AinMaisarah Berbasikal di Terengganu
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? Kak Ain sihat Alhamdulillah. Seronok juga kerana cuti berderet bermula hari Sabtu, Ahad dan Isnin. Tetapi dalam cuti-cuti ini pun, Kak Ain merancang nak siapkan kerja penulisan sebanyak mungkin. Oh! Rumah pun mesti dikemas juga. Hmmm…. Harapnya bulan Ramadhan nanti dapatlah Kak Ain berehat sedikit dan tumpukan lebih perhatian kepada aktiviti ibadah.
Buat pengetahuan semua, Kak Ain sepatutnya ke Kuching pada hari Isnin ini. Tapi Cik Abang kata tak confirm lagi. Alah! =( Sebenarnya Kak Ain sudah melompat gaya Ribena bila diberitahu nak ke Kuching. Kalau Kak Ain pergi Kuching dalam bulan Ramadhan, merasalah Kak Ain buka puasa pukul 6.30 petang! =D Heheh.
Sebenarnya, dalam banyak-banyak negeri di Malaysia… Kak Ain sukakan tiga negeri ini:
1) Johor (Kak Ain orang Johor, sama dengan Mawi.. heheh)
2) KL (Oh! Banyaknya shopping complex!!! Heaven!)
3) Terengganu (Pantainya… sungguh tenang hati terasa)
Awal Ogos dahulu, Kak Ain ke Terengganu selama tiga hari. Sekejap sangat. Tapi Kak Ain sempat naik basikal di tepi pesisir Pantai Batu Buruk. Kebetulan Kak Ain menetap di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu. Hotel itu pula ada sediakan perkhidmatan menyewa basikal. RM5 satu jam. Kak Ain pun ajak Cik Abang pergi bersiar-siar dengan basikal.
Pukul 4.30 petang, Kak Ain dan Cik Abang memulakan ekspedisi berbasikal. Memang kekok sungguh! Seingat-ingat Kak Ain, sudah hampir 5 tahun Kak Ain tak naik basikal. Teruk betul gaya pemanduan Kak Ain. Asyik melelong ke kiri kanan! Memang tak lulus ujian JPJ! Ini video yang Cik Abang sempat rakamkan =D
Walaupun cara Kak Ain bawa basikal tak begitu konsisten, Kak Ain sampai juga ke Restoren A&W, Batu Buruk. Kiranya satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Paling seronok menjamu mata dengan pemandangan tepi pantai yang sungguh-sungguh-sungguh cantik sekali. Ini gambar yang Kak Ain sempat rakamkan.
Setelah cukup satu jam menikmati angin sepoi-sepoi pantai, Kak Ain mula mengayuh balik ke hotel. Sampai dalam kawasan hotel, Cik Abang ajak racing. Huh! Kak Ain memanglah pantang dicabar. Terus Kak Ain pegang pedal sekukuh mungkin dan mengayuh selaju boleh. Sehinggalah tiba di kawasan naik bukit nak ke lobi hotel. Di situ Kak Ain tergelecek sedikit dan hilang imbangan. Akhirnya AinMaisarah tergolek di tepi jalan! =( Mujur tak darah dan cedera. Tapi kasut Kak Ain koyak. Cik Abang pula bukannya nak menolong. Dia cepat-cepat capai kamera nak ambil gambar! Hampeh sungguh!
Sebenarnya banyak lagi gambar di Terengganu yang tersimpan. Antaranya gambar di Masjid Kristal yang popular. Kak Ain juga sempat berjumpa dan bergambar dengan Halimatus Saadiah.. salah seorang ahli Kelab Teman Tapi Mesra.
Nanti-nanti bila Kak Ain ada masa, Kak Ain masukkan gambar dan sambung cerita ye!
Salam Sayang,
AinMaisarah
waa…
sy pown dok ganu..
