Salam buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah,
Kak Ain minta maaf kerana sudah lama Kak Ain tak masukkan entri baru. Sebenarnya komputer riba Kak Ain diformat dan dimasukkan beberapa program baru. Apabila tak ada komputer riba ni, macam patah kaki rasanya. Nak buat itu tak boleh. Nak buat ini tak jadi.
Hari ini Kak Ain sudah menerima komputer riba ini kembali. Oh! Bahagianya terasa! =D Cik Abang sedang edit gambar-gambarnya. Nanti Kak Ain akan masukkan gambar secepat mungkin. Sabar ya!
Sementara tak ada gambar nak bercerita, Kak Ain nak ingatkan semua tentang program penulisan cerpen raya anjuran PTS One Sdn. Bhd.
Sebelum ini Kak Ain banyak menerima e-mel, tentang keinginan ramai di luar sana yang nak jadi penulis. Ada yang bertanya Kak Ain tentang langkah-langkah nak jadi menulis. Ada juga yang minta Kak Ain mengulas karya-karya yang disertakan bersama.
Terus-terang Kak Ain beritahu, Kak Ain tak cukup masa nak mengulas satu per satu karya-karya. Kak Ain minta maaf sekiranya tidak memenuhi permintaan tersebut. Ini kerana Kak Ain sendiri tak cukup masa nak menyiapkan manuskrip dan penulisan buku-buku AinMaisarah yang banyak dalam perancangan.
Jadi Kak Ain syorkan kepada semua yang bertanya, Bagaimana nak mulakan langkah menjadi seorang penulis? …. Jangan lepaskan peluang yang dibuka oleh pihak penerbitan PTS One ini. Buat julung kalinya, PTS One membuka peluang para pembaca menjadi penulis. Mana tahu, ada bakat terpendam yang tersimpan selama ini.
Kak Ain ingin war-warkan sekali lagi, pihak PTS One sedang mencari karya cerpen raya yang akan dimuatkan dalam buku Remaja@PTSOne Bumper Raya 2008. Sesiapa yang berminat bolehlah menghantar e-mel kepada editor PTS One iaitu Kak Ann di [email protected] atau dapatkan maklumat lanjut di www.pts-one.blogspot.comPencarian cerpen ini juga dilanjutkan tarikhnya kepada 14 Julai 2008. Jadi kepada sesiapa yang belum sempat menulis, cepat-cepat rangka cerita dan tulis 8 mukasurat cerpen raya!
Kak Ain sendiri sudah menghantar cerpen raya kali ini. Cerpen tentang kekalutan Ina dan abangnya Amir (karektor dalam novel Aku Mahu Popular) di malam raya. Nak tahu kisahnya? Mesti dapatkan buku Remaja@PTSOne Bumper Raya 2008! Jangan ketinggalan!
Salam Sayang,
AinMaisarah