AinMaisarah, JCO Donut dan PTS
Assalamulaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah.
Salam hujung minggu. Apa khabar? Semoga Sabtu dan Ahad ini dipenuhi dengan aktiviti berfaedah.
Pagi ini Kak Ain sudah bersiap-sedia nak keluar. Pukul 12.30 tengahari, berjanji dengan Kak Farihah nak makan bersama sebelum ke Kompleks Ole-Ole bagi menghadiri sesi penulis bertemu pembaca di Kedai Buku Tinta Ilmu.
Sebelum bersiap, Kak Ain masukkan dulu satu entri yang berlaku semalam.
Semalam bersamaan hari Jumaat, Kak Ain telah ke pejabat PTS. Selain mengambil stok buku, Kak Ain juga menerima cek royalti hasil penulisan pertama Kak Ain. Buat pengetahuan, sudah dua tahun Kak Ain menulis tanpa sebarang ganjaran. Ini kali pertama Kak Ain menerima ‘gaji’ sebagai seorang penulis. Alhamdulillah, Kak Ain sangat bersyukur atas rezekiNya.
Ketika membuat urusan di PTS, Kak Ain diberitahu bahawa semua staff PTS akan berkumpul di pejabat Wangsa Melawati bagi menghadiri seminar kewangan. Kak Ain sebenarnya sudah berniat nak belanja semua staff PTS yang selama ini terlalu banyak membantu kareer penulisan Kak Ain.
Jadi Kak Ain berbincang dengan Cik Abang. Cik Abang beri cadangan, belilah sedikit makanan ringan yang boleh dibuat jamuan makan petang. Mula-mula kami tercari-cari juadah yang sesuai. Ingatkan nak beli Dunkin Donut, tetapi Kak Ain lebih suka donut di JCO atau Big Apple. Masalahnya, di kawasan sekitar pejabat PTS…. memang tak ada outlet JCO atau Big Apple yang berdekatan. JCO paling dekat berada di Pavilion. Big Apple pula di Mid Valley.
Apabila lihat jam, sudah pukul 3.00 petang. Majlis staff PTS habis pukul 5.30 petang. Kak Ain pula masih ada urusan di bank yang mesti diselesaikan sebelum pukul 4.00 petang. Dengan bantuan Cik Abang yang cekap memandu menyelit-nyelit mencari jalan mengelak kesesakan, Kak Ain berjaya sampai ke Pavilion pukul 4.15 petang. Maka dengan tangkas dan lajunya Kak Ain berjalan ke outlet JCO. Mujur barisannya sepanjang dua lapisan sahaja (selalu selepas waktu kerja, barisan jadi hingga 5-7 lapisan!) Kak Ain berjaya membeli 8 kotak JCO dan berpatah balik ke kereta yang diletak tepi jalan. Kasihan Cik Abang tunggu dalam kereta.
Seterusnya, kami sempat singgah di GIANT. Beli air minuman, cawan kertas, pinggan kertas dan tisu. Lengkap segalanya, kami ke pejabat PTS.
Cik Abang bantu Kak Ain hidang JCO-JCO itu semua. Kak Ain beli 3 kotak Glazzy, 3 kotak Oreo dan 2 kotak donut campuran. Kak Ain memang peminat Glazzy dan Oreo kerana pada Kak Ain rasa dua donut ini memang tidak terlawan dengan mana-mana donut di dunia! Tersangat lembut dan teramat sedap!
Apabila tiba sesi rehat, Cik Abang menjemput semua staff PTS menjamu selera. Ini adalah aksi JCO donut menjadi tumpuan.
Kak Ain sempat bergambar dengan Kak Farihah Iskandar. Ini merupakan donut terakhir. Lihat kotak-kotak kosong JCO di bawah!
Sekali lagi Kak Ain ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga PTS. Semoga kerjasama dan usahama baik ini terus berkekalan. Amin!
Okeylah! Sudah panjang Kak Ain bercerita. Kak Ain nak bersiap-siap. Kepada pengunjung Rumah Pink yang berada di sekitar Shah Alam…. marilah datang ke Kompleks Ole-Ole. Jumpa Kak Ain dan Kak Farihah Iskandar. Kami tunggu di sana!
Salam Sayang,
AinMaisarah
selama 2 tahun menulis,Kak Ain tak dapat apa-apa ganjaran?wah!! kesian Kak Ain.
Donut-donut tu nampak sedap.sayangnya,kak ain tak bagi saya makan pun.
hehe ,..
Kak Yayah nampak tegaplah orangnya, kan?
Donut tu mesti sedap!
Wahh.. JCO…x jd nk pergi Pavilion smalam sbb handphone kena rampas kat asrama… huhu…takut balik lewat susah nk call…
K. Ain, kirim salam sayang saya pada Auntie Yayah ya…
semua jenis donat sedap .tapi nak beli nye payah duit tak cukup sekarang ni semua barang dah naik.termasuk naik pelamin.
p/s apa aku melalot ni. sapa- sapa yg tak paham buat2 lah paham .
salam maaf dari lola& the geng
SALAM KAK AIN…..
yum….sedapnya donut tu…tengah lapar ni…kak ain tak dapat nak pergi kompleks ole-ole tu…kak ain buku yang dipesan tak sampai lagi saya penat menunggu….sorry lah kak ain saya cakap macam tu….ok kak ain semoga gembira di kompleks ole-ole….kirim salam saya pada kak yayah….
sayang kak ain….
farah hanum.
Salam,
Saya pun suka JCO dan Big Apple.Tak lupa juga Dunkin Donuts.
Saya paling suka perasa blueberry.
This comment has been removed by the author.
Salam Kak Ain ,
Wah , nampak sedap donut tu 🙂
Haha , Hanis tak pernah pergi JCo cuz Pavilion jauh sangat.
Maybe kena cari masa yang sesuai baru boleh pergi Pavilion 🙂
Salam kak ain,
Wah! sedapnye!!!!:):)
Dayah pernah makan….hehehhe….
Kak yayah pon ade rupenye….
Wah,kenyanglah kak ain kite ni yeee….
P/s: Kak ain dayah hantar dah,erm….mse hari rabu lagi…dah sampai ke belom???:D
wasalam,
~dayah~
salam kak ain….
nak tanya JCO DONUT’S tu…halal ke??sbb saye tak pernah gi situ sbb ibu cakap tak tau halal ke tak sbb donut tu…guna tepung khas…
wassallam…
farah hanum.
Salam Kak Ain!
Lama tak singgah baca entri kat Rumah Pink 🙂
Saya pun SUKA BANGAT donut oreo!!
Sedap kann!
Ohh malam ni kena tengok TV9.
go Riha GO! =D
P/S: 11 Ogos yang akan datang ni, trial PMR. Kepada yang turut menduduki PMR tahun ni, buat bagus-bagus tau! Insya-Allah kita boleh buat 🙂
Kak Ain, dan pengunjung Rumah Pink,
doakan kitorang dapat result yang baik kayh.
assalamuailaikum…
k.ain,ade di kompleks selangor pkns tak pada 3 august ni?sy x pwtc sy
kompleks selangor pkns…