Salam Kak Ain,
Saya pernah pergi Terennganu and Kuching.Best kan.Saya pun pernah gi Masjid Kristal.Kak Ain pergi tak Pulau Redang masa gi Terengganu? Kak Ain ada snorkelling kat pantai tuh?Kalau Kak Ain pergi Kuching pergilah Kampung Budaya Sarawak (kalau tak silap nama dia macam tuh kut).Masa gi Terengganu,Kak Ain ada gi Pasar Payang tak?
Salam daripada orang yang tergelak tengok Kak Ain jatuh,
Irah aka Zafirah
salam kak ain..
seronok gi terengganu!!:D..sye penah pegi mmg besh…huhu..ok lah kak ain semoga berjaya di dunia n akhirat..muah!! i love you!!
-nadiah-
saya pun ada ke terengganu dalam bulan Ogos ni.Memang best.Tapi,perjalanan yang memeningkan kepala sebab jalannya bengkang-bengkok macam ular kena palu.Saya dah 8 bulan tak naik basikal.Tahun ni pun keluar rumah untuk beriadah baru 3 kali.Teruknye..tapi saya malas nak main…Takde kawan.Harap mata pelajaran pendidikan jasmani kat sekolah je lah kalu nak main pun.
Wah kak ain…tak payahlah letak gambar Ima dengan kak ain tu…malulah…dah la ima pakai baju tidur…tp kalau kak ain nk letak takpelah..hi..hi..^_^
kak ain betul kew nak gi kuching??saye org kuching..kalau kak ain gi kuching,jangan lupe gi bazaar ramadhan kat satok tau,saye selalu gi sane…
p/s:harap-harap kak ain jadi gi kuching!
Salam Kak Ain,
Jatuh tu tak luka-luka ke?
ala…kak ain..
alang2 pi terengganu datang lah kelantan jap…
huuhuuuuuu…
tapi x pe lah..
mungkin x der rezeki…
lain kali jer lah…
wah! same lah ngan ain…
johor ade mawi
KL pon byk shopping complex
tengganu sebab pantai dia baek punye…
huhuhuhu…
same spesis lah kite…
huhuhuhu…
sempat jugak ek…cik abg amik gambar kak ain…huhuhuhu…
cian lah kak ain jatuh…
tapi ade jugak yg kelakarnye…
sempat jugak kak ain poose gaye baek punye…
jgn marah kak ain…
huhuhuhu…=p
mase kak ain jatuh,ade org nampak x??(selain cik abg)
kak ain beli kasut bru ke??
ke kak ain gune jugak kasut yg koyak tu??
salam kak ain,
waah!
bestnya kak ain dpt pg terengganu…
saye jrg betul dpt pergi melancong ni,
setahun sekali je :((
salam kak ain..
jahat betul cik abang tu..terus ambil gambar semasa kak ain jatuh..hehehe:)
wassallam..
farah hanum
bestnye kak ain ke terengganu…berbasikal pula..saye pernah ke sana tapi taklah berbasikal..memang kelakarlah tengok kak ain jatuh…
Salam Siti Aqilah,
Duduk Terengganu juga? Di mana? Mana tahu lain kali Kak Ain ke Terengganu, Kak Ain boleh singgah rumah. =D
Salam Irah,
Kak Ain tak sempat lagi nak ke Pulau Redang. Tunggu waktu cuti panjang. Kak Ain memang teringin sangat nak ke sana. Mesti seronok snorkeling di laut yang pantainya putih, kan?
Salam Nadiah,
Terima kasih kerana mendoakan Kak Ain. I LOVE YOU TOO DEAR =D Heheh.
Dear Truly Malaysian,
Memang perjalanan ke Terengganu sangat meletihkan. Tetapi selalunya Kak Ain cuci mata dengan pemandangan yang sangat cantik di kiri dan kanan jalan. Lain kali kalau pening, cuba minum air limau suam. InsyaAllah lega sedikit.
