AKU MAHU KUCING!
Assalamualaikum adik-adik,
Apa khabar semua? Bagaimana dengan bulan pertama tahun 2008? Banyak cabaran dan dugaan? Banyak hadapi tekanan? Sesiapa yang masuk sekolah baru, mesti sedang cuba sesuaikan diri. Adik-adik yang akan hadapi peperiksaan besar tahun ini juga pasti berdebar-debar. Kak Ain nasihatkan supaya seimbangkan tekanan dengan cara-cara menenangkan minda.
Kak Ain sendiri kerja-kerja menimbun setinggi Gunung Himalaya. Siap satu kerja, datang lagi tiga yang menunggu minta disiapkan. Nak ikutkan semua kerja selesai, sampai bila-bila pun kerja itu tak putus tali arusnya!
Oleh itu, hujung minggu lepas Kak Ain telah mengambil keputusan menutup mata dan buat tak tahu dengan semua kerja yang ada. Kak Ain telah menenangkan diri melihat telatah si misai comel di Mid Valley. Sempena pameran International Cat Show, Kak Ain menjadi antara ribuan pengunjung yang bersesak-sesak pada hari Sabtu lalu.
Kasihan kucing-kucing yang dipamerkan! Ada yang buat muka takut. Ada yang tidur berguling….malas nak ambil pusing. Ada yang marah dan mencekau bila ekornya dicuit-cuit! Kak Ain seronok sangat dapat saksikan bermacam keletah kucing-kucing yang berbagai baka di situ.
Ini salah satu contoh kucing-kucing yang buat Kak Ain tergelak tak henti-henti.
Empat kucing ini sajalah yang paling berdisiplin dalam banyak-banyak kucing. Macam dengar lagu Negaraku sahaja lagaknya! Duduk dengan kepala yang tegak dan lurus dalam barisan!
Ini pula salah satu contoh kucing yang tak hormat para tetamu. Sibuk orang kerumun sangkarnya, dia pula lena tidur tak ingat dunia. Kak Ain cuba juga cubit kaki kucing besar ni, tapi dia imun tak ada respons. Tidur mati agaknya!
Setelah Kak Ain buat tawaf pusingan menyaksikan semua kucing-kucing dalam sangkar, Kak Ain sertai pula ceramah kucing. Ini salah satu kucing baka dari Mesir. Kucing jenis ini dijangka wujud seawal zaman Firaun dan Cleopatra. Menariknya, kucing ini tak ada bulu tau!
Ini pula kucing Norwegian Forest. Badannya besar, bulunya kembang dan aksinya manja melampau! Cuba adik-adik tengok gambar tu, bila kucing baka Norwegian Forest berdiri atas dua kaki, tinggi betul kan?
Ini pula kucing yang betul-betul buat Kak Ain jatuh cinta! Namanya Demetri. Juga baka Norwegian Forest. Berat 8kg. Bulunya kembang semangkuk! Kak Ain berpeluang mengusap bulunya. Memang lembut beralun sungguh! Entah-entah Demetri pakai syampu Pantene agaknya!
Itulah antara kucing-kucing yang Kak Ain sempat rakamkan aksinya. Kepada adik-adik yang minat dengan kucing, tahun depan jangan lupa saksikan pameran International Cat Show ini.
Lepas balik pameran, Kak Ain sibuk merayu-rayu minta kebenaran nakkan kucing Norwegian Forest dari Cik Abang. Kucing baka ini tak ada di Malaysia. Paling dekat kita boleh dapati di Australia. Itupun harganya mencecah RM3500.
Cik Abang mula-mula kata… “Boleh..”
Kak Ain dah melompat gembira.
Lepas tu Cik Abang sambung pula, “BOLEH BLAH!”
🙁
Adik-adik cuba tolong Kak Ain pujuk Cik Abang supaya benarkan Kak Ain bela kucing. Kak Ain memang ada penyakit asthma, jadi memang alergik bulu kucing. Tapi Kak Ain tak peduli! AKU MAHU KUCING NORWEGIAN FOREST JUGA!!
Wassalam,
AinMaisarah
AKAK KENAPA TAK AJAK KITA PERGI SEKALI????
lupa pulak…ASSALAMUALAIKUM!!!!!
akak…
kalau akak tengah mengarang buku baru,bubuh tajuknya “Aku Mahu 8A” yang pastinya akak buatlah saya sebagai watak sampingan as a junior,kononnya ada sekumpulan ahli The Wannababes nak ambik SPM/PMR,saya adik salah dari seorang ahli The Wannababes,saya memberi sokongan kepada mereka akhirnya….,,,..,..,…
akak…Aku Mahu Buli dah dijual sampai ke Melaka tak??ke seluruh negeri dah dpt buku ni kat kedai??
p/s:wahhh panjang komen kita hari ni yerk??
YgBenar,
ღriNNǎღ tHeღbEstღ(Wassalam!!)
Waalaikumsalam,
AKU MAHU 8A ? Bagus idea tajuk buku tu, bantulah Kak Ain buat senarai nak capai 8A, tapi mesti yg lawak2 la ceritanya.
