Masak-Masak di Aidil Fitri: Bhg 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? Malam ini Kak Ain ambil masa masukkan satu lagi entri baru sebelum Kak Ain ke Pulau Pinang esok. InsyaAllah Kak Ain akan berada di Pulau Pinang sehingga hari Ahad. Hari Rabu pula ke Sarawak sekiranya tiada aral melintang. Doakan Kak Ain selamat sepanjang perjalanan ya!
Oh! Sambung cerita tentang masak-masak di Aidil Fitri, Kak Ain nak kongsi bersama satu resepi tradisional Perak iaitu ikan pindang.
Ikan pindang Perak ini merupakan masakan tradisional yang hanya diketahui cara memasaknya oleh orang veteran negeri Perak. Kak Ain pun dapat menyaksikan cara penyediannya oleh Opah yang sudah berumur 87 tahun! Opah sahaja tahu resepi