Salam Ima,
Walaupun pakai baju tidur, Ima nampak kiut-miut. Jangan risau, okey! (Kak Ain nak minta izin ni, nak letak gambar Ima di Rumah Pink Kak Ain ni)
Dear Zarifah,
Kak Ain tak beli tiket lagi. Esok baru boleh pastikan jadi atau tidak ke Sarawak. InsyaAllah ada masa dan kenderaan, Kak Ain nak juga jenguk bazar Ramadhan di Satok. Boleh merasa berbuka puasa dengan juadah Sarawak pula! =D
Salam Alya,
Kak Ain jatuh tak ada luka, Alhamdulillah. Selamat Kak Ain pakai seluar jeans. Kainnya yang keras melindungi kaki Kak Ain bila bergeser dengan simen tu. Kalau luka, mesti Kak Ain dah nangis dalam gambar tu! =D
Dear Ainzz,
Ada 2 mat saleh nampak Kak Ain jatuh. Kebetulan mereka juga sewa basikal dan baru mengayuh nak keluar dari kawasan hotel. Huhuhu! Merah muka! Kasut koyak tu Kak Ain terpaksa beli baru. Tapi yang kelakarnya, Kak Ain beli kasut baru yang sama juga jenisnya! (Kak Ain memang susah cari kasut, kaki saiz 9! Jadi bila sudah selesa dengan sesuatu jenis kasut, Kak Ain akan beli kasut yang sama juga)
Dear Shasha,
Setahun sekali dapat pergi melancong pun, kita mesti bersyukur dengan Tuhan. Ada kawan-kawan lain yang kurang bernasib baik dan datang dari keluarga susah, tak ada peluang nak ke mana-mana langsung. Kak Ain pasti Shasha lebih menghargai peluang melancong setahun sekali tu. Bila kita bersyukur, Tuhan akan tambah lagi nikmat kita.
Dear Fazlin,
Kak Ain tak sempat singgah Kelantan. Kak Ain lalu sahaja daerah Jeli dan sempat minum kopi. Nanti Fazlin doakanlah Kak Ain dapat buat lawatan seluruh Malaysia. Kak Ain datang Kelantan, bolehlah jumpa Fazlin.
Dear Farah_Hanum,
Memang Cik Abang tu cekap merakam aksi-aksi spontan Kak Ain. Bila Kak Ain jatuh, dia sibuk-sibuk klik butang kamera dulu. Dapat ambil gambar, barulah Cik Abang tolong angkat basikal Kak Ain. Memang kasihan Kak Ain, kan?
Dear Farah,
Amboi! Suka tengok Kak Ain jatuh ye? Sampai hati! Huhuh! Apapun, Farah mesti cuba naik basikal tepi pantai. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, dengan pemandangan indahnya… Aduh! Memang satu pengalaman yang Kak Ain tak akan lupakan.
Salam Sayang,
AinMaisarah
kak ain saya pon g ganu n dudok kat primula beach reasort besttt tp mak saya tinggal kan kitarong kat situ kitorang cumer pon swimming lah
Sebenarnya, dalam banyak-banyak negeri di Malaysia… Kak Ain sukakan tiga negeri ini:
1) Johor (Kak Ain orang Johor, sama dengan Mawi.. heheh)
2) KL (Oh! Banyaknya shopping complex!!! Heaven!)
3) Terengganu (Pantainya… sungguh tenang hati terasa)
Sampai hati Kak Ain Tak suka Perak 😉
SALAM KAK AIN,
SY MMG PEMINAT SETIA NOVEL KAK AIN…BLH DKATAKAN SEMUA KELUARAN NOVEL KAK AIN SY ADE…YG TRBARU AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA…FAV BOOKSTORE MPH…MSK JE MPH SY PEGI RUANGAN NOVEL,CARI BUKU KAK AIN LAA…OKLAH SY SMPI SINI SAJE…
WASSALAM…
askum kak ain…
amcm?? best x p KT??
hmmm.. kak aye mmg pemint buku kak..
&&sumer buku akak daa syer bcer..
agk2 buku apew yg terbit plak slepas ni ekk??
x sabar plak nk bli..hehe=D
neway..
hrp2 kaka enjoy..
best of luck
love~
ra_ra sweet
(*_*)