Hari Terakhir Pesta Buku PWTC 2008
Assalamualaikum semua,
Di pagi ini Kak Ain ingin membuat satu pengumuman penting. Kepada sesiapa yang masih belum ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC, ini adalah peluang terakhir ke sana.
13 April 2008 bersamaan hari Ahad, adalah hari terakhir Pesta Buku. Kak Ain akan berada di sana sepanjang hari, InsyaAllah.
Kak Ain ada sesi autograf bersama penulis-penulis PTS SYOK! yang lain.
Masa = 11 pagi – 1 tengahari
Tempat = Gerai PTS, nombor 2071, Dewan Tun Razak 2
Bagi sesi kali ini Kak Ain akan mempromosikan novel IMPIANA dan IMPIANA II. Buku-buku ini akan dijual dengan harga diskaun 15%. Jadi kepada sesiapa yang belum dapatkan dua buku ini, datanglah ke PWTC esok bagi mendapatkan buku dan tandatangan Kak Ain.
Selepas pukul 2 petang, Kak Ain akan berada di gerai Hotlink bersebelahan.
Kak Ain amat berharap dapat berjumpa dengan para pembaca semua.
Lihatlah gambar-gambar di bawah bagi menyaksikan sendiri kemeriahan Pesta Buku PWTC 2008.
Salam Mesra,
AinMaisarah
Kak Ain,
Saya akn ke PWTC hari ini lagi sekali lepas Piano Class saya jam 1tengahari.Kak Ain sila tunggu saya!!!
Salam,
Okay, Kak Ain tunggu. Cari Kak Ain okay.
ws
AinMaisarah
salam kak ain,
kenapa semalam kak ain takde..saya teringin nak jumpe kak ain…:(
This comment has been removed by the author.
Assalammualaikum,akak.Nanti akak boleh tak hantar komen kat blog saya sebab saya dah tulis entri baru yang bertajuk:
BICARA HATI ini
kak kenape tak datang kat kl saya gurau je