rasa hidup bebas di dalam hutan. Adik-adik pula nak lepaskan binatang apa?? Jangan nak lepaskan harimau dan singa sudahlah!
Panjang pula entri Kak Ain kali ni. Mungkin teruja sebab dapat juga melawat Zoo Negara yang beratus ribu kali ajak Cik Abang tapi dia tak mahu pergi. Adik-adik sudah pergi ke Zoo Negara? Apakata kongsi sama kisah adik-adik pula di bahagian komen.
o0o0….
saye x pernah p…
zoo negara…
x de mase…
ayh saye mau antar akak akak saye keasram penuh ngan maktab…
pas tu shoping sat pastu trus blek…
memang teringin nak jumpe adik bradik saye kat zoo tu…
hahahaha…
kak ain pergi x kat zoo taiping night safari…
saye prnah pergi waktu malm…
klu nasik bek sume haiwan aktif…
pastu jln due due…
ade yang mengaum…
ops…
terlupe la g tau…
taiping perak tu tempat saye…
hehehe
nak promote zooo sendiri la kak ain…
kAK ain pergi sorang-sorang ke? Kak Ain plah fs saya okay??
salam..ui.pnjgnyer entri.akk x der bwk blk haiwan dr c2 ker??singa ke?rimau ker??x pun zirafa??hahaha..kura2 tu mmg cian..akk ni pencinte haiwan ek??betuah haiwan2 tu kalo akk yg bela kan??
ooppsss…lpe lak..kte aini la..
a’kum k.ain…sayer xcaye la plak k.ain nie xpernah gi zoo….pelik…tpi benar…k.ain…buku AMB dh kluar ke blom???
baiknyer ati k.ain nk lepaskn kure2 tue…k.ain nie mesti pencinta kure2 kan…bukan pencinte wanita… yg sker merepek,
nur zaidahtul aliah
Salam ila,
Kak Ain tak pernah ke Zoo Taiping. Cik Abang pernah la sebab kampung Cik Abang kat area Taiping.
Kak Ain dengar Zoo Melaka lagi best. Pengunjung akan naik van yang macam kandang, kita pula masuk dalam kandang harimau dan lain-lain binatang.
Harimau and singa boleh datang dekat kita. Mesti menyeramkan!
Rina,
Kak Ain pergi dengan Cik Abang, Cik Adik and Mak
Aini,
Kak Ain memang suka bela binatang, banyak sangat yang Kak Ain suka. Ikan, kura-kura, Kucing, Hamster yg cute, wahh… memang banyak.
Kak Ain suka pergi Pet World. Tengok binatang peliharaan yang comel-comel.
Virgo Aliah,
Tak percaye ke? Kak Ain tak boleh nak pergi sendiri ke Zoo, jadi kena pujuk Cik Abang untuk ke zoo. Cik Abang pula dah 2-3 kali ke Zoo jadi dia malaslah nak pergi sekali lagi, tambahan pula umur kami ni dah lanjut usia, hihihihi.
Yang Suka Hamster,
AinMaisarah
kak,tekan ni >>> http://profiles.friendster.com/rinafunky , kak,saya dah add fs akak pown….
salam k.ain…
bye k.ain…xder idea nk menaip…he..he..he..
KakAin,
Hanis dulu ade gak bela hamster yg cute cute tapi x menjadi.
Pas2 try bela kucing walaupun Hanis alah pada kucing.Lagipown Hanis kurang suka sebab ada pengalaman dengan kucing wak2 kecil2.
;p
Teringin la nak keluar ngan Kak Ain.
Apa kata kita semua pergi satu tempat bersama2.
Bolehlah berkenalan lebih dekat.
Tapi Kak Ain bz lar.Maybe next time kalau KakAin boleh.
YangSukaShopping,
Hanis.
halu k.ain..owh ptt la pun..akk ni mmg pecinte haiwan..haiwan2 tu akk ader bela ker?x kan setakat suke je kot..tp kalo akk bela haiwan2 tu,lrat ker akk nk jg??ular akk x nak bela ker??hehehe…
harimau ngan singa tu da dijinak kan la kak ain…
x kan kak ain tkut…
salam k.ain…selamat tahun baru utk kalender org putih atau dlm B.I happy new year for white people calender…he..he..he..k.ain x jwb lgi question sayer…buku AMB da kuar lom???sayer dh nk masok asrama nih…bls tau e-mail sayer nih…sayer tau akk sebok…tpi,,,sayer x kire gak…akk kene bls gak e-mail sayer…OK…bye akk…salam…
akk…kalo sayer ckp ni akk jgn mara…
akk nie cute sesangat…bertuah saper yg dapat akk…kan..kan..kan..salam…
Salam Tahun Baru semua!
Rina, Kak Ain dah pegi check friendster tu. Hijau babe! Rina pakai baju kebaya, muka serious-lah!
Hanis,
Kak Ain pun alah pada kucing, hidung dan tangan akan gatal bila pegang kucing. Kak Ain tak kira juga, sebab kucing Kak Ain semua comel-comel. Salah satu dari kucing Kak Ain ada dalam cerita Aku Mahu Saiz S, iaitu Kenot-Kenot.
Nak keluar shopping dengan Kak Ain, boleh ke jalan 10 km tanpa henti? hahahaha
Aliah Virgo,
Kak Ain dah tanya pada pihak penerbitan, buku Aku Mahu Buli akan keluar dalam 2 minggu lagi, sekarang ni tengah print dalam kilang.
InshaAllah, bulan Febuari adalah dalam kedai-kedai.
Kalau nak beli dari Kak Ain pun boleh.
Yang sibuk menaip,
Ain Maisarah
2 minggu lgi tue…maybe sayer dh masok asrama…xpela…nnti sayer sroh umi sayer belikan…
ALIA CONFORM KE MASOK ASMARA…?
EHH..!SILAP ASRAMA.
SORY…1
saya prnah pegi zoo negara ,tp tmpt dia x brsh,pnh smk samun.kak ain alergi kucing erk kesian.saya x alergik apa2 pun.sy sk ular kak ain sk ape?
biar btoi ko sk ular aqilah??x takut n geli ker??eh lpe plak..slamat berkenln..hehehe..
Salam,
Kak AIn okay aje dengan ular. Tapi kalau lipas.. hoooo.. itu lipas Kak Ain memang takut sgt.
wasalam
AinMaisarah