Yang Bebenor,
Ain Maisarah
sonang ajo nk wat lawak…
akk wat r satu klas ni pompuan sumer….nk wat experiment r..
pas tu..pelbagai rintangan yg dowg hadapi….
rintang besama2……byk kerenah r…and wat r lelawak….dtg dr otak gila2 r…..syok…hnye klas ni je pompuan len cmpor..
kak ain,kalau kak ain nak kucing tu sangat buat cerita AKU MAHU KUCING NORWEGIAN FOREST amacam??hehe..saaja aje..mana ada cerita mcm AKU MAHU KUCING NORWEGIAN FOREST ni…
Wassalam,
ღriNNǎღ tHeღbEstღ
but if akk nk use wnababes tu….
akk truskn nama downg…n ubh ceta tersebut..wat r…dowg kn pgil guru besar…cikgu2 pedep gn downg…wat club oks….orang kuat semangat..haha..klakar….wat r…kls..2..dak2 yer nakal nk mampos..pas 2..masa solat hajat…sumer insaf…
n….bermaafan
Comelnya kucing tu.Saya pergi pameran kucing masa saya 6 tahun.Saya dah pernah’picit’ekor kucing xde bulu tu.hehe..Kak Ain nak bela kucing??Mahal tau kucing tu tapi kena jga elok2 tau…
hai k.ain.akk ske kucing?oo..kte x suke langsung!!geli pun ade..hehehe..coz kte fed up la.kenape tu x yah la tnye.ade secret tersndri.wakakaka..emm..akk x yah la bli kucing tu.mahal sgt la.psl baju tu akk bli ke?
kucing…
saye bela hamster…
cute…
wlaupon bau kuang menyenangkan
wah kak ain,kucing 2 cucah nk pelihre taw..nnti kak ain cakit,sape nk update blog???huhu..
Assalamualaikum,
Kucing memang susah nak jaga, kecik berak, makan, sakit semua nak kena di ambil perhatian.
Mengalahkan baby je.
Tapi itulah istimewanya kucing, masih ramai yang mahu memiliki kerana kecomelan, kemanjaan dan kelincahan.
Kalau tak dapat pegang, dapat lihat hari-hari pun dah cukup.
Wasalam
AinMaisarah
kak Ain nak kucing ke???takpe nanti saya carikan sampai hujung dunia pun takpe
heheheheh
assalammualaikum…
hai…kak ain
pekabo
sy sk sangat kucing
kt umah sy ad 5 ekor
tp sebeno nye
sy ade 11 ekor
2 ilang 4 dh mati
comel2 plk tu
k a…
bye…
yang benar,
ratu anis
syum slalu
._.
kak ain kalau kak ain nak buat buku cite keluaran terbaru saya rasa kak ain patut buat aku mahu
5a dan aku mahu 8a macam kak rina katakan……….
mula2~
contoh:saya dan kak rina ni kawan baik dan akan menghadapi UPSR.saya adik kepada FARAH ARYANI BT JAMALUDIN(DLM AKU MAHU POPULAR_YG MAHU POPULAR)
dan kak rina adik kepada SHAZARINA BT AZMAN(DLM BUKU AKU MAHU POPULAR_YG JUGA MAHU POPULAR)
dan pada masa yg sama adik salah seorang drpd ahli wanababes iaitu FASHA ANAK TAN SRI HASHIM(DLM AKU MAHU POPULAR)berada di tahun yg sama dengan kak rina dan saya.
dan ada juga adik FAHRIN DAN TENGKU AFFIN(DLM AKU MAHU POPULAR)
adik fasha suka kat adik tengku affin dan pada masa yg sama adik farah pun sukakan adik tengku affin.kak rina sukakan adik fahrin.
cetuslah pergaduhan diantara mereka,tiba2 terbabitlah kakak2 dan abang@ serta the wanababes.mereka akan menghadapi PMR tetapi mereka kena bergaduh dengan the wanababes pasal adik2 mereka.akhirnya…………….
kak ain jangan lupa letak nama saya dan kak rina dlm aku mahu 8a dan aku mahu 5a ..
kak ain, ending cite ni biar best
baru panas di pasaran!!
kak ain suroh kitaorang pujukkan Cik Abg kak ain eh..
ok..ok..
fatin tolong pujuk eh..
Kepada Cik Abg Kak Ain yang amat disayangi oleh Kak Ain..
(ehem-ehem..)
kak ain mahu sgt kucing yang comel lagi menawan itu..
jd tolonglah belikan kak ain kucing comel itu..
kak ain teramat baik sangat..
yang benar ,
fatin..
kak ain..
fatin dah pujuk cik abg tersayang kak ain tu..
cik abg kak ain ckp dengan fatin yg dia akan belikan kak ain kucing tu bila novel remaja kak ain yg kesepuluh keluar kelak..
fatin nak ucapkan Good Luck!
tulis cerita yg best2 tau..
mcm sebelum ni..
Salam Fatin,
Cik Abang cakap, memang betul apa yang fatin cakap tu, siapkan dulu 10 buku baru dapat kucing.
Dia nak belikan Kak Ain kucing hutan, toolooooong!!!
wasalam
AinMaisarah
kucing hutan???
alamak!
tak dapat fatin nak menolong..
haha
xp